Dysnomia (IPA: [dɪsˈnoʊ.mi.ə]) dikenali sebagai (136199) Eris I Dysnomia ialah bulan bagi planet kerdil Eris. Ia ditemui pada 10 September 2005 oleh Mike Brown dan pasukan optik di Balai Cerap W. M. Keck. Beliau memberikan nama sementara kepada objek ini iaitu S/2005 (2003 UB313) 1 sebelum bertukar kepada Dysnomia. Nama Dysnomia diambil daripada anak perempuan kepada dewi Greek kuno iaitu Eris. Bulan ini lebih kecil daripada Eris dari segi saiz serta mempunyai diameter sekitar 150km.

Dysnomia di orbit sekitar Eris.