E-Pantau

gabungan Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah-sekolah di Terengganu

E-Pantau ialah gabungan Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah-sekolah di Terengganu. Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda berasaskan kepada Laporan-laporan yang dikehendaki disediakan oleh pihak sekolah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Terengganu setiap kali ujian selesai dijalankan semenjak tahun 2000. Beliau mencipta sistem ini untuk meringankan beban guru-guru membuat analisis seperti yang dikehendaki sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah.

Sistem ini membolehkan sekolah-sekolah menentukan Take-off Value (TOV) setiap murid sebelum membuat Expected Target Result(ETR). Untuk mengira TOV, markah-markah Ujian Pertengahan Tahun Lepas, Ujian Akhir Tahun Lepas, Ujian Sebenar Akhir Tahun semasa, Ujian Pengesanan Awal Tahun dan markah Judgement Guru diperlukan. Kelima-lima markah ini dicari purata dengan setiap ujian telah ditentukan pemberatnya. Melalui sistem ini guru-guru hanya perlu memasukkan markah-markah sahaja dan sistem akan mengeluarkan keputusan TOV.

Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR. Sistem ini juga akan memberi cadangan ETR setiap murid, namun guru-guru masih boleh membuat pengubahsuaian. Setelah ETR telah diputuskan sistem ini juga berupaya mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan belajar untuk mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas guru-guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Target Result (ATR) markah ATR dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Perbandingan ini bertujuan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit. Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI-ATR bernilai positif menunjukkan pembelajaran murid melangkaui target, sekiranya bernilai 0 bermakna mencapai target dan bernilai negetif menunjukkan tidak mencapai target. Sistem ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan supaya tindak susulan bersesuaian diambil dengan segera.

Guru-guru akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit ini dapat dibantu supaya berlaku perubahan ke arah peningkatan dalam ujian-ujian OTI akan datang. Proses ini dikenali sebagai Auditan Hasilan Berteraskan OTI (AHBOTI) hasil cetusan idea Dato' Abdul Rahim bin Tahir, bekas Pengarah Pelajaran tahun 1994-1998. AHBOTI diaplikasikan secara menyeluruh di semua sekolah rendah di negeri Terengganu pada tahun 2000 oleh Tuan Haji Zubir bin Embong, Ketua Unit KBSR Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Kemudian AHBOTI didigitalkan oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa beliau menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 1999-2003.

Semenjak sistem ini digunakan secara menyeluruh di semua sekolah rendah di negeri Terengganu pada tahun 2001[1], sekolah-sekolah tidak perlu lagi membuat analisis; cukup sekadar menghantar disket data yang dieksport melalui sistem ini untuk digabung di peringkat daerah dan negeri. Tuan Haji Mohd Yusof juga telah membina Sistem Kutipan Data Peperiksaan di peringkat daerah dan negeri. Hasilnya pencapaian UPSR negeri Terengganu mendahului negeri-negeri lain di Malaysia tahun demi tahun.

Rujukan sunting

  • ^ Kertas Kerja (PDF).[pautan mati kekal]
  • Pautan luar sunting