Ekinokokosis

penyakit parasit bawaan cacing pita Ekinokokus

Ekinokokosis, juga dipanggil penyakit hidatithidatidosis, atau penyakit ekinokokal, merupakan sejenis penyakit parasit yang berpunca daripada cacing pita jenis Ekinokokus. Manusia menghidap dua jenis penyakit utama, iaitu, ekinokokosis sistik dan ekinokokosis alveolar. Terdapat dua bentuk ekinokokosis polisistik dan ekinokokosis unisistik yang jarang dijumpai.  Penyakit ini sering bermula tanpa simptom dan keadaan ini boleh berlanjutan selama bertahun-tahun. Simptom dan tanda yang berlaku bergantung pada tempat dan saiz sista. Penyakit alveolar biasanya bermula di dalam hati tetapi boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru atau otak.  Apabila hati dijangkiti, individu tersebut mungkin mengalami sakit abdomen, susut berat badan, dan menjadi kuning. Penyakit paru-paru boleh mengakibatkan sakit dada, sesak nafas dan batuk.[1]

Ekinokokosis
Pengelasan dan sumber luaran
Kitaran hidup Echinococcus (klik untuk memperbesar)
ICD-10B67
ICD-9122.4, 122
P. Data Penyakit4048
eMedicinemed/629 med/1046
MeSHD004443
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

  Penyakit ini merebak apabila makanan atau air yang mengandungi telur parasit ini dimakan atau melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti.[1] Telur dikeluarkan dalam najis haiwan makan daging yang dijangkiti oleh parasit ini.[2] Haiwan yang biasa dijangkiti termasuk: anjing, rubah dan serigala.[2] Untuk haiwan ini dijangkiti, ia mesti makan organ haiwan yang mengandungi sista, seperti biri-biri atau tikus.[2] Jenis penyakit yang tercetus dalam kalangan manusia bergantung pada jenis Ekinokokus yang menyebabkan jangkitan. Diagnosis biasanya dibuat menggunakan ultrabunyi. Akan tetapi, tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) juga boleh digunakan. Ujian darah yang melihat kehadiran antibodi yang melawan parasit ini boleh membantu, begitu juga dengan biopsi.[1]

  Pencegahan penyakit sistik ialah dengan merawat anjing yang mungkin membawa penyakit dan pemvaksinan biri-biri. Rawatan sering kali sukar. Penyakit sistik boleh disalir keluar melalui kulit diikuti dengan ubat.[1] Kadangkala, penyakit jenis ini hanya diperhatikan.[3] Jenis alveolar seringkali memerlukan pembedahan diikuti dengan ubat.[1] Ubat yang digunakan ialah albendazole yang mungkin diperlukan selama bertahun-tahun.[1][3] Penyakit alveolar boleh membawa maut.[1]

Penyakit ini berlaku di kebanyakan kawasan di dunia dan pada masa ini, menjangkiti kira-kira satu juta penduduk dunia. Di beberapa kawasan di Amerika Selatan, Afrika dan Asia, sehingga 10% daripada penduduk tertentu dijangkiti.[1] Pada tahun 2010, ia menyebabkan kira-kira 1200 kematian, iaitu satu penurunan daripada 2000 kes kematian pada tahun 1990.[4] Kos ekonomi penyakit ini dianggarkan pada kira-kira 3 bilion dolar AS setahun.  Ia boleh menjangkiti haiwan lain seperti khinzir, lembu dan kuda.[1]

Bacaan lanjut sunting

  • Alimuddin I. Zumla; Gordon C. Cook; Patrick Manson (2003). "Section 10: Helminthic Infections 83. Echinococcosis/Hydatidosis". Manson's tropical diseases. Philadelphia: Saunders. ISBN 0-7020-2640-9.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "Echinococcosis  Fact sheet N°377". World Health Organization. March 2014. Dicapai pada 19 March 2014. no-break space character in |title= at position 16 (bantuan)
  2. ^ a b c "Echinococcosis [Echinococcus granulosus] [Echinococcus multilocularis] [Echinococcus oligarthrus] [Echinococcus vogeli]". CDC. November 29, 2013. Dicapai pada 20 March 2014.
  3. ^ a b "Echinococcosis Treatment Information". CDC. November 29, 2013. Dicapai pada 20 March 2014.
  4. ^ Lozano, R (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2095–128. doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0. PMID 23245604.