Hungary terus menunjukkan pertumbuhan ekonomi sebagai salah sebuah negara ahli baru Kesatuan Eropah (sejak 2004). Sektor swasta meliputi 80% KDNK. Hungary memperoleh hampir satu pertiga daripada segala pelaburan langsung asing yang mengalir masuk ke Eropah Tengah. Pemilikan dan pelaburan asing berleluasa dalam firma-firma Hungary, dengan pelaburan langsung asing kumulatif mencecah AS$23 billion sejak tahun 1989. Penarafan kredit hutang kedaulatan Hungary ialah BBB+ pada Julai 2006, menjadikan Hungary satu-satunya negara EU yang tidak menikmati skor A selain Poland. Inflasi dan pengangguran kian meningkat selama beberapa tahun lalu, dan dijangka terus meningkat lagi. Kepercayaan pelabur asing dalam ekonomi Hungary turut merosot, kerana mereka mendapati bahawa langkah-langkah ketat yang dirancang pada separuh kedua 2006 tidak memuaskan, yang mana tumpuan mereka terutamanya pada menaikkan pendapatan dan bukan menyekat perbelanjaan kerajaan. Langkah-langkah pembaharuan ekonomi seperti pembaharuan kesihatan, pembaharuan cukai, dan pembiayaan kerajaan tempatan sedang ditangani kerajaan sekarang.

Bank Negara Hungary
Pinjaman bersih kerajaan am terancang 2005-2010.

Kerajaan Hungary telah meluahkan hasratnya untuk memeluk matawang euro antara tahub 2010 dan 2014[1]. Bagaimanapun, penganalisa asing banyak mengkritik tarikh tersebut (2010) sebagai sangat tidak realistik kerana keadaan semasa ekonomi dibandingkan dengan kriteria Maastricht; penilaian mereka mendapati bahawa tarikh 2013-2014 untuk pemelukan Euro lebih realistik.

Rujukan sunting