Eksistensialisme merupakan salah satu cabang falsafah yang menyatakan persetujuan fahaman bahawa pemikiran berfalsafah itu bermula daripada individu itu sendiri yang tidak dianggap sebagai suatu manusia yang berfikir semata-mata, tetapi juga seorang individu yang berkelakuan, berperasaan dan berpengalaman,[1] biarpun para filsuf masing-masing mempunyai perbezaan doktrin yang ketara[2][3][4] Kebebasan difahamkan merupakan nilai utama pengikut fahaman ini namun yang lebih utama juga adalah kesahihan (authenticity).[5] Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi mencapai kesejahteraan diri.

Cabang ini dipelopori oleh para filsuf abad ke-19 dan ke-20 di Eropah, terutamanya paling menonjol oleh oleh Soren Kierkegaard, Friedrich Wilhelm Nietzsche dan Martin Buber.

Rujukan sunting

  1. ^ John Macquarrie, Existentialism, New York (1972), m/s. 14–15.
  2. ^ Crowell, Steven (Oktober 2010). "Existentialism". Stanford Encyclopedia of Philosophy.
  3. ^ John Macquarrie, Existentialism, New York (1972), m/s. 18–21.
  4. ^ Oxford Companion to Philosophy, ed. Ted Honderich, New York (1995), m/s. 259.
  5. ^ Flynn, Thomas (2006). Existentialism - A Very Short Introduction. New York: Oxford University Press Inc. m/s. xi. ISBN 0-19-280428-6.