Eldest merupakan buku kedua Siri Pusaka(Inheritance Cycle) yang dikarang oleh Christopher Paolini. Buku tersebut merupakan lanjutan daripada Eragon. Eldest mula dijual pada 23 Ogos, 2005. Jualan Eldest lebih laris daripada Eragon.

Cerita ini diteruskan dengan pengembaraan Eragon dan naganya, Saphira, dalam perjalanan ke dalam wilayah Elf untuk melanjutkan latihan Eragon untuk menjadi Penunggang Naga.

Rumusan Plot sunting

Templat:Spoiler

Selepas peperangan Farthen Dur, Ajihad, pemimpin Varden, dubunuh oleh tentera Urgal secara tiba-tiba. Murtagh dan Kembar hilang dalam serangan, yang lain mati dibunuh. Selepas bersumpah untuk setia kepada Nasuada, anak perempuan Ajihad dan pemimpin baru Varden, Eragon memulakan perjalanannya ke Ellesmera, ibu kota Elf, ditemani Orik.

Kebanyakan daripada isi buku menceritakan Eragon dilatih oleh bekas Penunggang Naga, Oromis, dan gagal untuk mendapat percintaan Arya, yang penuh dedikasi dengan misinya. Roh naga telah mengubati parut Eragon dalam satu upacara yang digelar Agaeti Blodhren. Eragon bangunpada hari kemudian dan mendapati badannya sekuat elf. Pada masa yang sama, Roran kembali ke Carvahall selepas mendapati kematian ayahnya dan mendapati Galbatorix ingin menangkapnya. Kewujudannya telah membahayakan penduduk pakan Carvahall yang diserang oleh Ra'zac. Dia meyakinkan kebanyakan penduduk kampung untuk mengikut dia melarikan diri ke Surda untuk mencari perlingungan. Sebelum melarikan diri, tunang Roran, Katrina diculik oleh Ra'zac. Roran terpaksa mulakan perjalanan mereka tanpa Katrina dan menyertai Jeod di Teirm dan bertolak dengan kapal ke selatan.

Eragon kembali ke Varden untuk membantu mereka menentang tentera Galbatorix. Kehadiran Roran, Jeod, dan penduduk-penduduk Carvahall telah mendatangkan kejayaan kepada Varden. Dalam pertempura tersebut, Murtagh menunggang Thorn, naga kedua yang menetas dalam ketiga-tiga telur. Dia mendedahkan bahawa dia merupakan pengikut Galbatorix. Murtagh and Eragon mula bertarung, dan Eragon dikalahkan, tetapi dia berjaya memujuk Murtagh untuk melepaskannya. Eragon menawarkan cara untuk membantu rakyat yang berada di bawah pemerintahan Glabatorix dengan membunuh Murtagh dan naganya teteapi Murtagh menolaknya kerana dia suka pada kuasa barunya. Eragon mengalah kerana telah menghilangkan terlalu banyak tenaga dalam pertempuran sebelumnya dan tidak menjangka terdapat Penunggang Naga lain untuk menyertai pertarungan ini. Murtagh mendedahkan bahawa mereka adalah adik-beradik, Morzan merupakan ayah kepada mereka. Dia mengambil pedang Zar'roc Eragon , dan menyatakan bahawa ia merupakan pusakanya. Cerita berakhir dengan janjian Eragon kepada Roran untuk membebaskan Katrina.

Senarai Watak sunting

  • Ajihad: Pemimpin Varden. Dibunuh oleh Urgal pada permulaan cerita.
  • Arya Dröttningu: Elf yang menemani Eragon dalam perjalanannya. Anak puteri kepada Permaisuri Islanzadi. Menolak cinta Eragon walaupun juga cinta pada Eragon.
  • Eragon: Watak utama. Seorang Penunggang Naga. Dilatih oleh Oromis di Ellesmera untuk menjadi Penunggang Naga.
  • Katrina: Anak perempuan Sloan dan tunang Roran. Diculik oleh Ra-zac.
  • Murtagh: Anak lelaki Morzan. Ditangkap oleh tentera Urgal pada permulaan cerita. Membeloti Eragon pada klimaks cerita dan identitinya sebagai abang Eragon didedahkan.
  • Nasuada: Anak perempuan Ajihad. Pemimpin baru Varden dan berpindah ke Surda.
  • Oromis: Penasihat Eragon baru. Elf yang merupakan bekas Penunggang Naga. Nama naganya Glaedr.
  • Ra'zac: Makhluk yang jahat, jijik dan berkhidmat kepada Empayar.
  • Roran: Abang saudara Eragon. Memimpin penduduk Caravahall untuk menentang Ra'zac dan berpindah ke Surda.
  • Saphira: Naga biru Eragon. Tertarik pada Glaedr.
  • Sloan: Penjual daging di Caravahall. Ayah kepada Katrina. Pembuli dan pembelot kepada kaum sendiri.
  • Glaedr: Naga emas Oromis.

Adaptasi Filem sunting

Eldest masih belum dikenalpasti sama ada buku ini akan diadaptasi ke dalam filem. Berdasarkan pengarah Eragon, Stefen Fangmeier, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk menghasilkan filem Eldest hanya akan dibuat selepas buku ketiga diterbit dan peleraian ceritanya diketahui.

Lihat juga sunting