Dame Elizabeth Rosemond "Liz" Taylor, DBE (27 Februari 1932 – 23 Mac 2011)[1][2] adalah seorang pelakon Amerika Syarikat kelahiran England.[3] Bermula sebagai bintang kanak-kanak, semasa dewasa dia dikenali dengan bakat lakonan dan kecantikannya, serta mendapat publisiti mengenai kehidupan peribadinya, termasuklah lapan perkahwinan dan beberapa pengalaman hampir mati. Elizabeth Taylor dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terhebat di Zaman Keemasan Hollywood. American Film Institute menamakan Elizabeth Taylor di tempat ketujuh dalam senarai Female Legendsnya.

Dame

Elizabeth Taylor

Elizabeth di American Film Festival of Deauville, September 1985
Kelahiran
Elizabeth Rosemond Taylor

(1932-02-27)27 Februari 1932
Meninggal dunia23 Mac 2011(2011-03-23) (umur 79)
Sebab kematianKegagalan jantung kongestif
WarganegaraOrang Amerika Inggeris
Nama lainLiz Taylor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1942–2007
PasanganConrad Hilton, Jr. (1950–1951)
Michael Wilding (1952–1957)
Mike Todd (1957–1958)
Eddie Fisher (1959–1964)
Richard Burton (1964–1974, 1975–1976)
John Warner (1976–1982)
Larry Fortensky (1991–1996)
Anak-anakMichael Howard Wilding
(lahir (1953-01-06) 6 Januari 1953 (umur 71))
Christopher Edward Wilding
(lahir (1955-02-27) 27 Februari 1955 (umur 69))
Elizabeth Frances "Liza" Todd
(lahir (1957-08-06) 6 Ogos 1957 (umur 66))
Maria Burton
(lahir (1961-08-01) 1 Ogos 1961 (umur 62))
Ibu bapaFrancis Lenn Taylor (meninggal dunia)
Sara Sothern (meninggal dunia)

Kehidupan peribadi sunting

Kematian sunting

Taylor bergelut dengan kesihatan hampir sepanjang kehidupan dewasanya.[4]

Pada Februari 2011, gejala baru berkaitan kegagalan jantung kongestif menyebabkannya dimasukkan ke Cedars-Sinai Medical Center di untuk rawatan,[5] di mana beliau kekal sehingga kematiannya pada usia 79 tahun pada 23 Mac 2011, dikelilingi oleh keempat-empat anaknya.[6] Beliau ditanam dalam upacara Yahudi peribadi pada hari berikutnya, di Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California. Taylor ditanam dalam Great Mausoleum, yang mana lawatan terhad terhadap orang awam.[7]

Nota sunting

  1. ^ "Screen icon Elizabeth Taylor dies". BBC News. BBC. Dicapai pada 23 Mac 2011.
  2. ^ "ABC: Actress Elizabeth Taylor dies at age 79". USA Today. 23 Mac 2011. Dicapai pada 23 Mac 2011.
  3. ^ "Elizabeth Taylor, The Columbia Encyclopedia". Questia.com. Dicapai pada 2010-04-12.
  4. ^ "Elizabeth Taylor Death Fears Return After Hospitalization - Yahoo! News". News.yahoo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-16. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  5. ^ Christopher Weber (13 Februari 2011). "Elizabeth Taylor remains hospitalized for heart failure - LA Daily News". Dailynews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-14. Dicapai pada 23 Mac 2011.
  6. ^ "Hollywood Icon Elizabeth Taylor Dies at 79 - ABC News". Abcnews.go.com. 23 Mac 2011. Dicapai pada 23 Mac 2011.
  7. ^ Elizabeth Taylor's funeral takes place in LA's celebrity cemetery Ewen MacAskill di Washington, The Guardian, Jumaat 25 Mac 2011

Pautan luar sunting