Empangan Saint Petersburg

Kompleks Kemudahan Pencegahan Banjir Saint Petersburg[1] (Rusia: Комплекс защитных сооружений Санкт-Петербурга от наводнений, kompleks zashchitnykh sooruzheniy Sankt-Peterburga ot navodneniy), secara tidak rasmi dipanggil Empangan Saint Petersburg, ialah suatu kompleks 25 km (16 bt) empangan kawalan banjir berhampiran Saint Petersburg, Rusia. Empangan ini menganjur dari Lomonosov ke utara ke Pulau Kotlin (dan bandar Kronstadt), kemudian ke timur ke Tanjung Lisiy Nos berhampiran Sestroretsk.

Pintu air Empangan Saint Petersburg

Kompleks ini bertujuan melindungi Saint Petersburg daripada lonjakan ribut dengan mengasingkan Teluk Neva daripada bahagian lain Teluk Finland. Mengikut sejarah, lonjakan ribut dari teluk ini telah menyebabkan lebih 300 banjir di bandar itu, dengan beberapa daripadanya menyebabkan kesan dahsyat besar. Empangan (atau lebih tepat penghalang banjir) ini memiliki keupayaan melindungi bandar tersebut daripada air naik setinggi 5 m (16 ka).[2]

Pembinaan kompleks pencegahan banjir ini bermula pada 1978 dan menjadi antara projek pembinaan terpanjang di Rusia. Selepas berlarutan terhenti pada 1990-an dan awal 2000-an, pembinaan disambung semula pada 2005 disebabkan oleh campur tangan Presiden Rusia Vladimir Putin, seorang anak jati Saint Petersburg. Putin akhirnya merasmikan kompleks yang siap pada Ogos 2011,[2][3] apabila semua kemudahan di bahagian selatan empangan ini siap, bersama dengan terowong jalan bawah air sepanjang 1.2 km (0.75 bt) di bawah pintu air selatan utama, terowong bawah air terpanjang di Rusia.[4]

Lebih 30 alat pembersihan air dipasang di empangan ini, sebagai sebahagian daripada program lebih besar untuk membersihkan air di Teluk Neva.[2] Terowong empangan ini juga merupakan bahagian terakhir siap dalam Jalan Lingkaran Saint Petersburg. Bahagian utara dan selatan empangan ini bertindak senagai dua jambatan besar yang memberikan capaian mudah ke dari tanah besar ke Pulau Kotlin dan Kronstadt.

Nota sunting

  1. ^ Sebelum 2003 apabila pembinaan diteruskan semula selepas terhenti 15-tahun, nama rasmi penghalang banjir ini ialah "Kompleks Kemudahan Pencegahan Banjir Leningrad"
  2. ^ a b c St. Petersburg gets protecting dam Diarkibkan 2012-09-08 di Wayback Machine Voice of Russia
  3. ^ Дирекция Комплекса Защитных Сооружений г.Санкт-Петербурга от наводнений Tapak rasmi (Rusia)
  4. ^ Bukaan kapal C-1 di spb-projects.ru (Rusia)

Pautan luar sunting

Koordinat: 60°00′23″N 29°44′54″E / 60.00639°N 29.74833°E / 60.00639; 29.74833