Empat cerapan ialah cerapan-cerapan khusus yang dibuat oleh Putera Siddhārtha (sebelum menjadi Gautama Buddha) dan yang menyebabkan kesedarannya. Sebelum itu, dia dikurung di dalam istana oleh bapanya yang bimbang bahawa dia akan menjadi seorang zahid sebagaimana yang diramalkan, jika dia bersemuka dengan deritaan-deritaan kehidupan. Bagaimanapun, dalam perjalanan rahsianya yang pertama ke luar istana dengan pemandu ratanya, Channa, dia ternampak empat cerapan, iaitu seorang tua, seorang pesakit, suatu mayat, dan seorang zahid. Cerapan-cerapan itu yang sangat menyinggung hatinya menyebabkannya sedar akan deritaan-deritaan semua makhluk, dan menolaknya ke arah perjalanan rohaniah.

Lukisan yang menggambarkan empat cerapan.

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha


Sejarah

Agama-agama Dharma
Garis masa agama Buddha
Majlis-majlis agama Buddha

Asas

Empat Kebenaran Mulia
Lapan Jalan Mulia
Ajaran agama Buddha
Nirvāṇa · Tiga Permata

Konsep-konsep Utama

Tiga tanda kewujudan
Skandha · Kosmologi · Dharma
Saṃsāra · Kelahiran semula
Shunyata · Pratitya-samutpada
Karma

Tokoh Utama

Gautama Buddha
Pengikut · Tokoh Buddha kemudian

Amalan dan Pencapaian

Tahap Buddha · Bodhisattva
Empat Peringkat Makrifat · Parami
Tafakur · Orang Berumahtangga

Kawasan-kawasan

Asia Tenggara · Asia Timur
India · Sri Lanka · Tibet
Negara-negara Barat

Mazhab

Theravāda · Mahāyāna
Vajrayāna · Mazhab awal

Teks

Hukum Pali · Sutra Mahayana
Hukum Tibet

Kajian Perbandingan
Kebudayaan · Senarai Topik
Portal: Agama Buddha

Latar belakang sunting

Selepas kelahiran Putera Siddhārtha, Raja Śuddhodana meminta lapan orang Brahmin untuk meramalkan masa hadapan anaknya. Sedangkan tujuh daripada mereka mengisytiharkan puteranya akan menjadi Buddha atau raja yang unggul, Brahmin Kondanna sangat yakin bahawa Siddhārtha tentu akan meninggalkan hidup duniawi dan menjadi Buddha.[1]

Śuddhodana yang berazam untuk menjadikan anaknya sebagai raja, mengurung Siddhārtha di dalam istana dan menyelimutinya dengan segala kegembiraan dan kemewahan duniawai agar menyembunyikan sebarang kenyataan hidup yang boleh menggalakkannya meninggalkan hidup duniawi dan menjadi seorang zahid.[2]

Melihat cerapan sunting

Selepas menjalani kehidupan terlindung yang penuh dengan kemewahan dan kegembiraan pada tahun-tahunnya yang awal, Putera Siddhārtha keluar dari istana buat pertama kali secara rahsia ketika berumur 29 tahun.[3][2] Dia dipandu ke kota oleh pemandu ratanya, Channa (Chandaka).[4]

Dalam perjalanan ini, Siddhārtha mula-mula melihat seorang tua.[5] Apabila dia bersoal tentang orang itu, Channa menjawab bahawa penuaan ialah sesuatu yang berlaku kepada setiap makhluk.[4]

Cerapan Siddhārtha yang kedua ialah seorang pesakit. Sekali lagi, dia terkejut terhadap apa yang dilihatnya. Channa menerangkan bahawa semua makhluk mengalami penyakit dan sakit. Ini menyusahkan hatinya lagi.[4]

Cerapan Siddhārtha yang ketiga ialah mayat. Sekali lagi, Channa menerangkan kepada Siddhārtha bahawa kematian adalah sesuatu hakikat yang menimpa setiap orang.[4] Ketiga-tiga cerapan tentang deritaan-deritaan yang tidak dapat dielakkan dan perlu ditahan dalam kehidupan menyinggung hati Siddhārtha.[6]

Selepas melihat ketiga-tiga cerapan negatif itu, Siddhārtha melihat cerapan yang keempat, seorang zahid yang mengabdikan hidupnya untuk mencari punca deritaan manusia.[7] Cerapan ini memberikannya harapan bahawa dia juga mungkin dapat dibebaskan daripada penderitaan yang timbul daripada ulangan kelahiran semula.[3] Oleh itu, Siddhārtha berazam untuk mengikut jejak zahid itu.[4]

Versi-versi yang berbeza sunting

Sesetengah pemerian mengatakan bahawa keempat-empat cerapan Siddhārtha dibuat dalam sehari menerusi satu perjalanan tunggal, manakala yang lain mengatakan bahawa keempat-empat cerapan itu dibuat menerusi empat perjalanan yang berasingan. Sesetengah versi kisah itu juga mengatakan bahawa ayahanda Siddhārtha berusaha untuk mengindahkan jalan yang akan dilalui olehnya dan memastikan bahawa Siddhārtha tidak akan dapat melihat sebarang yang mungkin boleh mengalih fikirannya ke arah penderitaan. Bagaimanapun, dewa-dewi telah menjelmakan keempat-empat cerapan itu kerana mereka tahu bahawa pembebasan semua makhluk daripada penderitaan bergantung kepada si putera mencerap kenyataan hidup.[4]

Hakikat sunting

Selepas melihat empat cerapan tersebut, Siddhārtha kembali ke istana dan mendapati bahawa satu persembahan penari wanita telah diadakan untuknya. Pada sepanjang persembahan itu, Siddhārtha masih berfikir tentang keempat-empat cerapan tersebut sehingga kepagian, dia sedar bahawa persembahan itu sudah lama tamat, dengan semua penari bertidur dalam keadaan yang berselerak. Pemandangan ini yang sangat berbeza dengan persembahan tarian mengukuhkan azamnya untuk meninggalkan istana demi mencari-cari penamatan penderitaan semua makhluk.[8][9] Pada suatu kepagian yang tidak lama kemudian, Siddhārtha meninggalkan istana dengan kudanya, Kanthaka, diiringi hanya oleh Channa. Selepas ke kejauhan, dia menyuruh Channa kembali ke istana dengan harta-hartanya dan memulakan kehidupan zahid. Siddhārtha akhirnya mencapai makrifat sebagai Gautama Buddha.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Keown, Damien (2003). A Dictionary of Buddhism. Oxford University Press. m/s. 15. ISBN 0198605609. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b "What Is Buddhism?". AllSands. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-30. Dicapai pada 2009-04-29.
  3. ^ a b McFaul, Thomas R. (2006). The future of peace and justice in the global village. Greenwood Publishing Group. m/s. 30, 31. ISBN 0275993132.
  4. ^ a b c d e f Trainor, Kevin (2004). Buddhism. Oxford University Press. ISBN 0195173988.
  5. ^ Mehrotra, Chandra (2008). Aging and Diversity. CRC Press. m/s. 344. ISBN 041595214X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ "Siddhartha Gautama". Washington State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-03. Dicapai pada 2009-04-29.
  7. ^ Cooler, Richard. "Buddhism". Center for Southeast Asian Studies, Northern Illinois University. Dicapai pada 2009-04-29.
  8. ^ a b Easwaran, Eknath (2007). The Dhammapada. Nilgiri Press. ISBN 1586380206.
  9. ^ Gach, Gary (2001). The complete idiot's guide to understanding Buddhism. Alpha Books. m/s. 8. ISBN 0028641701.