Empayar Brunei diasaskan dalam awal abad ke-16 di pulau Borneo di Asia Tenggara. Empayar ini sebelumnya diperintah oleh raja-raja Hindu yang berbangsa Dayak Dusunic sebelum memeluk Islam. Pemelukan Islam ini disebabkan oleh orang India, orang Arab dan saudagar lain dari bahagian lain Kepulauan Melayu yang datang berdagang dan menyebar Islam. Lantaran tiada punca tempatan dan daripada penduduk asli yang ada untuk memberikan bukti sejarah Empayar Brunei, tulisan -tulisan China telah digunakan untuk membina sejarah Brunei awal.[3] Boni dalam sumber-sumber bahasa Cina barangkali merujuk kepada pulau Borneo sebagai keseluruhan, sementara Poli 婆利 yang barangkali terletak di Sumatra, didakwa oleh para pihak berkuasa tempatan juga turut merujuk kepada Brunei. Hubungan diplomatik terawal antara Borneo (Boni 渤泥) dan China dicatat dalam Taiping huanyuji太平環宇記 (978).

Empayar Brunei
كسلطانن بروني (Jawi)
Kesultanan Brunei (Rumi)
1368–1890
Bendera Kesultanan Brunei Darul Islam
Bendera
Status
Vassal Empayar Majapahit (1368–1425)

Negara berdaulat (1425–1885)

Protektorat Kesultanan Utsmaniyah (1570 -1581) dan (1842 - 1854)
Ibu negaraKota Batu
Kampong Ayer
Bandar Seri Begawan[1]
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu Kuno, Tagalog lama, Bahasa Arab dan Bahasa Bornean
Agama
Islam Sunni,
DemonimOrang Brunei
Kerajaanmonarki mutlak Islam
Sultan 
• 1368–1402
Muhammad Shah
• 1408-1425
Ahmad
• 1425–1432
Sharif Ali
• 1485-1524
Bolkiah
• 1582–1598
Muhammad Hassan
• 1828–1852
Omar Ali Saifuddin
• 1885–1906[2]
Hashim Jalilul Alam Aqamaddi
Sejarah 
• Kesultanan diasaskan
1368
• Menjadi tempat perlindungan Inggeris British
1890
Mata wangBarter, Cowrie, Piloncitos, dan Brunei pitis dan Turkish lira
Didahului oleh
Diganti oleh
Majapahit
Kesultanan Sulu
Maynila (Sejarah politik)
Kesultanan Sarawak & Kerajaan Santubong
Hindia Timur Sepanyol
Hindia Belanda
Penjajahan Keluarga Brookes keatas wilayah Sarawak
Pulau Labuan
Borneo Utara
Brunei
Sekarang sebahagian dariBrunei
Indonesia
Malaysia
Filipina

Sewaktu pemerintahan Sultan Brunei yang kelima, Sultan Bolkiah, Brunei berkembang menjadi sebuah empayar dengan wilayahnya meliputi hampir semua Borneo dan sebahagian daripada Filipina terutamanya pulau Mindanao. Zaman ini merupakan zaman kegemilangan empayar Brunei lantaran tanda kekuatannya menguasai kesemua wilayahnya. Tentera Brunei terdiri daripada sebuah kuasa tentera laut yang kuat. Kebanyakan mereka bekerja sebagai lanun di Laut China Selatan dan kawasan-kawasan pantai Borneo. Lanun-lanun ini dapat diperintah oleh Sultan bila-bila sahaja mereka diperlukan dalam suatu ekspedisi. Sebenarnya, mereka juga kapten lautan yang berpengalaman yang digelar nakhoda.

Catatan terawal oleh barat mengenai Brunei adalah oleh seorang Itali yang digelar Ludovico di Varthema. Ludovico pada waktu itu dalam perjalanan ke Kepulauan Maluku apabila dia mendarat di Borneo dan bertemu dengan rakyat Brunei. Catatan dokumentasinya bertarikh 1550. Pada tahun 1900 hingga 15 Mac 1903, Sultan Hashim Jamalul Alam Aqamaddin dan Sultan Abdul Hamid bersetuju Brunei menjadi negara vassal kepada Kesultanan Utsmaniyah.

"Kami tiba di pulau Bornei (Brunei atau Borneo), yang jarak jauhnya dari Maluch lebih kurang dua ratus batu, dan kami mendapatinya agak besar sedikit dan lebih rendah berbanding yang tersebut di atas. Rakyatnya adalah kafir dan ialah manusia bermuhibah. Warna mereka adalah lebih putih berbanding yang jenis lain....di pulau ini keadilan dijalankan dengan baik..."

Rujukan sunting

  1. ^ Hussainmiya 2010, m/s. 67.
  2. ^ Yunos 2008.
  3. ^ Jamil Al-Sufri, Tarsilah Brunei: The Early History of Brunei up to 1432 AD (Bandar Seri Begawan: Brunei History Centre, 2000)