Empayar Gupta (Sanskrit: गुप्त राजवंश, Gupta Rājavaṃśa) ialah empayar India kuno yang wujud mulai kira-kira 320 hingga 550 Masihi dan merangkumi kebanyakan subbenua India.[1] Diasaskan oleh Maharaja Sri-Gupta, dinasti ini ialah contoh unggul sebuah tamadun klasik.[2] Keamanan dan kemakmuran yang wujud di bawah kepimpinan raja-raja Gupta membolehkan pengejaran bidang kegiatan saintifik dan kesenian. [3]. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Kegemilangan India [4] dan ditandai oleh banyak rekaan dan temuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dialektik, kesusasteraan, logik, matematik, astronomi, agama, dan falsafah yang membentuk unsur-unsur tentang apa yang umumnya dikenali sebagai budaya Hindu.[5] Chandragupta I, Samudragupta, dan Chandragupta II merupakan raja-raja yang terkenal dalam dinasti Gupta.[6]

Empayar Gupta
गुप्त राजवंश
Gupta Rājavaṃśa
320–600-an
Empayar Gupta pada takat yang terbesar (kelabu), serta negeri-negeri lindungannya (hijau).
Empayar Gupta pada takat yang terbesar (kelabu), serta negeri-negeri lindungannya (hijau).
Ibu negaraPataliputra
Bahasa yang umum digunakanSanskrit
Agama
Agama Hindu
Agama Buddha
KerajaanPemerintahan beraja
Maharajadhiraja 
• 240-an - 280-an
Sri-Gupta
• 319-335
Chandragupta I
• 540-550
Vishnugupta
Era SejarahZaman purba
• Didirikan
320
• Dibubarkan
600-an
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Kanva
Empayar Kushan
Dinasti Pala
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
- Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Tamadun Lembah Indus 3300–1700 SM
- Budaya Harappa Akhir 1700–1300 SM
Pemerintahan Syarikat di India 1757–1858 Masihi
India British 1858–1947 Masihi
Pemecahan India 1947 Masihi
Sejarah Sri Lanka
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistan
Sejarah khusus
Duit syilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanKelautan
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Pencapaian tertinggi daya cipta kebudayaan ini adalah dalam bidang seni bina, arca, dan lukisannya yang megah.[7] Zaman Gupta menghasilkan sarjana seperti Kalidasa, Aryabhata, Varahamihira, Vishnu Sharma, Vatsyayana, dan Prashastapada yang masing-masing menyumbangkan kemajuan yang besar dalam banyak bidang akademik.[8][9] Sains dan pentadbiran politik mencapai puncak yang lebih tinggi semasa zaman Gupta.[10] Hubungan-hubungan perdagangan yang kuat juga menyebabkan wilayah ini merupakan suatu pusat kebudayaan yang penting serta juga menjadikannya sebagai suatu pangkalan yang mempengaruhi kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah yang berhampiran di Burma, Sri Lanka, Kepulauan Melayu, dan Indochina.[11]

Kitab Purana terawal yang masih wujud juga dianggap ditulis sekitar zaman ini. Empayar ini beransur-ansur merosot kerana pelbagai faktor, termasuklah kehilangan wilayah dan kuasa empayar yang besar yang diakibatkan oleh bekas negeri-negeri lindungannya dan serangan oleh orang Huna dari Asia Tengah.[12] Selepas kejatuhan Empayar Gupta pada abad ke-6, India sekali lagi diperintah oleh banyak kerajaan wilayah, dengan salasilah sebuah kaum kerabat Gupta terus memerintah Magadha. Raja-raja itu akhirnya digulingkan oleh Harsha, raja dari Vardhana, yang mengasaskan sebuah empayar yang baharu pada separuh pertama abad ke-7.

Asal dinasti Gupta sunting

Perincian tentang asal-usul atau latar sosial raja-raja Gupta masih tidak dapat dipastikan.[13]

A.S. Altekar menganggap kasta kaum kerabat Gupta sebagai Vaishya, berdasarkan teks undang-undang India kuno yang menetapkan akhiran nama yang mengandungi "Gupta" sebagai salah satu anggota kasta Vaishya, akan tetapi peraturan ini biasanya tidak diikuti. Ahli sejarah moden K.P. Jayaswal mencadangkan bahawa kaum kerabat Gupta adalah daripada kaum Jat. Alasannya berdasarkan geran plat kuprum dari Pune dan dari Riddhapura yang dihadiahkan oleh Prabahvatigupta, pemangku raja Vakataka yang juga puteri Chandragupta II. Dalam kedua-dua inskripsi itu, Prabahvatigupta menyatakan bahawa beliau tergolong dalam gotra Dharana. Oleh sebab gotra itu bukan gotra suaminya, maka ia harus merupakan gotra kaum kerabat Gupta. Pandangan K.P. Jayaswal diterima oleh seorang lagi ahli sejarah moden, Dasharatha Sharma, yang mengatakan bahawa orang Jat daripada gotra Dharana masih wujud di Rajasthan kini.[14] H.C. Raychaudhuri, satu lagi ahli sejarah moden, juga bersetuju bahawa kaum kerabat Gupta tergolong dalam gotra Dharana. Selain itu, beliau juga percaya bahawa mereka itu mungkin mempunyai ikatan keluarga dengan Permaisuri Dharini, permaisuri utama Agnimitra.[15][16] Bagaimanapun, J. N. Singh Yadav mendapati bahawa gotra Dharana tidak sahaja merupakan keturunan orang Jat kerana ia juga merupakan gotra ahir yang terkenal di negeri-negeri Haryana, Uttar Pradesh, Delhi, dan Rajasthan kini.[17] Walau bagaimanapun, kesimpulan berdasarkan inskripsi plat kuprum Riddhapura yang telah diterima mungkin salah, dengan kesimpulan yang betul menunjukkan bahawa keluarga Riddhapura, ibu Prabhavatigupta, tergolong dalam gotra Dharana ini. Baru-baru ini, ahli sejarah Ashvini Agarwal menganggap bahawa mereka tergolong dalam kasta Brahman, berdasarkan ikatan semenda Gupta dengan dinasti Brahman ortodoks.[14]

Penggalian baru-baru ini di Nepal dan penara Dakkan menunjukkan bahawa akhiran Gupta umumnya digunakan oleh raja-raja Abhira. Ahli sejarah moden, D. R. Regmi, mengaitkan kaum kerabat Gupta dengan kaum Abhira-Gupta dari Nepal.[18] Beliau juga menunjukkan bahawa Lichchhavayah yang terukir di balik duit syiling Samudragupta merupakan istilah jamak dan justeru, tidak merujuk kepada permaisuri Chandragupta I dari kerajaan Licchavi. Sebaliknya, inskripsi pada duit syiling itu menyebut agar bertaat setia kepada kerajaan Licchavi dari Nepal. Sebenarnya, kerajaan Abhira-Gupta merupakan salah satu negeri lindungan kepada kerajaan Licchavi pada suatu ketika.

Fa Xian ialah salah satu penziarah Cina yang terawal yang melawat India sewaktu pemerintahan Chandra Gupta II. Beliau memulakan perjalanannya dari China pada 399 Masihi dan tiba di India pada 405 Masihi. Sewaktu berada di India sehingga 411 Masihi, beliau menziarahi Mathura, Kanauj, Kapilavastu, Kushinagar, Vaishali, Pataliputra, Kashi, dan Rajgriha dan membuat pencerapan yang teliti terhadap keadaan empayar sewaktu itu. Fa Xian berasa gembira akan kesederhanaan pentadbiran, dengan hukuman yang ditetapkan oleh kanun jenayahnya dihadkan kepada denda sahaja. Daripada pemerian Fa Xian, Empayar Gupta sewaktu itu sedang menikmati zaman yang makmur.

Penjelajah Cina, Yijing (lihat juga Xuanzang), memberikan lebih banyak maklumat tentang kerajaan Gupta di Magadha. Beliau tiba di India utara pada 672 Masihi dan mendapat tahu tentang Maharaja Sri-Gupta yang membina sebuah kuil untuk penziarah Cina berhampiran dengan Mi-li-kia-si-kia-po-no (Mrigasikhavana). Menurutnya, kuil itu "sekitar 40 yojana di sebelah timur Nalanda, mengikut laluan Ganga".[19]

Rujukan sunting

  1. ^ "Gupta Dynasty - MSN Encarta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2010-12-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ http://www.fsmitha.com/h1/ch28gup.htm
  3. ^ http://historymedren.about.com/library/text/bltxtindia7.htm
  4. ^ http://www.nupam.com/Sgupta1.html
  5. ^ http://www.wsu.edu:8001/~dee/ANCINDIA/GUPTA.HTM
  6. ^ http://www.indianchild.com/gupta_empire.htm
  7. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/249590/Gupta-dynasty
  8. ^ Mahajan, V.D. (1960) Ancient India, New Delhi: S. Chand, ISBN 81-219-0887-6, p.540
  9. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic-art/285248/1960/The-Gupta-empire-at-the-end-of-the-4th-century
  10. ^ http://www.historybits.com/gupta.htm
  11. ^ http://www.pbs.org/thestoryofindia/gallery/photos/8.html
  12. ^ Agarwal, Ashvini (1989). Rise and Fall of the Imperial Guptas, Delhi:Motilal Banarsidass, ISBN 81-208-0592-5, pp.264-9
  13. ^ Singh, Upinder (2008). A History of Ancient and Early Medieval India: From the Stone Age to the 12th Century. Delhi: Pearson Education. m/s. 475. ISBN 81-317-1120-0 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  14. ^ a b Agarwal, Ashvini (1989). Rise and Fall of the Imperial Guptas, Delhi:Motilal Banarsidass, ISBN 81-208-0592-5, pp.82-4
  15. ^ Raychaudhuri, H.C. (1972). Political History of Ancient India, Calcutta: University of Calcutta, p.467ff
  16. ^ Mahajan, V.D. (1960) Ancient India, New Delhi: S. Chand, ISBN 81-219-0887-6, p.474
  17. ^ Yadavas of South India, p.34, by J. N. Singh Yadav [1]
  18. ^ Inscriptions of Ancient Nepal, Volume 1 by D. R. Regmi, p.74
  19. ^ Raychaudhuri, H.C. (1972). Political History of Ancient India, Calcutta: University of Calcutta, pp.488,488ff