Enid Mary Blyton (11 Ogos 189728 November 1968) ialah seorang British yang telah dianggap sebagai salah satu penulis novel kanak-kanak yang terutama pada abad ke-20. Beliau telah disanjung oleh para pengkritik kerana penceritaannya yang kaya serta watak-wataknya yang tidak dapat dilupakan.

Enid Blyton
Lahir11 Ogos 1897
Meninggal dunia28 November 1968
PekerjaanPenulis novel
GenrePengembaraan, Misteri, Fantasi
Laman web
www.enidblytonsociety.co.uk

Blyton terkenal kerana menulis banyak siri buku berdasarkan watak-watak yang berulang-ulang dan yang ditujukan kepada kumpulan-kumpulan umur yang berbeza. Buku-bukunya telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara, dengan jualan yang melebihi 400 juta naskhah. Pada tahun 2007, Blyton menjadi penulis yang kelima terpopular di dunia, iaitu di belakang Lenin tetapi di hadapan William Shakespeare, menurut Indeks Translationum. Pemeringkatan ini berdasarkan bilangan naskhah buku Blyton yang dijual dan merangkumi melebihi 3,300 terjemahan buku-bukunya.

Salah satu wataknya yang paling terkenal ialah Noddy. Watak-watak lain yang popular termasuk watak-watak dalam siri Lima Sekawan  (terdiri daripada 21 buah novel (19421963) berkenaan dengan empat orang remaja serta seekor anjing yang membuat berbagai-bagai pengembaraan), dan siri Tujuh Penyiasat  (terdiri daripada 15 buah novel (19491963) tentang tujuh orang remaja yang menyelesaikan berbagai-bagai misteri).

Karya-karya Blyton yang merangkumi cerita-cerita pengembaraan dan fantasi seringnya melibatkan kuasa ajaib. Buku-bukunya masih amat popular di Britain, India, New Zealand, Pakistan, serta Australia, dan telah diterjemahkan dalam hampir 90 bahasa, termasuk bahasa-bahasa Belanda, Cina, Finland, Ibrani, Indonesia, Jepun, Jerman, Perancis, Portugis, Sepanyol, Slovenia, dan Sweden. Versi-versi terjemahan tersebut juga masih amat popular di banyak kawasan di Eropah dan Asia.


Hidup peribadi sunting

 
Lima Sekawan Ke Mur Misteri (1954)
 
Biografi Enid Blyton
 
Sebuah buku Enid Blyton terjemahan.
 
Sebuah buku Enid Blyton terjemahan.

Dilahirkan pada 11 Ogos 1897 di 354, Lordship Lane, Dulwich Timur, London, Blyton merupakan anak sulung kepada Thomas Carye Blyton (1870 - 1920), seorang jurujual kutleri, dan isterinya, Theresa Mary née Harrison (1874 - 1950). Beliau mempunyai dua orang adik lelaki, Hanly (lahir 1899) dan Carey (lahir 1902), yang dilahirkan selepas keluarganya berpindah ke subbandar Beckenham yang berhampiran. Antara tahun-tahun 1907 dan 1915, Blyton dididik di Sekolah St. Christopher, Beckenham, dan mencapai keputusan yang cemerlang serta juga merupakan seorang ketua pengawas. Beliau gemar akan aktiviti-aktiviti jasmani serta pembelajaran akademik, tetapi tidak suka akan mata pelajaran Matematik.

Blyton merupakan seorang pemain piano yang berbakat, tetapi melepaskan pembelajaran muziknya apabila beliau berlatih sebagai guru. Beliau kemudian mengajar di Bickley, Surbiton, dan Chessington selama lima tahun dan menulis pada masa lapangnya. Buku pertamanya, Bisikan Kanak-kanak, sebuah himpunan puisi, diterbitkan pada tahun 1922.

Pada 28 Ogos 1924, Blyton berkahwin dengan Mejar Hugh Alexandar Pollock DSO (1888 - 1971), editor bahagian buku di syarikat penerbitan George Newnes yang menerbitkan dua buah bukunya pada tahun itu. Mereka kemudian pindah ke Buckinghamshire dan akhirnya, berpindah ke sebuah rumah yang dipanggil Green Hedges di Beaconsfield. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Gillian Mary Baverstock (lahir 15 Julai 1931) dan Imogen Mary Smallwood (lahir 27 Oktober 1935).

Pada pertengahan dekad 1930-an, Blyton mengalami suatu krisis rohaniah, tetapi beliau memutuskan tidak akan memeluk agama Roman Katolik dari Gereja England kerana beliau berasa bahawa mazhab itu "terlalu tersekat". Walaupun beliau jarang menyertai upacara-upacara sembahyang, beliau memastikan bahawa kedua-dua anak perempuannya dibaptiskan mengikut adat Geraja England dan menyertai kelas agama hari Ahad tempatan.

Menjelang tahun 1939, perkahwinannya dengan Pollock mengalami kesusahan dan pada tahun 1941, beliau bertemu dengan Kenneth Fraser Darrel Waters (1892 - 1967), seorang pakar bedah London. Mereka memulakan suatu persahabatan yang dengan cepatnya berkembang menjadi hubungan cinta. Selepas setiap mereka bercerai, mereka berkahwin di pejabat pendaftaran Bandaraya Westminster pada 20 Oktober 1943. Blyton kemudian menggantikan nama keluarga kedua-dua anak perempuannya menjadi Darrell Waters. Pollock berkahwin semula dan tidak banyak berhubung dengan anak-anak perempuannya selepas itu. Perkahwinan Blyton yang kedua amat bahagia. Beliau amat menyayangi dan mengambil berat tentang suaminya, dan mereka tinggal bersama dengan kedua-dua anak perempuannya di Green Hedges.

Suami Blyton meninggal dunia pada tahun 1967. Pada bulan-bulan yang berikut, Blyton menjadi semakin sakit kerana menghidap penyakit Alzheimer. Beliau dipindahkan ke Rumah Penjagaan Greensway di 11, Fellows Road, Hampstead, London, dan meninggal dunia selepas tiga bulan pada 28 November 1968. Mayatnya dibakar di Golders Green.

Hasil Blyton dianggarkan sebanyak 800 buah buku pada tempoh kerjaya kesusasteraannya selama kira-kira 40 tahun. Chorion Limited dari London kini memiliki dan mengendalikan harta-harta intelektual dan jenama-jenama watak Noddy dan Lima Sekawan  Blyton.

Hasil karya Enid Blyton telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada sekitar tahun 1970an oleh Syarikat Fargoes dan pada tahun 1980an oleh Syarikat Hasrat Pelajar. Walau bagaimanapun Syarikat Fargoes telah mengalih bahasa secara lebih terperinci berbanding dengan Hasrat Pelajar yang telah meringkaskan jalan cerita. Buku-buku tersebut dijual pada harga MYR1.80 bagi berkulit luar biasa dan MYR3.20 bagi kulit keras. Kini buku-buku tersebut adalah dikategorikan sebagai barangan terhad kerana ianya susah didapati.

Karya-karya yang paling popular sunting

 
Pokok Magik yang Terpencil.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Enid Blyton (1952) The Story of My Life
  • Barbara Stoney (1974) Enid Blyton, 1992 The Enid Blyton Biography, Hodder, London (kulit tebal)ISBN 0-340-58348-7 (kulit lembut) ISBN 0-340-16514-6
  • Mason Willey (1993) Enid Blyton: A Bibliography of First Editions and Other Collectible Books ISBN 0-9521284-0-3
  • S. G. Ray (1982) The Blyton Phenomenon
  • Bob Mullan (1987) The Enid Blyton Story
  • George Greenfield (1998) Enid Blyton
  • Robert Druce (1992) This Day Our Daily Fictions: An Enquiry into the Multi-Million Bestseller Status of Enid Blyton and Ian Fleming