Eric William Dane (lahir 9 November 1972) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Dr. Mark Sloan menerusi Grey's Anatomy. Beliau dilahirkan di San Francisco, California.

Eric Dane
Eric Dane in 2008
Kelahiran
Eric William Dane

(1972-11-09) 9 November 1972 (umur 51)
PasanganRebecca Gayheart (2004 - kini)

Biografi sunting

Kejaya sunting

Setelah muncul di dalam All My Sons, Dane memutuskan untuk menjadikan lakonan sebagai kerjayanya. Beliau muncul sebagai watak sampingan di dalam Saved by the Bell, The Wonder Years, Roseanne, dan Married With Children, dan sebagainya. Namun, pada tahun 2000, beliau menandatangani perjanjian untuk membintangi Gideon's Crossing, dan dua musim untuk siri Charmed. Selain itu, beliau juga pernah muncul di dalam Serving in Silence dan Helter Skelter.

Penampilan pertama untuk watak utama Dane ialah menerusi The Basket (1999). Beliau juga pernah muncul dalam Zoe, Duncan, Jack & Jane, Sol Goode, Feast, Open Water 2, dan X-Men: The Last Stand.

Pada 2005, Dane menjadi pelakon jemputak sebagai Dr. Mark Sloan (atau "McSteamy") menerusi Grey's Anatomy. Pada musim ketiga, berdasarkan sambutan positif dari penonton, Dane diserap menjadi ahli keluarga Grey's Anatomy.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau pernah belajar di Mateo High, California pada tahun 1991.[1] Beliau mengahwini pelakon Rebecca Gayheart pada 29 Oktober 2004.

Pada 6 Februari 2008, majalah berita selebriti OK! melaporkan Dane menghidap barah kulit tetapi telah menjalani rawatan.[2] Walau bagaimanapun, pada 13 Februari 2008, beliau menafikan dakwaan beliau menghidap barah kulit menerusi majalah Us Weekly[3][4] Dane berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.[3]

Filemografi sunting

Tahun Judul Peranan Nota
1991 Saved by the Bell Tad Pogue Episod ("The Game")
1993 The Wonder Years Brett Episod ("Nose")
1995 Serving in Silence: The Margarethe Cammermeyer Story Matt
Married… with Children Oliver Cole Episod ("Radio Free Trumaine")
1996 Seduced by Madness: The Diane Borchardt Story Nick
Silk Stalkings Justin Whalen Episod ("Private Dancer")
Roseanne Bellhop Episod ("Disney World War II")
1999 The Basket Tom Emery
2000 Zoe, Duncan, Jack & Jane Alec Episod ("Kiss of Death")
2001 Ball & Chain Jack
Sol Goode Overly dramatic actor
Gideon's Crossing Dr. Wyatt Cooper Musim 1 Episod 5, 10, 11 dan 16
2002 The American Embassy Rob Goodwin
2003-2004 Charmed Jason Dean Musim 5 Episod 16, 17, 19 dan 21
- Musim 6 Episod 2, 4, 6, 9 dan 13
2004 Las Vegas Leo Broder Episod ("The Count of Montecito" dan "Have You Ever Seen the Rain?")
Helter Skelter Charles "Tex" Watson
2005 Feast Hero
Painkiller Jane Nick
2006 X-Men: The Last Stand Jamie Madrox/Multiple Man
X-Men: The Official Game Multiple Man
Open Water 2: Adrift Dan
Wedding Wars Ben Grandy
2006-kini Grey's Anatomy Dr. Mark Sloan
2008 Marley & Me TBA

Rujukan sunting

  1. ^ Eric Dane Biography (1972?-)
  2. ^ "Eric Dane's Fight Against Cancer". OK! Magazine. 2008-02-06. Dicapai pada 2008-02-14.
  3. ^ a b "'Grey's' star upset over cancer report". United Press International. 2008-02-13. Dicapai pada 2008-02-14.
  4. ^ "'Eric Dane Denies Cancer Battle". San Francisco Chronical. 2008-02-14. Dicapai pada 2008-03-10.

Pautan luar sunting