Erik D. Prince lahir pada 6 Jun 1969 di Holland, Michigan , Amerika Syarikat .

Erik Prince ialah tuan punya dan pengasas Blackwater USA merupakan bekas tentera laut SEAL. Bapanya Edgar Prince mati pada 1995 merupakan usahawan seperti membuat lampu car visor dan lain-lain peralatan. Erik Prince menghadiri Akademi Tentera Laut dan lulusan Kolej Hillsdale dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat George H.W. Bush di White House. Erik Prince menyumbang $200,000 kepada Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan sejak 1998. Beliau turut menyokong George H.W. Bush dan Senator Tom Clurn . Beliau juga berkhidmat sebagai lembaga pengarah Kebebasan Kristian Antarabangsa iaitu sebuah kumpulan tidak berasaskan keuntungan untuk mencetak dan menyebarkan kitab Bible dan makanan secara percuma.