Juan Evo Morales Ayma (lahir 26 Oktober 1959) merupakan Presiden Bolivia ke-65 dari 2006 hingga 2019. Beliau merupakan ketua negara berketurunan peribumi pertama di Amerika Selatan sejak penjajahan pihak Sepanyol lebih 470 tahun dahulu.

Juan Evo Morales Ayma
Presiden Bolivia ke-65
Dalam jawatan
22 Januari 2006 – 10 November 2019
Naib PresidenÁlvaro García Linera
Didahului olehEduardo Rodríguez
Digantikan olehJeanine Áñez
Butiran peribadi
Lahir (1959-10-26) 26 Oktober 1959 (umur 64)
Orinoca, Oruro, Bolivia
KerakyatanBolivia
Parti politikPergerakan Sosialisme (Movimiento al Socialismo, MAS)
Pasangantunggal

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Evo Morales lahir pada 26 Oktober 1959 di petempatan Isallavi, Kanton Orinoca di Wilayah Oruro. Beliau anak kedua daripada tiga adik beradik yang masih hidup dalam tujuh adik beradik yang dilahirkan dalam keluarganya; ibu bapanya, María Ayma Mamani dan Dionisio Morales Choque bekerja sebagai petani yang bercucuk tanam serta menternak llama. Beliau berketurunan Uru-aimara dengan bahasa Aymara sebagai bahasa jatinya.[1] Ketika Evo berusia enam tahun, keluarganya berpindah-randah ke beberapa kawasan perkampungan di utara Argentina untuk bekerja menuai tebu di sana.

Kerjaya politik awal sunting

Morales menyertai Pergerakan Sosialisme Bolivia (Movimiento al Socialismo, MAS) pada tahun 1997. Pada tahun sama beliau bertanding dalam pilihan raya presiden negara tersebut di mana beliau dikalahkan Gonzalo Sánchez de Lozada dari Pergerakan Nasionalis Revolusioner (Movimiento Nacionalista Revolucionario, MNR) dengan lebihan undi sebanyak 1.6%. Namun, parti MAS pimpinan Morales mampu memperolehi sebanyak 27 kerusi wakil dan senator lalu menjadi antara parti terbesar dan berkuasa dalam parlimen Bolivia tersebut selepas perikatan gabungan MNR dan Pergerakan Bolivia Merdeka.

Bertambahnya kuasa dalam MSA

Pada tahun 2003, suatu rusuhan besar-besaran berlaku di mana sekumpulan aktivis termasuk golongan penanam koka memprotes penswastaan sumber gas bawah tanah Bolivia serta penjualan sewenang-wenangnya kepada syarikat tertentu di Amerika Syarikat; para aktivis ini menutup laluan serata kota La Paz serta bertembung dengan pihak polis - sebanyak 80 orag terkorban dan 411 orang yang lain cedera termasuk orang awam dan anak-anak.[2] Morales dan parti MAS disalahkan sebagai mempergunakan tunjuk perasaan ini untuk menggulingkan pemerintah Bolivia dengan campur tangan penjenayah, FARC serta pemerintah-pemerintah asing di Venezuela, Cuba dan Libya.[3] Namun, Morales bertindak balas mendakwa pemerinthan Presiden Sánchez de Lozada lepas tangan dengan tanggungjawabnya meredakan keadaan lalu menuntut presiden tersebut letak jawatan; tuntutannya mendapat sokongan parti MAS, kelompok aktivis lain serta penduduk kelas pertengahan. Sánchez meletakkan jawatan berikutan kemarahan yang dibangkit ini malah melarikan diri ke Miami, Florida.[4]

Beliau mencuba nasibnya sekali lagi dengan bertanding pilihan raya tahun 2005 bersama Álvaro García Linera sebagai timbalannya. Beliau memenangi majoriti besa dengan undian sebanyak 53.74% mengalahkan pesaingnya dari parti Tindakan Demokratik Kebangsaan, Jorge Quiroga. Sebanyak 28.59%.

Pada 21 Januari 2006, Morales menegetuai suatu upacara keagamaan memohon restu di kawasan runtuhan Tiahuanaco dihadiri beberapa kaum peribumi Amerika Latin serta dunia (beliau sendiri merupakan penganut agama peribuminya yang berpegang kepada kepercayaan terhadap Pachamama, Dewi Bumi[5][6]). Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Bolivia menurut perlembagaan Republik pada keesokan harinya.

Pemerintahan sebagai Presiden sunting

Selepas dipilih menjadi Presiden, Bolivia dalam senarai negara termiskin di Amerika Selatan ketika itu. Kerajaan Morales tidak memulakan perubahan drastik terhadap struktur ekonomi Bolivia, dan dalam Rancangan Pembangunan Kebangsaan (PDN) mereka untuk tahun 2006-10, sebahagian besarnya berpegang pada model ekonomi liberal sebelumnya. Ekonomi Bolivia didasarkan pada pengekstrakan sumber semula jadi, dengan negara yang memiliki simpanan gas asli kedua terbesar di Amerika Selatan. Selaras dengan janji pilihan rayanya, Morales mengambil alih kawalan kerajaan industri hidrokarbon dengan Keputusan Eksekutif 2870; sebelum ini, perbadanan membayar 18% keuntungan mereka kepada negeri ini, tetapi Morales secara simbolik membalikkannya, sehingga 82% keuntungan pergi ke negara dan 18% kepada syarikat. Syarikat-syarikat minyak mengancam untuk mengambil kes itu ke mahkamah antarabangsa atau berhenti beroperasi di Bolivia, tetapi akhirnya menyesal. Oleh itu, di mana Bolivia telah menerima $173 juta dari ekstraksi hidrokarbon pada tahun 2002, pada tahun 2006 mereka menerima $1.3 bilion. Walaupun secara teknis bukan suatu bentuk nasionalisasi, Morales dan kerajaannya merujuknya demikian, mengakibatkan kritikan dari sektor-sektor yang ditinggalkan Bolivia. Pada bulan Jun 2006, Morales mengumumkan keinginannya untuk menasionalisasi perlombongan, elektrik, telefon dan kereta api, dan pada bulan Februari 2007 telah memulihkan kilang metalurgi Vinto, enggan memberi pampasan kepada Glencore,[7] yang ditegaskan oleh kerajaan yang telah memperoleh kontrak secara tidak sah. Walaupun persekutuan pelombong FSTMB memanggil kerajaan untuk menasionalisasi lombong, kerajaan tidak melakukannya, sebaliknya menyatakan bahawa mana-mana syarikat transnasional yang beroperasi di Bolivia secara sah tidak akan dirampas.

Morales juga merubah nama sistem Bolivia dari Republik Bolivia kepada Negara Plurinasi Boliva pada tahun 2009 dalam penukaran perlembagaan lama kepada perlembagaan baharu. Pada 2019 beliau meletakkan jawatan selepas tuduhan skandal pilihan raya dan digantikan oleh Jeanine Áñez.[8]

Anugerah dan kehormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Un tal Evo. Una biografía no autorizada del presidente boliviano" (dalam bahasa Sepanyol). FronteraD. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  2. ^ Muñoz-Pogossian 2008, m/s. 164–167; Sivak 2010, m/s. 99–103; Harten 2011, m/s. 118–124.
  3. ^ Harten 2011, m/s. 122–123.
  4. ^ Muñoz-Pogossian 2008, m/s. 167; Sivak 2010, m/s. 101–103; Harten 2011, m/s. 122–124.
  5. ^ "El presidente de Bolivia Evo Morales y el culto de adoración a la Madre Tierra". Aleteia.org (dalam bahasa Sepanyol). 8 Julai 2015. Dicapai pada 13 April 2017.
  6. ^ "Evo Morales, presidente da Bolívia declara ser “católico de base”". www.boliviacultural.com.br (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 13 April 2017. C1 control character in |title= at position 48 (bantuan)
  7. ^ "Glencore tries to enforce its rights in Bolivia". Mining.com (dalam bahasa Inggeris). 16 Ogos 2020. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  8. ^ Dyer, Evan (14 November 2019). "Canada will 'support' Bolivian opposition government". CBC.

Pautan luar sunting