Evolusi KL Drift 2

Filem aksi permotoran Malaysia 2010 arahan Syamsul Yusof

Evolusi KL Drift 2 ialah sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2010 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Evolusi KL Drift (2008).[1] Filem ini dibintangi oleh Syamsul sendiri, Farid Kamil, Aaron Aziz dan Scha Al-Yahya.[2]

Evolusi KL Drift 2
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehSyamsul Yusof
Muzik olehJames Baum
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
25 Mac 2010
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Kantonis
BajetRM 2.52 juta
Pecah panggungRM 5.5 juta

Filem ke-25 terbitan Skop Productions ini dikatakan merupakan filem termahal yang pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut dalam sejarah, dengan dilaporkan menelan belanja RM 2.5 juta, termasuk promosi. Difahamkan, Fasha Sandha tidak terlibat di dalam kesinambungan filem ini dan peranan beliau telah digantikan oleh pendatang baru iaitu Scha Al-Yahya.[3] Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010.[4]

Sinopsis sunting

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang dialami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bernama Aleeya yang juga seorang drifter profesional setelah Fasha, bekas teman wanita Zack pergi membawa diri ke luar negara untuk menyambung pelajarannya selepas cintanya ditolak oleh Sham.

Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba. Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam ke atas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. ASP Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Zack melarikan diri daripada polis apabila Zack ternampak dadah di bonet kereta dan Muz telah diberkas polis. Aleeya berjaya melarikan diri tetapi terbunuh akibat ditembak oleh Joe semasa tempat persembunyiannya diserbu polis. Joe hendak membunuh Zack tetapi ditembak mati oleh Kamal.

Pelakon sunting

 
Scha Al-Yahya sebagai Aleeya.

Penerbitan sunting

Evolusi KL Drift 2 merupakan filem ketiga arahan Syamsul Yusof dan diterbitkan bersama oleh Skop Productions dan Grand Brilliance. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 2.5 juta, termasuk promosi, menjadikannya sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan oleh Skop. Lokasi penggambaran filem ini termasuk Pelabuhan Klang dan Putrajaya.

Syamsul yang memegang watak Zack dalam kedua-dua filem Evolusi KL Drift nyaris berdepan maut apabila besi pada kamera di bahagian depan keretanya hampir tercucuk pada bahagian mukanya semasa penggambaran bagi babak ngeri yang dilakonkannya. Filem ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakonnya, kecuali Fasha Sandha dan Diana Danielle yang menarik diri akibat pertindihan jadual kerja[5] dengan penambahan beberapa pelakon baru termasuk Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Zul Ariffin.

Keluaran dan sambutan sunting

Tayangan sunting

Evolusi KL Drift 2 ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan berjaya meraih kutipan pawagam terbanyak di seluruh pawagam Malaysia untuk hujung minggu pertama tayangannya (25 hingga 28 Mac), mengatasi filem-filem handalan Hollywood seperti How to Train Your Dragon dan Alice in Wonderland.[6]

Kutipan sunting

Dilaporkan bahawa pada minggu pertamanya di pawagam, hasil kutipan filem ini mencecah RM 3.6 juta di 70 pawagam seluruh negara, termasuk RM560,000 pada hari pertama dan RM900,000 pada hari ketiga.[7] Pada takat 13 hari (6 April), jumlah kutipan meningkat lagi kepada RM 5.2 juta.[8][9]

Ulasan kritis sunting

Ezekiel Lee dari Cinema Online memberi 2.5 bintang kepada filem ini, dengan membidas kepincangan logik cerita dan lakon layar yang 'tidak mendatangkan inspirasi', serta Syamsul Yusof sendiri gagal memperbaiki mutu lakonan, namun pada masa yang sama memberi pujian kepada lakonan pelakon pembantu seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam yang menghiburkan penonton dengan dialog hebat mereka, di samping pemilihan kereta yang mengagumkan dan aksi lasak yang menunjukkan peningkatan dari filem pertama.[10] Portal Tupai juga memberi 2.5 bintang dengan memberi pujian kepada lakonan Scha al-Yahya, Shaheizy dan Aaron serta prestasi aksi lasak kereta, tetapi mengeluh akan "hilang fokus" jalan ceritanya.[11]

Ulasan Wahiduzzaman untuk mStar Online mengibaratkan EKLD2 dengan 'deruman kereta baru yang menggunakan enjin lama', dengan keluhan bahawa filem aksi dengan teknik sinematografi moden yang 'membanggakan' dihampakan oleh kepincangan plot, skrip, dan lakonan, tidak ubah seperti skrip-skrip filem Skop Production di era Datuk Yusof Haslam, tetapi dilaporannya pula bahawa "Syamsul mengakui dia tidak dapat lari sepenuhnya daripada acuan itu. Apa pun, kata Syamsul formula itu masih dianggap relevan dan berkesan hingga ke hari ini."[12]

Antara ulasan yang lebih memberangsangkan tiba dari portal gua.com.my yang memberi markah 8/10, bagaimanapun ulasannya tidak banyak selain terhadap perlumbaan yang 'makin mantap', di samping menjadinya watak gangster lakonan Aaron Aziz dan Shaheizy Sam.[13][14]

Muzik sunting

Lagu tema filem ini dengan judul sama dinyanyikan oleh James Baum, Moots (Pop Shuvit) dan Daly Ahli Fiqir, ia juga digunakan sebagai lagu tema Evolusi KL Drift: The Series dan juga lagu "Apakah Semuanya Itu" yang dinyanyikan oleh Syamsul dan sepupunya, Dr. Fazal Anwar.

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof & Hisham Jupri Menang
Skor Muzik Asal Terbaik James Baum Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Penataan Seni Terbaik Shah Aznan Zainun Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik James Baum Tercalon
Anugerah Skrin 2010 Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Filem Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Syamsul Yusof Tercalon
Lakon Layar Filem Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Aaron Aziz Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Filem Evolusi KL Drift ada sambungan". Berita Minggu. 4 Mei 2008. Dicapai pada 2 November 2019.
  2. ^ "Thrills and spills" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 25 Mac 2010. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  3. ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 15 April 2010.
  4. ^ "Evolusi KL Drift 2 masuk pawagam 25 Mac", Harian Metro, 22 Mac 2010.
  5. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
  6. ^ Lai Swee Wei (29 Mac 2010). "Dragon soars over Alice". Cinema Online. Dicapai pada 2010-03-30.
  7. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (2 April 2010). "RM3.6j dalam 7 hari!". Harian Metro. Dicapai pada 15 April 2010.
  8. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (9 April 2010). "Evolusi KL Drift 2 dapat sambutan". Berita Harian. Dicapai pada 15 April 2010.[pautan mati kekal]
  9. ^ Rozdan Mazalan (5 April 2010). "Kutipan KL Drift 2 buat Yusof senyum". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  10. ^ Evolusi Kl Drift 2, Cinema Online, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  11. ^ Ulasan: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap Diarkibkan 2010-03-22 di Wayback Machine, Tupai.com.my, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  12. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
  13. ^ Evolusi KL Drift 2 Diarkibkan 2010-04-04 di Wayback Machine, gua.com.my, 30 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.
  14. ^ Budiey (23 Mac 2010). "Watak Ganas Shaheizy Sam Dalam Evolusi KL Drift 2 Dipuji". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2010.

Pautan luar sunting