F.T. Island (digayakan sebagai FTISLAND, Korea: FT아일랜드), kependekkan untuk "Five Treasure Island" (makna harfiah: Lima Pulau Harta Karun) merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Korea Selatan.[2] Album debut mereka, Cheerful Sensibility merupakan album ke-6 paling laris pada tahun 2007. Lagu debut mereka, "Mabuk Cinta" (tajuk asal: 사랑앓이) telah berada dalam carta teratas K-Pop selama 8 minggu berturut-turut.[3] Nama rasmi bagi kelab peminat band ini ialah "Primadonna" serta warna rasmi kelab ini ialah "kuning sinaran mentari" dan para peminat membawa bendera kuning rasmi yang dikenali sebagai "pentasticks".[4]

F.T. Island
Juga dikenali sebagai
Five Treasure Island, FTI, エフティー・アイランド
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenrePop, rock
Tahun aktif2007 (2007)–kini
Syarikat rakaman
FNC Entertainment, Mnet Media (Korea)[1]
AI Entertainment, Warner Music Group (Jepun)
Pengkarya berkait
FT.triple
Laman sesawang
Templat:URLl
AhliLee Hong-ki
Lee Jae-jin
Choi Min-hwan
Bekas ahliOh Won-bin
Choi Jong-hun
Song Seung-hyun

Perjalanan kerjaya sunting

2007: Debut dan pelancaran album sunting

Walaupun album pertama kumpulan F.T. Island, Cheerful Sensibility (Perasaan Ceria) dijadualkan untuk dilancarkan secara komersil pada Mei 2007, mereka telah muncul dalam sebuah rancangan iaitu "Ingin Jadi Teman Lelakiku?" (tajuk asal: 두근두근 여친만들기) di sebuah saluran televisyen Korea, Mnet. Band ini telah mengadakan persembahan secara langsung di Rolling Hall serta secara rasmi di Live House Melon-AX, Gwangjang-dong di Seoul pada 27 Mei 2007.[5]

Pada 7 Jun, F.T. Island mempersembahkan lagu debut mereka "Mabuk Cinta" (tajuk asal: 사랑앓이) dalam program muzik televisyen terkenal, M!Countdown dan album Cheerful Sensibility juga dilancarkan pada hari yang sama. Walaupun usia mereka ketika itu masih muda, namun mereka telah memikat hati pendengar muzik muda mahupun yang tua dengan muzik mereka serta mereka telah mendapat gelaran band 'Jejaka Bunga' (Flower Boy). Lagu debut band ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila lagu mereka itu berada di kedudukan yang tinggi dalam kebanyakan carta muzik popular selama 8 minggu berturut-turut di Korea Selatan. Mereka juga mendapat tempat pertama dalam rancangan muzik M!Countdown mengalahkan seniman terkenal ketika itu iaitu Dynamic Duo dan Fly to the Sky selepas dua minggu penampilan sulung mereka.[3] Terjual sebanyak 79,000 salinan pada 2007, album itu merupakan album jualan keenam terbaik pada tahun itu.[6] Album tersebut dilancarkan semula pada 3 Disember dengan tajuk The Refreshment (Kesegaran) yang terdiri daripada tiga lagu baharu, buku foto, kad gambar dan program campuran yang dikenali sebagai Muzik 2.0. Program ini membolehkan seseorang itu untuk melaraskan tahap instrumen dan vokal mengikut kesesuaian. Album ini pula terjual sebanyak 25,724 salinan pada bulan yang sama.[6]

2008: Penampilan sulung di Jepun dan album Colorful Sensibility sunting

Setelah melakukan penampilan pertama di Korea, pihak FNC Music telah menggerakkan aktiviti F.T. Island di luar negara. Pada 31 Mac 2008, sesi autograf di Malaysia telah diadakan di Damansara Cineleisure dan diikuti oleh konsert pertama di Sunway Lagoon Amphitheater. [7]Walau bagaimanapun, konsert tersebut telah dibatalkan dan sebaliknya telah diadakan di Siam Paragon, Thailand pada 12 April. Band ini telah mempersembahkan lagu-lagu daripada album mereka dan menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan solo.[8]

Album mini bahasa Jepun pertama F.T. Island iaitu Prologue of FTISLAND –Soyogi– (Prolog F.T. Island: Soyogi) telah dilancarkan pada 7 Jun 2008 dengan single yang diperkenalkan iaitu "Soyogi". Album tersebut mengandungi lapan buah lagu dimana dua daripadanya iaitu "FT Island" (Pulau FT) dan "Primadonna" (Primadona) telah diubah menjadi versi baharu. Runut lagu terakhir, "Always Be Mine" (Sentiasa Milikku) adalah versi lagu bahasa Inggeris untuk lagu "Ciuman Pertama" (tajuk asal: 첫키스, Cheot Kiss) yang diambil daripada album debut band ini. Video muzik untuk runut "Soyogi" dan "Friendship" (Persahabatan) juga dilancarkan dimana video ini memaparkan sisi pemuda dan profesionalisme band ini.

Setelah aktiviti promosi di Jepun berakhir, band ini telah kembali ke Korea dan seterusnya melancarkan album kedua mereka iaitu Colorful Sensibility (Perasaan Berwarna-warni) pada 27 Ogos 2008. Album mini seterusnya iaitu Colorful Sensibility Part 2 pula dikeluarkan pada 17 Oktober tahun yang sama.

2009: Perubahan dan diskografi baharu sunting

Pada 28 Januari 2009, Oh Won-bin telah disahkan keluar daripada F.T. Island serta digantikan dengan pelatih FNC, Song Seung-hyun sebagai pemain gitar dan vokalis sandaran. Dengan pelbagai perubahan baharu, band ini telah melancarkan video muzik untuk lagu daripada album mini pertama mereka iaitu "Perempuan Jahat" (tajuk asal: 나쁜 여자야 Nappeun Yeojaya).

2019: Kotroversi dan ahli keluar sunting

Pada 14 Mac 2019, Choi Jong-hoon meninggalkan kumpulan dan bersara daripada industri hiburan selepas terlibat dalam skandal kelab Burning Sun. Dia adalah salah seorang ahli dalam kumpulan sembang di mana beberapa ahli-ahli berkongsi foto dan video aktiviti seks yang dirakam tanpa izin. Pada 24 Disember 2019, FNC mengumumkan bahawa Song Seung-hyun akan meninggalkan kumpulan dan agensi tersebut berikutan tamat kontraknya pada 31 Disember untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya,

Ahli sunting

Terkini sunting

Nama ahli Pengenalan ringkas
Lee Hong-ki
(이홍기, 李洪基)
  • Tarikh lahir : (1990-03-02) 2 Mac 1990 (umur 34)
  • Peranan : Penyanyi vokal utama
Lee Jae-jin
(이재진, 李在真)
  • Tarikh lahir : (1991-12-17) 17 Disember 1991 (umur 32)
  • Peranan : Pemain bes, penyanyi vokal
Choi Min-hwan
(최민환, 崔敏煥)
  • Tarikh lahir : (1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31)
  • Peranan : Pemain dram, ahli termuda (maknae)

Bekas sunting

Nama Pengenalan ringkas
Oh Won-bin
(오원빈, 吳元斌)
  • Tarikh lahir : (1990-03-26) 26 Mac 1990 (umur 33)
  • Peranan : Gitaris, penyanyi vokal (2007-2009)
Choi Jong-hoon
(최종훈, 崔鍾訓)
  • Tarikh lahir : (1990-03-07) 7 Mac 1990 (umur 33)
  • Peranan : Ketua, gitaris, pemain papan nada (2007-2019)
Song Seung-hyun
(송승현, 宋承炫)
  • Tarikh lahir : (1992-08-21) 21 Ogos 1992 (umur 31)
  • Peranan : Gitaris, penyanyi vokal (2009-2019)

Diskografi sunting

Diskografi Korea sunting

Album studio sunting

Album mini sunting

Diskografi Jepun sunting

Album studio sunting

Album mini sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "FNC Music". Fncmusic.com. 8 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-08. Dicapai pada 19 September 2012.
  2. ^ 이재환 (2007-03-19). "아이돌 밴드그룹 에프티아일랜드 방송 직후 검색어 1위" (dalam bahasa Korea). 뉴스엔. Dicapai pada 29 April 2007.
  3. ^ a b "MTV Asia - F.T. Island" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-04. Dicapai pada 2011-04-11.
  4. ^ "FTISLAND" (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Mnet. "핫데뷔 FTIsland! 첫 쇼캐이스에 여러분을 초대합니다" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 Mei 2007.
  6. ^ a b "Carta jualan album 2007" (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. Dicapai pada 15 Januari 2007.
  7. ^ "F.T. Island - Konsert pertama di Malaysia".
  8. ^ "Konsert di Thailand".

Pautan luar sunting