FCAPS ialah model dan rangka rangkain pengurusan telekomunikasi ISO untuk pengurusan rangkaian. Ia merupakan akronim kepada:

  • F=Fault Management (Pengurusan Kesalahan/Kerosakan)
  • C=Configuration Management (Pengurusan Konfigurasi)
  • A=Accounting Management (Pengurusan Akaun)
  • P=Performance Management (Pengurusan Prestasi)
  • S=Security Management (Pengurusan Keselamat

an)

Pengurusan kesalahan sunting

Matlamat: Memastikan rangkaian stabil dan berkesan.

Cara pelaksanaan:

  • Mengesan kerosakan rangkaian, log dan beritahu pengguna
  • Mengenalpasti gejala dan mengasingkan masalah
  • Diperbaiki dan penyelesaian diuji
  • Pengesanan dan penyelesaian direkodkan.

Alatan: SNMP-base NMS, Unicenter, HP Open View, Sun Solstice

Pengurusan konfigurasi sunting

Matlamat: Sebarang kesan operasi rangkaian yang pelbagai versi perkakasan/perisian boleh dijejaki dan diuruskan.

Cara pelaksanaan:

  • Memantau rangkaian dan maklumat konfigurasi sistem
  • Setiap peralatan rangkaian mempunyai satu maklumat versi yang seragam
  • Subsistem pengurusan konfigurasi menyimpan maklumat ini dalam satu pangkalan data supaya mudah dicapai
  • Bila berlaku masalah, pangkalan data boleh digunakan untuk mencari petunjuk yang mungkin membantu menyelesaikan masalah.

Alatan: CiscoWorks 2000

Pengurusan perakaunan sunting

Matlamat: Memaksimumkan penggunaan rangkaian dan bil.

Cara pelaksanaan:

  • Mengukur penggunaan rangkaian
  • Maklumat boleh dianalisa untuk pola penggunaan semasa dan kuota penggunaan.

Alatan: Cisco NetFlow, Evident Software

Pengurusan prestasi sunting

Matlamat: Mengekalkan prestasi rangkaian pada paras yang boleh diterima.

Cara pelaksanaan:

  • Mengumpul data prestasi biasa rangkaian seperti daya pemprosesan rangkaian, kadar paket hilang, masa sambutan pengguna, penggunaan talian, implementasi SNMP, reaktif/proaktif.

Alatan: CA eHealth Performance Manager

Pengurusan keselamatan sunting

Matlamat: Memastikan rangkaian tidak disabotaj, selamat daripada penggodam & virus.

Cara pelaksanaan:

  • Kawal capaian sumber rangkaian
  • Memantau pengguna yang log masuk ke sumber rangkaian
  • Kenalpasti sumber rangkaian sensitif
  • Pemecahan sumber rangkaian ke dalam kawasan berizin & tak berizin.

Alatan: Firewall, IPS, DMZ

Pautan luar sunting