FIM-92 Stinger merupakan peluru berpandu permukaan-ke-udara pensasar infra merah mudah alih boleh dibawa yang dimajukan di Amerika Syarikat dan digunakan oleh semua cabang tentera US, yang mulai digunakan semenjak 1981. Peluru berpandu Stinger asas kini (2004) disahkan bertanggung jawab menjatuhkan 270 pesawat.

Dua orang askar bersedia untuk melancarkan peluru berpandu yang dipikul diatas bahu.
Fail:Stinger system.jpg
Sistem Stinger: Pelancar, Peluru berpandu dan Bateri

Ia dihasilkan oleh Raytheon Missile Systems dan dilesankan oleh Dornier di Jerman. Raytheon mereka peluru berpandu ini sebagai MANPADS (Man-Portable Air-Defense System). Ia digunakan oleh tentera Amerika Syarikat dan 29 negara lain. Sekitar 70,000 peluru berpandu telah dihasilkan.

Gambaran sunting

Ringan untuk di bawa dan mudah digunakan, FIM-92 Stinger merupakan peluru berpandu permukaan-ke-udara pensasar infra pasif, operator tunggal ditembak dari atas bahu, walaupun secara rasmi ia memerlukan 2 pengguna. FIM-92B mampu menyerang pesawat udara pada jarak sehingga 4,800 meter (15,700 kaki) dan pada altitud antara 180 dan 3,800 m (600 dan 12,500 kaki). Peluru berpandu ini juga boleh ditembak daripada kenderaan pejuang Stinger M-1097 Avenger dan M2 Bradley yang dihentikan penggunaannya pada 2004. Peluru berpandu ini juga mampu dilancarkan daripada rak Stinger HMMWV (High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle) Kenderaan Beroda Pelbagai Guna Bergerak Tangkas, dan boleh digunakan oleh tentera payung terjun - (airborne paratroopers). Terdapat versi lancaran helikopter yang dikenali sebagai ATAS atau Stinger udara-ke-udara.

Peluru berpandu FIM-92 Stinger sepanjang 1.52 m dan 70 mm diameter dengan ridip 10 mm. Peluru berpandu itu sendiri seberat 10.1 kg, sementara berat peluru berpandu dengan pelancar sekitar 34.5 paun (15.2 kg). Stinger dilancarkan dengan motor pelantun kecil yang menolaknya pada jarak selamat dari pengendali sebelum memulakan motor dua tahap bahan api pepejal yang memecut pada kelajuan maksima Mach 2.2 (750 m/s). Kepala peledak adalah seberat 3 kg jenis kepala peledak perobek hentam-untuk-bunuh dengan fius hentaman dan jangka masa pemusnah diri.

Untuk melancarkan peluru berpandu Stinger, Unit Penyejuk Bateri - "BCU (Battery Coolant Unit)" perlu dimasukkan kedalam pelindung tangan. Ini akan mengepam gas argon ke dalam sistem, termasuk juga caj tenaga kimia yang membolehkan peluru berpandu, antena IFF, dan penunjuk pensasar mendapat kuasa. Bateri ini agak sensitif kepada kekasaran dan hanya mempunyai gas terhad di dalamnya. Tanpa penyelenggaraan dan baikpulih, ia diketahui gagal berfungsi.

Terdapat tiga variasi utama yang digunakan; Stinger asas, STINGER-Passive Optical Seeker Technique (POST), dan STINGER-Reprogrammable Microprocessor (RMP). Versi RMP biasa digunakan oleh tentera US, dan amat baik untuk mengatasi langkah menangkis (countermeasure)yang digunakan musuh.

Sejarah sunting

Pembangunan awal peluru berpandu ini dimulakan oleh General Dynamics pada 1967 sebagai Redeye II. Ia diterima untuk pembangunan lanjut oleh Tentera US pada tahun 1971 an dinamakan sebagai FIM-92; gelaran Stinger dipilih pada 1972.

Disebabkan masalah teknikal yang menghantui ujian, lancarah bahu pertama tidak dihasilkan sehingga pertengahan 1975. Pengeluaran FIM-92A bermula pada 1978 untuk menggantikan FIM-43 Redeye. Stinger yang dipertingkatkan dengan pensasar baru, FIM-92B, dihasilkan semenjak 1983 bersama FIM-92A. Pengeluaran kedua jenis A dan B berakhir pada tahun 1987 dengan sekitar 16,000 peluru berpandu dihasilkan.

Pengganti FIM-92C telah dimajukan semenjak 1984 dan pengeluaran bermula pada tahun 1987. Contoh pertama dihantar ke unit barisan hadapan pada 1989. Peluru berpandu jenis-C dilengkapi dengan sistem eletronik boleh diprogram bagi membenarkan peningkatan. Peluru berpandu yang menerima peningkatan langkah menangkis (counter-measures) digelar D dan peningkatan kepada D kemudiannya dinamakan G.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.