Fabula Nova Crystallis Final Fantasy

Fabula Nova Crystallis Final Fantasy XIII (ファブラ ノヴァ クリスタリス ファイナルファンタジーXIII Fabura Nova Kurisutarisu Fainaru Fantajī Sātīn?) merupakan nama sebuah koleksi siri judul-judul permainan video di bawah label Final Fantasy XIII oleh Square Enix. Koleksi Fabula Nova Crystallis ini dicipta dalam gaya yang serupa dengan Kompilasi Final Fantasy VII, membawa maksud "Kisah Baru Sebuah Kristal" dalam bahasa Latin, dan berdasarkan beberapa dunia dan watak yang berbeza, namun setiap judulnya akhirnya akan "bergantung kepada dan mengembangkan suatu mitos yang sama." Menurut Square Enix, judul-judul di bawah koleksi ini akan berlatarkan sebuah alam semesta yang sama, namun mereka tidak berkaitan secara langsung di antara satu sama lain.[1]

Latar belakang dan plot sunting

Kompilasi ini berlatarkan "Kristal-kristal yang menggerakkan dunia ke arah masa hadapan." Merkipun berupa seperti objek biasa, kristal-kristal tersebut merupakan komponen yang penting dalam setiap dunia mereka, meskipun mereka bukanlah fokus utama; sebaliknya, mereka akan berperanan sebagai suatu latar belakang kepada plot yang lebeih terperinci. Walaubagaimanapun, fungsi setiap kristal di dalam judul-judul permainan video Final Fantasy XIII telah menyebabkan para pencipta memberikan tumpuan lebih dalam mencipta rupa visual dunia-dunia ini. Pembantu penerbit iaitu Shinji Hashimoto berkata, "Anggaplah bahawa perkembangan pada waktu ini bergerak secara selari untuk ketiga-tiga judul FFXIII-setiap satunya bukan pada platform yang berbeza (diiklankan di PS3 untuk FF Versus XIII dan FFXIII, manakala Telefon Bimbit untuk FF Agito XIII), sebaliknya [mempamerkan] dunia-dunia yang berbeza beserta kisah yang diterhadkan kepada sebuah mitologi [kristal]. Dengan mengaut inspirasi daripada mitologi ini, judul-judul FFXIII yang berasingan ini akan berkembang dengan uniknya. Projek Fabula Nova Crystallis ini bukanlah sebuah koleksi judul-judul sambungan mahupun alihan sistem tetapi merupakan judul-judul asal yang wujud di antara mereka sendiri".[2]'

Pembangunan sunting

Judul-judul yang sedang dihasilkan dalam projek Fabula Nova Crystallis adalah seperti berikut:

Perkembangan setiap judul dalam projek ini diuruskan di dalam Square Enux menerusi beberapa kumpulan. Ini adalah bertujuan untuk mendekati suatu idea di mana setiap judul adalah "berdikari" di antara satu sama lain sambil mengekalkan suatu latar yang sama. Meskipun begitu, rekaan watak-watak bagi ketiga-tiga judul rasminya ini diuruskan oleh Tetsuya Nomura, yang juga merupakan pengarah Final Fantasy Versus XIII. Setiap judul dalam kompilasi ini akan memiliki gaya permainannya yang tersendiri: Final Fantasy XIII menggunakan sistem RPG bergilir, Final Fantasy Versus XIII akan lebih menerapkan sistem aksi seperti Kingdom Hearts, dan Final Fantasy Agito XIII ialah sebuah judul telefon bimbit online.

Sebuah judul keempat, iaitu Final Fantasy Haeresis XIII mungkin sekali di dalam proses penciptaan, yang telah diberi tanda niaga pada 1 Mei, 2006. (Haeresis merupakan bahasa Yunani yang bermaksud "kaedah berfikiran berbeza" dan diambil daripada perkataan "heresy.") Sebuah logo untuk Haeresis, dicipta oleh Yoshitaka Amano yang bertanggungjawab terhadap ilustrasi serta pencipta logo utama untuk Fabula Nova Crystallis, kini telah diterbitkan, meskipun tiada sebarang lakaran atau lukisan rasmi yang telah dikeluarkan setakat ini.

Presiden Square Enix iaitu Yōichi Wada membandingkan kompilasi Fabula Nova Crystallis kepada siri Star Wars dan telah menyatakan bahawa keluaran mungkin mencapai sedekad lamanya.[3] Toriyama menyatakan di dalam sebuah majalah permainan video iaitu PlayStation Magazine Australia bahawa siri Fabula Nova Crystallis ini adalah dirancang untuk dikeluarkan untuk beberapa platform, dan tidak terhad kepada PlayStation 3 dan Telefon Bimbit sahaja.[4]

Di E3 2006, Square Enix menggelar Kompilasi Final Fantasy VII, yang setakat ini terdiri daripada 6 buah judul permainan video, 1 buah filem, 1 OVA dan dua buah novel, sebagai "projek 50 billion yen" (bersamaan dengan lebih kurang RM1.5 billion atau 460 juta Dollar Amerika) dan menambah bahawa ia akan berterusan sehingga tibanya sambutan hari ulang tahun Final Fantasy VII yang ke-20 (2017). Manakala bagi projek Fabula Nova Crystallis pula, Square Enix mengatakan bahawa ia akan menjadi "projek 100 billion yen" (lebih kurang RM2.7 billion atau 840 juta Dollar Amerika), yang memberi tanggapan bahawa Fabula Nova Crystallis akan berkembang dalam tempoh bertahun-tahun dan kemungkinan besar mengandungi banyak judul, antaranya termasuklah filem, buku, anime, manga, koleksi permainan, dan sebagai.

Rujukan sunting

  1. ^ Erik Brudvig (2006). "E3 2006: Final Fantasy XIII Showcased". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-15. Dicapai pada 2008-06-05. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); External link in |work= (bantuan)
  2. ^ http://findarticles.com/p/articles/mi_zdoup/is_200608/ai_n19411923
  3. ^ Craig "American Idle" Hansen. "Final Fantasy: A Retrospective". Dicapai pada 2006-10-31. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)[pautan mati kekal]
  4. ^ Jeriaska (2007-04-16). "Toriyama: Fabula Nova Crystallis cannot be stopped". SquareHaven.com. Dicapai pada 2007-04-21.

Pautan luar sunting