Fadillah Yusof

ahli politik Malaysia


Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof (Jawi: فضيلة بن يوسف; lahir 17 April 1962) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia II bersama Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Malaysia di bawah kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dari tahun 2022 hingga 2023. Beliau ialah Ahli Parlimen (MP) bagi Petra Jaya sejak tahun 2004.[1]


Fadillah Yusof

SSAP (Pahang); PNBS (Sarawak); DGSM (Melaka); PGBK (Sarawak); MP
فضيلة يوسف
Fadillah pada 2021
Timbalan Perdana Menteri II
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Berkhidmat dengan Ahmad Zahid Hamidi
Raja
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim Ismail
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Didahului olehKementerian baharu
Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Pahang Darul MakmurAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Siti Aminah Aching
Didahului oleh Zuraida Kamaruddin
Digantikan oleh Johari Abdul Ghani
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Petra Jaya, Sarawak
Memegang jawatan
17 Mei 2004
Didahului olehSulaiman Daud
Majoriti12,816 (2004)
14,397 (2008)
21,443 (2013)
15,017 (2018)
41,363 (2022)
Naib Presiden Kanan
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Memegang jawatan
2017
Berkhidmat dengan Michael Manyin Jawong
PresidenAbang Johari Tun Openg
Menteri Kanan
Kluster Pembangunan Infrastruktur
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 24 November 2022
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan baharu
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 24 November 2022
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Digantikan olehAlexander Nanta Linggi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehBaru Bian
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Raja
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehShaziman Abu Mansor
Digantikan olehBaru Bian
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 15 Mei 2013
Raja
Perdana Menteri
Didahului olehKong Cho Ha
Digantikan olehAbu Bakar Mohamad Diah
Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Dalam jawatan
2007–2017
Presiden
Digantikan olehGerald Rentap Jabu
Butiran peribadi
LahirFadillah bin Yusof
(1962-04-17) 17 April 1962 (umur 61)
Sibu, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Malaysia)
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1989–2018)
Gabungan Parti Sarawak (sejak 2018)
PasanganRuziah Mohd Tahir
Anak-anak5
Alma materUniversiti Malaya (LLB)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Fadillah pertama kali berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari tahun 2013 hingga 2018, dan sekali lagi dari tahun 2020 hingga 2021. Semasa menjadi pembangkang, beliau berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Sains, Inovasi dan Alam Sekitar, satu daripada dua jawatankuasa pilihan parlimen, dari tahun 2019 hingga 2020.[2][3] Fadillah sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari tahun 2008 hingga 2013.[4][5]

Fadillah ialah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau juga merupakan whip GPS di parlimen.[6]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Fadillah dilahirkan pada 17 April 1962 kepada Yusof Merais dan Dayang Rosnah Abang Madeli. Beliau merupakan anak kesembilan daripada 14 adik beradik. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah St. Mary di Sibu, dan Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang di Parit Buntar untuk pendidikan menengahnya. Pada tahun 1986, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Universiti Malaya.

Kerjaya awal sunting

Fadillah memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam selepas memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang. Pada tahun 1989, beliau menyertai politik sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang ketika itu merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Kerjaya politik sunting

Fadillah pertama kali bertanding untuk parlimen dalam pilihan raya umum Malaysia ke-11, setelah pernah menjadi pegawai dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan peguam.[7] Beliau memenangi pilihan raya bagi kerusi Petra Jaya.[8]

Selepas dipilih semula dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12, Fadillah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.[9]

Selepas pilihan raya umum Malaysia ke-13, Fadillah dinaikkan pangkat kepada menteri penuh sebagai Menteri Kerja Raya di bawah barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Najib Razak.[10]

Berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum Malaysia ke-14, Fadillah telah dijadikan ketua whip pembangkang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Dewan Rakyat.

Kehidupan peribadi sunting

Bapa Fadillah, Yusof Merais, ialah seorang aktivis masyarakat semasa era anti-penyerahan Sarawak kepada penjajah British pada tahun 1946. Beliau pernah dipenjarakan dua kali, termasuk apabila beliau dikaitkan penglibatannya dalam pembunuhan Gabenor British Duncan Stewart di Sibu pada tahun 1949. Beliau ialah rakan kepada Rosli Dhobi, yang membunuh Stewart. Yusof pernah menyertai Pergerakan Pemuda Melayu, yang menentang penyerahan Sarawak kepada British, dan beliau juga terlibat dalam kumpulan Gagak Hitam yang menentang kehadiran penjajah dan menuntut kemerdekaan Sarawak. Selepas pergerakan itu diharamkan berikutan pembunuhan Stewart, beliau meneruskan perjuangan dengan Barisan Pemuda Sarawak, yang diketuai oleh Ahmad Zaidi Adruce. Kali kedua beliau dipenjarakan ialah semasa konfrontasi pembentukan Malaysia pada tahun 1962. Yusof meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 2018.

Fadillah berkahwin dengan Ruziah Mohd Tahir. Pasangan itu mempunyai lima orang anak.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: Petra Jaya, Sarawak[8]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
2004 Fadillah Yusof (BN-PBB) 18,236 75% Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR) 5,420 22%
2008 Fadillah Yusof (BN-PBB) 19,515 78% Mohamad Jolhi (PKR) 5,118 20%
2013 Fadillah Yusof (BN-PBB) 29,559 78% Ahmad Nazib Johari (PKR) 8,116 22%
2018 Fadillah Yusof (BN-PBB) 28,306 48.9% Nor Irwan Ahmat Nor (PKR) 13,289 22.9%

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Empat ahli parlimen dari Sarawak dikekalkan sebagai menteri penuh manakala enam lagi sebagai timbalan menteri termasuk dua bebas" [Four MPs from Sarawak were retained as full ministers while another six as deputy ministers including two independents]. Suara Sarawak. 27 August 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  2. ^ "Four new select committees formed, one headed by opposition". Malaysiakini. 6 December 2019. Dicapai pada 8 December 2019.
  3. ^ Abdullah, Maria Chin (4 December 2019). "Maria Chin Abdullah". facebook.com. Dicapai pada 8 December 2019.
  4. ^ "Fadillah bin Haji Yusof, Y.B. Tuan Haji". Parliament of Malaysia. Dicapai pada 6 April 2010.
  5. ^ "Deputy Minister: YB Tuan Haji Fadillah bin Haji Yusof". Ministry of Science, Technology and Innovation. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2010. Dicapai pada 8 October 2010.
  6. ^ "Works Minister Fadillah Yusof tests positive for Covid-19, undergoing home quarantine".
  7. ^ "Plight of 13-year-old draws Fadillah into politics". Utusan. 18 March 2004. Dicapai pada 6 April 2010.
  8. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 6 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "PBB Had Hoped For More Ministers in Federal Cabinet, Says Abang Johari". Bernama. 31 March 2008. Dicapai pada 6 April 2010.
  10. ^ "Yusof's promotion to Works Minister is icing on the cake". ABN News. 16 May 2013. Dicapai pada 17 May 2013.[pautan mati kekal]
  11. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 9 December 2019.
  12. ^ "Award comes with greater responsibility – Fadillah". The Borneo Post. 17 October 2010. Dicapai pada 18 October 2010.
  13. ^ Mohd Roji Kawi (8 October 2022). "PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 8 October 2022.

Lihat juga sunting