Dalam bidang komputer peribadi serasi IBM PC, faktor bentuk AT merujuk kepada dimensi dan bentangan (faktor bentuk) papan induk untuk IBM AT. Seperti model IBM PC dan IBM XT sebelumnya, kebanyakan pengeluar pihak ketiga mengeluarkan papan induk yang serasi dengan faktor bentuk IBM AT, membolehkan pengguna akhir menaik taraf komputer mereka kepada pemproses yang lebih pantas. IBM AT menjadi reka bentuk yang ditiru secara meluas semasa era ledakan pasaran komputer rumah pada tahun 1980. Klon IBM yang dibuat pada masa tersebut mula menggunakan reka bentuk serasi AT, yang menyumbang kepada popularitinya. Pada tahun 1990an kebanyakan komputer masih menggunakan faktor bentuk AT serta variannya. Sejak tahun 1997, faktor bentuk AT mula digantikan dengan faktor bentuk ATX.

Bentuk Faktor Komputer
Namasaiz PCB (mm)
WTX356×425
AT350×305
Baby-AT330×216
BTX325×266
ATX305×244
EATX (diperluas)305×330
LPX330×229
microBTX264x267
NLX254×228
microATX244×244
DTX244×203
FlexATX229×191
Mini-DTX203×170
EBX203×146
microATX (Min.)171×171
Mini-ITX170×170
EPIC (Ekspres)165×115
ESM149×71
Nano-ITX120×120
COM Express125×95
ESMexpress125×95
ETX / XTX114×95
Pico-ITX100×72
PC/104 (-Plus)96×90
mobile-ITX75×45
Ultra ATX?×244

Reka bentuk sunting

Papan induk asal AT, kemudian dikenali sebagai "AT Penuh", mempunyai lebar 12 inci (305 mm) dan kedalaman 13.8 inci (350 mm), yang bermakna ia tidak boleh dimuatkan pada perumah "meja mini" atau "perumah menara mini". Saiz tersebut juga bermaksud ia memakan ruang di belakang ruang pemacu cakera, menjadikan pemasangan pemacu cakera baru lebih sukar. Penyambung kuasa bagi papan induk AT adalah dua plag dan soket 6 pin yang hampir sama. Seperti yang direka oleh IBM, penyambung tersebut dikunci secara mekanikal supaya setiap satunya hanya boleh disambungkan ke kedudukan yang betul, tetapi sesetengah pengeluar komputer klon mengurangkan kos serta menggunakan penyambung yang tidak dikunci (boleh ditukar ganti). Malangnya, dua penyambung kuasa itu sukar dibezakan, menyebabkan ramai orang yang merosakkan papan induk mereka apabila tersalah sambungan; semasa dipalamkan, kedua-dua wayar hitam mestilah mengadap antara satu sama lain, membentuk satu barisan 4 wayar hitam berturut-turut (daripada 12 wayar kesemuanya). Juruteknik membangunkan alat nemonik untuk membantu menjadim pemasangan yang betuk, termasuklah "wayar hitam bertemu di tengah" dan "merah sama merah nanti mati."

Varian sunting

 
Papan induk Baby AT.

Pada tahun 1985 IBM memperkenalkan Baby AT dan tidak lama kemudian semua pembuat komputer mengabaikan AT dan berhijrah kepada faktor bentuk Baby AT yang lebih kecil dan lebih murah, menggunakannya untuk pemproses 286 sehinggalah ke pemproses Pentium terawal. Papan induk ini mempunyai kedudukan lubang pemasangan yang serupa serta lokasi lapan slot kad yang sama seperti pada faktor bentuk AT, tetapi 2" (51 mm) lebih sempit serta lebih pendek. Saiz (220x330 mm) serta kefleksibelan papan induk jenis ini merupakan kunci kepada kejayaan format ini. Pembangunan penyejuk CPU yang lebih besar serta hakikat bahawa ia menyekat kad PCI dan ISA yang panjang telah menamatkan riwayat Baby AT serta menjadi penyebab utama kepada pembangunan penggantinya iaitu ATX. Sementara ia kini dianggap lapuk, masih ada beberapa komputer yang menggunakannya, malah perumah PC moden kadang-kala mempunyai keserasian terbalik bagi memuatkan Baby AT.

Pada tahun 1995, Intel memperkenalkan ATX, faktor bentuk yang secara perlahan-lahan menggantikan papan induk Baby AT yang lebih lama. Semasa lewat 1990an, majoriti papan induk adalah sama ada Baby AT ataupun ATX. Masih banyak pengeluar papan induk yang terus mengeluarkan Baby AT berbanding ATX memandangkan kebanyakan perumah komputer serta bekalan kuasa dalam industri ini masih serasi dengan papan induk AT dan bukan papan induk ATX. Selain itu, kekurangan slot kelapan pada papan induk ATX menyebabkan ia tidak digunakan pada beberapa buah komputer pelayan. Setelah industri mengambil piawaian spesifikasi ATX, adalah lumrah bagi merekabentuk perumah serta bekalan kuasa yang boleh menyokong kedua-dua papan induk Baby AT dan ATX motherboards.

Penyambung kuasa sunting

Penyambung kuasa AT (Digunakan pada papan induk AT lama)
Warna Pin Isyarat
P8.1 Kuasa Baik
P8.2 +5 V
P8.3 +12 V
P8.4 −12 V
P8.5 Bumi
P8.6 Bumi
P9.1 Bumi
P9.2 Bumi
P9.3 −5 V
P9.4 +5 V
P9.5 +5 V
P9.6 +5 V

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting