Sweet Qismina

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Farhanna Qismina)

Farhanna "Sweet" Qismina Supandi (Jawi: سويت قيسمنا; lahir 24 Oktober 1997) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau mendapat perhatian menerusi watak lakonannya sebagai Fasha menerusi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan.[3][4][5] Beliau merupakan pemenang Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Sweet Qismina
Kelahiran
Farhanna Qismina binti Supandi

(1997-10-24) 24 Oktober 1997 (umur 26)
Nama lainSweet, Sweet Farhana
PendidikanDiploma Asas Seni dan Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian153 cm (5 ka 0 in)
PasanganAdam Lee (k. 2022)
IbuMisnah Atan[1]
BapaAllahyarham Supandi Mohammad[2]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2004, Sweet Qismina memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama Udin dan Noni yang disiarkan di TV Pendidikan dengan memegang watak sebagai Noni, ketika itu beliau dikreditkan melalui nama sebenar Farhanna Qismina. Ia turut dibintangi oleh Nasiruddin Nasir yang melakonkan watak Udin. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar pada 2007 menerusi filem German Homestay, seterusnya memegang watak Manja kecil dalam drama Manjalara lakonan Emelda Rosmila sebagai Manja dewasa.

Pada tahun 2008, Sweet berlakon dalam tiga drama televisyen, ini termasuk watak sebagai Anisa kecil dalam Ku Milikmu yang dibintangi oleh Eira Syazira yang memegang watak Anisa dewasa. Peranan TV lakonannya paling berjaya ialah dengan menjayakan peranan sebagai Fasha dalam drama fantasi Astro Ceria, Hikayat Putera Shazlan yang mana beliau membintangi bersama Fimie Don. Pada tahun sama, beliau membintangi filem kedua, Sepi arahan Kabir Bhatia dan membintangi telefilem pertamanya, Qana'ah di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Setahun berikutnya, beliau membintangi empat drama termasuk E.Toyol.com dan Hartamas serta satu telefilem, Raya Dua Benua.

Pada tahun 2010, Sweet memegang watak Julie dalam siri televisyen Disney Channel, Waktu Rehat yang antara lain turut dibintangi oleh Nik Adruce, Aedy Ashraf, Tengku Iezahdiyana dan Elfira Loy.[6] Siri ini telah bersiaran sebanyak 3 musim dan merupakan versi tempatan untuk francais As the Bell Rings yang diadaptasi dari siri TV Itali, Quelli dell'intervallo. Beliau kemudian membintangi drama Hani yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Ryzal Jaafar yang mana beliau memegang watak sebagai Farah. Pada 30 Disember 2010, Sweet berlakon disamping Amy Mastura, Ahmad Idham dan Erynne Erynna dalam filem Damping Malam arahan Idham.

Pada tahun 2011, Sweet menjayakan peranan tajuk utama bersama Afieq Shazwan dalam siri komedi remaja, Elly & Epit yang telah diterbitkan sebanyak dua musim.[6] Beliau berlakon dalam dua filem pada 2012, yang pertama ialah filem seram ngeri, Sesuatu Yang Tertinggal arahan bekas artis kesan visual Usop Sontorian, Asrul Hisham Ahmad dan filem komedi romantik Chantek arahan Pierre Andre. Beliau juga berlakon dalam drama seram ghaib Amukan Pocong dengan menjayakan watak sebagai Aisyah. Antara pelakon drama ini ialah Azhan Rani, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly dan Elly Mazlein.

Pada tahun 2013, Sweet berlakon dalam filem sejarah, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba. Antara nama besar yang berlakon dalam filem ini ialah Rusdi Ramli, Zizan Nin dan Faezah Elai. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam dua siri drama TV, iaitu Kampung Simpang Burung dan Super Gameboy The Series, seterusnya menjadi pelakon undangan dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia bersama pelakon utamanya, Fazura dan Lisa Surihani arahan Bernard Chauly.

Antara 2015 dan 2016, Sweet berlakon dalam dua siri filem Juvana arahan Faisal Ishak, iaitu Terperangkap Dalam Kebebasan dan Perhitungan Terakhir yang mana beliau memegang watak Midah, adik kepada Apek lakonan Syazwan Zulkifly.[7]

Pada Januari 2016, Sweet bersama-sama dengan Nonny Nadirah, Zara Zya dan Esma Daniel menjayakan peranan utama dalam drama waktu perdana TV3, Cinta Hati Abah. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Zaharah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik perempuan. Pada September, beliau kemudian berlakon dalam satu lagi drama TV3, Cinta Masam Manis lakonan Izara Aishah dan Zamarul Hisham, yang mana beliau memegang watak Hanna, anak sulung Johan lakonan Zamarul.

Beliau kemudian berlakon dalam filem seram misteri Aku Haus Darahmu arahan Aidilfitri Mohd Yunos dengan memegang watak Ezza. Dikeluarkan pada 2 Februari 2017, filem ini, antara lain turut dibintangi oleh Nad Zainal, Zoey Rahman dan Deanna Yusoff. Sweet berlakon dalam dua siri drama TV pada 2017, bermula dengan drama adaptasi novel karya Hanni Ramsul, Sayang Papa Saya Tak, yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Hisyam Hamid. Ia kemudian diikuti oleh siri drama komedi seram, Misteri Wan Peah.

Sweet berlakon dalam lima drama TV serentak dalam tahun 2018, antaranya ialah Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Beliau memegang watak gadis autisme yang bernama Rain, adik kepada Mukhriz lakonan Aedy Ashraf. Untuk menjayakan wataknya ini, beliau membuat kajian mengenai autisme dan berbincang bersama pengarahnya, Feroz Kader.[8]

Selain Cinta Tiada Ganti, beliau turut berlakon dalam satu lagi drama, iaitu Cinta Koko Coklat arahan Pali Yahya, dengan memegang watak Danisya. Sweet kemudian menjadi salah seorang pelakon yang membuat penampilan khas dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan bersama Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin dan MS Prem Nath yang mendokumentasikan peristiwa penting semasa negara menghadapi pilihan raya umum ke-14. Ia ditayangkan pada 13 September 2018 dan dibintangi oleh Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah.

Beliau pertama kali digandingkan bersama pelakon baharu, Adam Lee menerusi drama slot Lestary, Adam Chempaka sebagai Chempaka Eryna.[9] Ia memulakan tayangan perdana pada Jun 2019. Sweet kemudian berlakon bersama Rosyam Nor dan Izzue Islam dalam telefilem bertajuk Wakaf Dosa yang disiarkan di TV3 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau memegang watak sebagai Puteri Najwa, anak kepada Bakri Zain lakonan Rosyam.

Bekerja di bawah arahan Razaisyam Rashid, Sweet berlakon dalam filem seram misteri, Pusaka yang menyaksikan buat pertama kali dalam kerjaya lakonannya, beliau memegang dua watak, iaitu Balqis dan Qistina, sepasang kembar beradik perempuan yang ditemui yang keadaan terkurung di sebuah rumah kosong oleh seorang inspektor polis.[9] Sweet dalam temuramah dengan Harian Metro mengakui melakonkan watak kembar ialah cabaran terbesar buatnya.[10] Dibintangi bersama oleh Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Hafidz Roshdi, ia ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[9]

Sweet kemudian menjayakan sekali lagi dua watak, kali ini menerusi drama Titian Takdir untuk siaran di slot Lestary dari 9 Januari hingga 6 Februari 2020, memegang watak sebagai Aishah dan Karina. Untuk menjayakan wataknya, Sweet mewarnakan rambutnya berwarna merah jingga.[11]

Beliau digandingkan bersama Fattah Amin menerusi drama Pink Smile yang diadaptasi dari novel 2016 bertajuk sama karya Luna Adresa yang disiarkan pada 31 Julai.[12] Beliau memegang watak sebagai Luna. Untuk menjayakan peranannya, beliau menampilkan kelainan dengan memakai pendakap gigi.[13]

Pada Disember, Sweet digandingkan kembali bersama Adam Lee menerusi drama Bidadari Salju dengan memegang watak sebagai Kayra. Diadaptasi dari novel 2012 bertajuk sama karya Mia Kiff, ia mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Namun kisah silamnya membuatkan Kayra membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.[14]

Pada tahun 2022, Sweet turut berkecimpung dalam bidang muzik, dengan melancarkan single solo pertamanya, "Namo".[15][16]

Kehidupan peribadi sunting

Sejak 2019 hingga 2022, Sweet telah digosipkan dengan pelakon Adam Lee ketika sama-sama membintangi drama Adam Chempaka.[17]

Pada 24 Oktober 2022, Sweet dan Adam melangsungkan perkahwinan mereka, dengan mas kahwin RM2410.97 sempena ulang tahun kelahiran Sweet yang ke-25.[18][19]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 German Homestay Filem pertama
2008 Sepi Imaan (kecil)
2010 Damping Malam
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Murni
Chantek Anak Datin
2013 Tanda Putera
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Midah
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017 Aku Haus Darahmu Ezza
2018 Rise: Ini Kalilah
2019 Pusaka Balqis / Qistina
2021 Kenderaan Berat Ikut Kiri Lisa
2022 Seratus Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Udin dan Noni Noni TV Pendidikan
2005 CD Kit Li Ling
2006 Surat Kepada Tuhan Alia
2007 Manjalara Manja (kecil) TV3
Kasih Suci Kasih (kecil)
2008 Hikayat Putera Shazlan[20] Fasha Astro Ceria
Ku Milikmu Anisa (kecil) TV3
Cinta Batu Belah Ara (kecil)
2009 E-Toyol.com Atikah TV3
Hartamas Aderina (kecil) NTV7
Suara Hati Anak Yatim Astro Prima
Jahil Dikreditkan sebagai "Anak Yatim"
2010 Hani Farah TV3
2010-2012 Waktu Rehat[21][22] Julie Disney Channel
2011 Papa Nak Kahwin Astro Warna
Elly & Epit Elly Astro Ceria
2012 Amukan Pocong Aisyah TV3
Tanah Kubur (Musim 3) Kak Long Astro Oasis Episod: "Makan Ekor"
2013 Elly & Epit (Musim 2) Elly Astro Ceria
2014 Kampung Simpang Burung TV3
Super Game Boy The Series Kak Raihana Astro Ceria Menggantikan pelakon asal Eyka Farhana
2016 Cinta Hati Abah Zaharah TV3
Cinta Tangkap Muat HyppTV
Cinta Masam Manis Hanna TV3
2017 Sayang Papa Saya Tak Fathiya Astro Ria
Misteri Wan Peah Nurin TV3
2018 Doa Ku Mohon Batrisya TV3
Isteri Untuk Diiktiraf Tengku Widya TV1
Cinta Koko Coklat Danisya NTV7
Cinta Tiada Ganti Rain Astro Prima
2019 Adam Chempaka Chempaka TV3
2020 Titian Takdir Aisyah/Karina TV3
Aku, Dia dan Pinky Promise Siti Saleha TV Okey
Pink Smile Luna TV3
Bidadari Salju Kayra
2021 Kiblat Yang Hilang Soleha Awesome TV
Dear Cinta Mimi TV3
2023 Bukan Lelaki Terhebat Seri Dhia
Lecturerku Oppa Sara iQIYI
Malam Zulaikha Zulaikha TV3
Cinta Yang Tertangguh Hanania TV1
Kasyaf Elena Elena Awesome TV
Cik Misi 123 Oya @ Ratu Rohaya Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Qana'ah Alia TV1
Rebab Tidak Bertali Farah RTM
2009 Raya Dua Benua Aderina
2010 Anak Rintih Astro Prima
Kum Kum Astro Ria
2011 Selamat Pagi Putera Puteri
Khatan Qamarina
Tangisan Langsuir Astro Prima
2012 Nur Melinda Murni
Nenek Bongkok Tiga Astro Ria
2013 Karma Abah TV3
Tabung Haji Tok Hana TV Okey
2014 Aku Mahu Superbibik Astro Ceria
2015 Aku Mahu ke New York 1 Sazzy
Aku Mahu ke New York 2
2016 Cinta Viral TV1
Cik Oxford Mr Mesir Astro Ria
Dari Asar Ke Isyak Atiqah TV2
Jalan Belakang Rumah
2018 Suatukala Merah Astro First Eksklusif
Cucuk Sanggul Seroja Suri Astro Citra
Batang Buruk Batu Lesung Wahidah Astro Ria
DM Hati Awak Intan Nursuhana NTV7
2019 Misi Penculikan Cinta Lili TV3
Wakaf Dosa Puteri Najwa
Samad Tedung Laila
2021 Kembar Keliru Ameera Awesome TV
2022 Indah Pondok Dari Mahligai

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Ali Baba dan 40 Penyamun
Putra
Tun Sambathan
Laila Majnun
Tun Tan Cheng Lock

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Cutipedia Pengacara
Whazzup Ceria
2013 4 Teman
Ceria Superstar Backstage Astro Ceria
ChiChi & ChaCha Pengacara Bersama Harris Alif Astro Ceria
Kids On 2 TV2
2014 TVIQ Astro TVIQ
2015 Planet Bola Pengacara TV3

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Catatan
2015 "Hidup Dalam Mati" Single oleh Syamel
2019 "Hari Ini" Single oleh Hael Husaini
2019 "GYKT" Single oleh Amir Hasan

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2022
"Namo"
"Tercipta"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Baru Wanita Popular Menang [23]
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik Drama Wakaf Dosa Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "#BerikanMasa: Sweet Qismina berkongsi rasa mengenai memori bersama kakak tersayang". Sweet Qismina. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  2. ^ Norhidayyu Zainal (2 Julai 2017). "Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-14. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  3. ^ Melanie Chalil (26 Ogos 2019). "Ain't no lip job: Actress Sweet Qismina says it's her pout, not fillers, that makes mouth appear fuller". The Malay Mail. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  4. ^ Hanisah Selamat (17 Oktober 2019). "Sweet Qismina 'penat' jadi budak sekolah". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  5. ^ Najiy Jefri (8 November 2019). "Sweet cari watak dewasa". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  6. ^ a b Ardini Sophia Sina (24 September 2017). "Bakat seni makin terserlah". Harian Metro. Dicapai pada 25 September 2017.
  7. ^ Ramlah Zainal (27 Januari 2017). "'Saya tidak pernah berehat'". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-30. Dicapai pada 27 Januari 2017.
  8. ^ Ardini Sophia Sina (2 Mac 2018). “Tak boleh 100 peratus” Harian Metro. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  9. ^ a b c Najiy Jefri (8 November 2019). "Sweet cari watak dewasa". Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  10. ^ Syanty Octavia Amry (3 Oktober 2019). "Cabaran terbaharu Sweet". Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  11. ^ "Saya telah menjelaskan..." - Rambut merah jingga Sweet Qismina jadi buah mulut, rupanya ini punca ia diwarnakan Media Hiburan. 20 Oktober 2019. Dicapai pada 31 Julai 2020.
  12. ^ Najiy Jefri (29 Mac 2020). "Saling hargai perhubungan". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  13. ^ "Bergandingan dengan Sweet Qismina, Fattah Amin kembali dengan Pink Smile". Kopiplanet. 23 Julai 2020. Dicapai pada 31 Julai 2020.
  14. ^ Ridzuan Abdul Rahman (15 Januari 2021). "Tiada masa bermanja". Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  15. ^ Hanisah Selamat (29 Julai 2022). "Namo penuhi impian Sweet Qismina". Kosmo!. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  16. ^ Fatin Farhana Ariffin (2 Ogos 2022). "Sweet cabar diri bergelar penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  17. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Julai 2020). "Sweet Qismina ulas soal hubungan dengan Adam Lee selepas setahun bercinta - "Niat nak kahwin tu ada"". mStar Online. Dicapai pada 23 Julai 2020.
  18. ^ Tahir Alhamzah (25 Oktober 2022). "#Showbiz: Adam Lee weds Sweet Qismina on her birthday". New Straits Times. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  19. ^ Nor Eryani Yusup (26 Oktober 2022). "Adam Lee, Sweet Qismina saling menjaga". Kosmo!. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  20. ^ Subashini Rajandra (5 Januari 2008). "Aksi Hikayat Putera Shazlan". KOSMO!. Dicapai pada 19 Disember 2010.
  21. ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (21 Ogos 2010). "Karya tempatan di Disney". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2010.
  22. ^ Tidak diketahui (11 Ogos 2010). "Siri tempatan pertama di saluran Disney". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 19 Disember 2010.
  23. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (14 Mac 2018). ""Saya Tetap Dengan Pendirian" - Sweet Qismina". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-14. Dicapai pada 19 Mac 2018.

Pautan luar sunting