Felda Gunung Besout

Felda Gunung Besout merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Kebanyakan peneroka di sini berketurunan Banjar, Jawa dan Melayu. Terdapat beberapa kawasan rancangan FELDA di Gunung Besout, Sungkai, Perak:

Sekolah sunting

Koperasi sunting

  • Koperasi Serbaguna Felda Gunong Besout 1,Koperasi Serbaguna, Felda Gunung Besout 1, 35600 Sungkai
  • Koperasi Serbaguna Felda Gunung Besout 2,No. 2, Kompleks Kedai, Jalan Raya, Felda Gunung Besout 3, 35600 Sungkai

Perpustakaan sunting

Perpustakaan Desa Gugusan Felda Besout mula dibuka kepada orang ramai pada tarikh 2 Mei 1996. Ia di kendalikan oleh seorang petugas iaitu pembantu Perpustakaan, Pn. Norazian bt Mohd Ayob. Waktu perkhidmatan bagi perpustakaan ini ialah pada hari Selasa hingga Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang manakala pada hari Ahad pula, perpustakaan ini hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang. Perpustakaan ini ditutup pada hari Isnin.

Perpustakaan ini mempunyai lebih 5000 buah buku untuk pelbagai peringkat umur dan turut menyediakan lebih 30 buah majalah seperti terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pihak Perpustakaan juga menyediakan bahan bacaan seperti suratkhabar. Perkhidmatan penggunaan komputer dan internet turut disediakan dengan percuma oleh pihak kerajaan di bawah kendalian KTAK. Perkhidmatan pinjaman buku disediakan untuk pengguna yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan yang terbahagi kepada 3 peringkat ahli iaitu ahli kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pembayaran untuk pendaftaran keahlian berjumlah RM1.00.

  • Perpustakaan Desa Gugusan Felda Besout, Gunung Besout Satu, 35600, Sungkai

Pusat kesihatan sunting

  • Pusat Kesihatan Felda Gunung Besout 3, 35600 Sungkai
  • Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, Pusat Kesihatan, Felda Gunung Besout 3, 35600 Sungkai

Bekalan elektrik sunting

  • Tenaga Nasional Bhd,56/82, Rumah Kakitangan Felda, Jalan Pegawai, Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai

Balai raya sunting

  • Jalan Belibis, Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai