Felix Baumgartner

Skydiver

Felix Baumgartner (bahasa Jerman: [felɪks baʊmgaːɐtnəʁ]; lahir 20 April 1969) ialah seorang penerjun udara, pelagak ngeri dan penerjun BASE berbangsa Austria.[1] Beliau mencatat rekod dunia dengan menerjun kira-kira setinggi 39 kilometer (24 bt) dan mencapai kelajuan sekitar 1,342 kilometer per jam (834 mph), atau Mach 1.24, pada 14 Oktober 2012, lalu menjadi orang pertama yang memecah batasan bunyi tanpa bantuan kenderaan ketika menerjun.[2][3] Beliau juga terkenal kerana melakukan lagak-lagak yang agak berbahaya sepanjang kerjayanya. Baumgartner menghabiskan masa dalam tentera Austria di mana beliau berlatih terjun payung, termasuk mendarat di zon sasaran kecil.

Felix Baumgartner
Felix Baumgartner pada 2013
Nama samaranB.A.S.E. 502
Fearless Felix
Kelahiran (1969-04-20) 20 April 1969 (umur 54)
Salzburg, Austria

Projek terkini Baumgartner ialah Red Bull Stratos, yang mana beliau terjun ke Bumi dari belon helium di stratosfera pada 14 Oktober 2012. Dalam projek ini, beliau mencatat rekod altitud untuk penerbangan belon berorang,[4] terjunan payung terjun dari altitud tertinggi, dan halaju jatuh bebas tertinggi.[5][6][7]

Biografi sunting

Felix Baumgartner lahir pada 20 April 1969 di Salzburg, Austria.[8] Sewaktu kecil, beliau berimpian hendak terbang dan terjun udara.[9] Pada tahun 1999, beliau menuntut rekod dunia untuk terjunan payung terjun tertinggi dari sebuah bangunan dengan terjun dari Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.[10] Pada 25 Julai 2003, Baumgartner menjadi orang pertama yang terjun udara di seberang Selat Inggeris dengan menggunakan sayap gentian karbon yang dibuat khusus.[1][11] Alban Geissler yang membangunkan sayap gentian karbon SKYRAY bersama Christoph Aarns, menerangkan selepas terjunan Baumgartner bahawa sayap yang digunakan oleh beliau itu merupakan salinan untuk dua buah sayap SKYRAY prototaip yang dijual kepada Red Bull (penaja Baumgartner) dua tahun sebelumnya.[12]

Baumgartner juga mencatat rekod dunia untuk terjunan BASE yang terendah sekali dengan terjunan 29 meter (95 ka) dari tangan patung Cristo Redentor di Rio de Janeiro.[13] Lompatan ini turut menimbulkan pertikaian sesama penerjun BASE yang berhujah bahawa Baumgartner memetik ketinggian patung berkenaan sebagai ketinggian terjunannya tetapi mendarat di atas cerun di bawah kaki patung, apalagi para penerjun BASE yang lain pernah terjun dari patung itu tetapi menghindari publisiti.[14]

Beliau menjadi orang pertama yang menerjun BASE dari Jejambat Millau di Perancis pada 27 Jun 2004[15] dan juga orang pertama yang terjun udara ke atas, kemudian terjun BASE dari bangunan Turning Torso di Malmö, Sweden pada 18 Ogos 2006.[16] Pada 12 Disember 2007, beliau menjadi orang pertama yang melompat dari dek cerapan di tingkat ke-91 Taipei 101 di Taipei, Taiwan.[17]

Red Bull Stratos sunting

Pada Januari 2010, dilaporkan bahawa Baumgartner bekerja bersama sepasukan saintis dan penaja, Red Bull untuk mencuba terjunan udara yang tertinggi dalam rekod.[18]

Percubaan Terjunan sunting

Pada 15 Mac 2012, Baumgartner membuat percubaan terjunan yang pertama dari ketinggian 21,818 meter (71,581 ka). Terjunan bebas itu memakan masa 3 minit dan 43 saat, mencapai kelajuan yang mencecah 580 kilometer per jam (360 mph), sebelum payung terjun dibuka. Seluruh terjunan itu lamanya sekitar 8 minit dan 8 saat, maka Baumgartner menjadi orang ketiga yang berpayung terjun dengan selamat dari ketinggian melebihi 21.7 kilometer (13.5 bt).[19][20]

Pada 25 Julai 2012, Baumgartner membuat precubaan terjunan yang kedua dari ketinggian 96,640 kaki (29,460 m). Beliau memakan masa 90 minit untuk mencapai altitud sasaran, dan terjunan bebasnya dianggarkan lamanya 3 minit dan 48 saat sebelum payung terjun dibuka.[21]

terjunan Utama sunting

Pelancaran asalnya dijadualkan pada 9 Oktober 2012, tetapi ditangguh akibat keadaan cuaca yang tidak selamat, maka pelancaran dijadualkan semula dan misi akhirnya berlangsung pada 14 Oktober 2012 apabila Baumgartner mendarat di timur negeri New Mexico selepas menerjun dari ketinggian rekod dunia 39,045 meter (128,100 ka).[22][23] Berasaskan data yang disediakan, Baumgartner turut mencatat rekod untuk penerbangan belon berorang yang tertinggi (pada ketinggian yang sama) dan kelajuan terjun bebas yang terlaju pada 1,342 kilometer per jam (834 mph), menjadikan beliau manusia pertama yang memecah batasan bunyi di luar kenderaan.[3][24][25] Baumgartner terjun bebas selama 4 minit dan 19 saat, iaitu 17 saat lebih daripada terjunan oleh mentornya, Joseph Kittinger pada tahun 1960.[3]

Latihan untuk terjunan sunting

Pada mulanya, Baumgartner bergelut dengan klaustrofobia setelah menghabiskan masa di dalam sut tekanan yang diperlukan untuk terjunan, tetapi mengatasinya dengan bantuan daripada seorang pakar psikologi sukan dan pakar-pakar yang lain.[22][26][27]

Kehidupan peribadi sunting

Ketika ditanya dalam temu bual bersama akhbar Austria, Kleine Zeitung, sama ada beliau hendak menceburi bidang politik pada masa akan datang, Baumgartner mengetepikan soalan itu, dengan menyatakan bahawa "contoh Arnold Schwarzenegger" menunjukkan bahawa "anda tidak boleh menggerakkan apa-apa di dalam demokrasi", dan beliau mengidamkan "kediktatoran sederhana [...] yang dipimpin oleh para tokoh berpengalaman yang datang dari (sektor) swasta ekonomi". Akhirnya, beliau menegaskan bahawa dirinya "tidak mahu melibatkan diri dalam politik."[28][29][30]

Pada 6 November 2012, Baumgartner didapati bersalah kerana menyerang sentuh lalu didenda €1500 selepas menumbuk muka seorang pemandu lori Yunani.[31][32][33]

Baumgartner bertunang dengan Nicole Öttl, seorang peragawati dan bekas ratu cantik (Miss Lower Austria 2006). Nama ibu beliau ialah Eva.[34][35][nb 1][36]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abrams, Michael (2006). Birdmen, Batmen, and Skyflyers: Wingsuits and the Pioneers Who Flew in Them, Fell in Them, and Perfected Them. New York: Harmony Books. m/s. 247–251. ISBN 978-1-4000-5491-6.
  2. ^ Amos, Jonathan (14 October 2012). "Skydiver Felix Baumgartner lands highest ever jump". BBC. Dicapai pada 14 October 2012.
  3. ^ a b c Irvine, Chris (14 October 2012). "Felix Baumgartner: Daredevil in record-breaking free fall attempt: live". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 14 October 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Irvine 2012" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Tierney, John. "Daredevil Prepares to Jump Nearly 25 Miles". The New York Times. Dicapai pada 14 October 2012.
  5. ^ "Official statement on closing of legal case" (Siaran akhbar). Red Bull Stratos. 30 June 2011.
  6. ^ Gray, Richard (5 February 2012). "Sky diver to break sound barrier with jump from edge of space". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2012-12-12.
  7. ^ Henderson, Barney; Irvine, Chris (9 October 2012). "Skydiver Felix Baumgartner attempts to break sound barrier: latest". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 9 October 2012.
  8. ^ "Felix Baumgartner". redbull.co.uk. Dicapai pada 23 March 2012.
  9. ^ "The picture that proves Felix Baumgartner always dreamed of reaching for the skies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-28. Dicapai pada 2012-12-12.
  10. ^ "Archive: 1999". felixbaumgartner.com. Dicapai pada 23 March 2012.
  11. ^ "Birdman Flies Atair Parachutes Across English Channel". Atair Aerospace, Inc. 21 November 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 20 October 2012. This page gives the date of Baumgartner's jump as 31 July 2003.
  12. ^ Abrams, p. 251.
  13. ^ Dittrich, Luke (14 July 2010). "The Man Who Would Fall to Earth". Esquire. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-16. Dicapai pada 20 October 2012. he leapt from the outstretched hand of O Cristo Redentor, the ninety-eight-foot-tall statue that looms over Rio de Janeiro... the final product was... a world record — lowest BASE jump ever Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ Abrams, p. 249.
  15. ^ Millau Viaduct
  16. ^ "Pr-jippo kan sluta med åtal". 18 August 2006. Dicapai pada 5 December 2010. (Suec)
  17. ^ "Extreme Felix Baumgartner jumping off Taipei 101". YouTube. Dicapai pada 18 May 2010.
  18. ^ Choi, Charles Q (22 January 2010). "'Space diver' to attempt first supersonic freefall". New Scientist. Dicapai pada 14 October 2012.
  19. ^ Dunn, Marcia (15 March 2012). "Skydiver jumps 13.6 miles on path to world's highest jump". The Christian Science Monitor. Dicapai pada 15 March 2012.
  20. ^ "Felix Baumgartner's jump from space's edge watched by millions". The Associated Press. 14 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-18. Dicapai pada 30 October 2012.
  21. ^ Dunn, Marcia (25 July 2012). "Skydiver Fearless Felix jumps from 19 miles up". Associated Press. Dicapai pada 25 July 2012.
  22. ^ a b Tierney, John (14 October 2012). "Daredevil Jumps, and Lands on His Feet". The New York Times. Dicapai pada 14 October 2012.
  23. ^ Llorca, Juan Carlos (14 October 2012). "Skydiver Lands Safely After 24-Mile Leap to Earth". Associated Press. Dicapai pada 14 October 2012.
  24. ^ Tierney, John (14 October 2012). "Daredevil Jumps, and Lands on His Feet". The New York Times. Dicapai pada 14 October 2012.
  25. ^ Chakraborty, Upal (15 October 2012). "Faster than Sound Sky Diving". JolChobi Social News. Dicapai pada 15 October 2012.
  26. ^ (CNN) Report. Retrieved October 14, 2012.
  27. ^ NYDaily News:Red Bull Stratos Retrieved October 15, 2012.
  28. ^ Höfler, Klaus (27 October 2012). "Baumgartner: "Wir würden eine gemäßigte Diktatur brauchen"". Kleine Zeitung. Dicapai pada 28 October 2012.
  29. ^ "Daredevil skydiver Felix Baumgartner opts for 'moderate dictatorship'". AFP. 28 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-07. Dicapai pada 4 November 2012.
  30. ^ Petridis, Alexis (01 November 2012). "Space jumper Felix Baumgartner parachutes into politics". The Guardian. Dicapai pada 04 November 2012. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  31. ^ Körperverletzung: Felix Baumgartner schuldig orf.at, German. 6 November 2012
  32. ^ Supersonic skydiver Felix Baumgartner found guilty of punching Greek lorry driver in road rage incident dailymail.co.uk, 6 November 2012
  33. ^ "Fall from space to a fall from grace: Fearless Felix is accused of punching Greek lorry driver during rush-hour road rage incident". Daily Mail. 2 November 2012. Dicapai pada 4 November 2012.
  34. ^ Samuel, Henry (15 October 2012). "The picture that proves Felix Baumgartner always dreamed of reaching for the skies". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-28. Dicapai pada 4 November 2012.
  35. ^ Petridis, Alexis (1 November 2012). "Space jumper Felix Baumgartner parachutes into politics". Guardian. Dicapai pada 4. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  36. ^ Reynolds, Emma (2 December 2012). "Death-defying skydiver Felix Baumgartner ready to take his biggest leap yet... marrying his girlfriend". Mail Online. Dicapai pada 17 October 2012. Italic or bold markup not allowed in: |newspaper= (bantuan)
  37. ^ Felix Baumgartner Er bekommt einen BAMBI!

Nota kaki sunting

  1. ^ Baumgartner's mother's name has also been reported as Ava.

Pautan luar sunting

Templat:Externalimage