Fernando Lopez

Naib Presiden Filipina

Fernando Hofileña Lopez Sr. (13 April 1904 – 26 Mei 1993) ialah Bekas Naib Presiden Republik Filipina yang dua kali berkhidmat sebagai Naib Presiden iaitu semasa pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dari tahun 1949 hingga tahun 1953 dan semasa pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos dari tahun 1965 hingga 1969 dan dari tahun 1969 hingga tahun 1972. Beliau berasal dari keluarga Lopez yang berpengaruh di daerah Iloilo.

Fernando López
Fernando López
Naib Presiden Filipina ke-8
Dalam jawatan
30 Disember 1965 – 17 Januari 1973[1]
PresidenFerdinand Marcos
Didahului olehEmmanuel Pelaez
Digantikan olehJawatan dihapuskan[2]
Jawatan selepas itu dipegang oleh Arturo Tolentino
Naib Presiden Filipina ke-4
Dalam jawatan
30 Disember 1949 – 30 Disember 1953
PresidenElpidio Quirino
Didahului olehJawatan kosong[3]
Jawatan sebelum itu dipegang oleh Elpidio Quirino
Digantikan olehCarlos P. Garcia
Senator Filipina
Dalam jawatan
30 Disember 1947 – 30 Disember 1949
Datuk Bandar Iloilo
Dalam jawatan
1945 – 30 Disember 1947
Butiran peribadi
Lahir(1904-04-13)13 April 1904
Iloilo, Iloilo
Meninggal dunia26 Mei 1993(1993-05-26) (umur 89)
Iloilo, Iloilo
KerakyatanFilipina
Parti politikParti Nacionalista (1959-71)
Parti Liberal (1945-53)
PasanganMariquit Javellana

Kehidupan awal sunting

López dilahirkan pada 13 April, 1904 di Bandar Iloilo, Iloilo. Ayahnya, Benito López dan ibunya, Presentación Hofilena. Keluarga Lopez adalah keluarga yang terkaya dan mempunyai pengaruh di daerah itu.

López mendapat pendidikan di Kolej San Juan de Letran, dan menamatkan pembelajaran di sana pada tahun 1921. Lopez kemudiannya menuntut di Universiti Santo Tomas, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahagian Undang Undang pada tahun 1925.

Pada tahun 1945, dengan tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, López telah dipilih oleh Presiden Sergio Osmeña untuk menjadi Datuk Bandar Iloilo. Pada tahun 1947, Lopez bertanding untuk jawatan Senator dan beliau menang.

Naib Presiden sunting

Penggal Pertama sunting

Pada tahun 1949, Lopez menjadi Naib-presiden dibawah pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dan juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian dan berkhidmat sehingga tahun 1953.

Penggal kedua dan ketiga sunting

Pada tahun 1965, Lopez bertanding bersama Presiden Ferdinand Marcos dan dipilih menjadi naib presiden. Semasa undang-undang tentera diisytiharkan pada tahun 1972, keluarga López telah menentang rejim Marcos kerana mereka tidak bersetuju dengan cara pemerintahan diktator yang dijalankan oleh Marcos. Akibatnya, Lopez dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden dan segala aset, jawatan politik dan ekonomi keluarga Lopez ditarik balik.

Kematian sunting

Selepas persaraannya, dari 1986 hingga 1993, Lopez menjadi Pengerusi First Philippine Holdings dan Pengerusi kehormat ABS-CBN dan FHL Holdings.

Lopez meninggal dunia pada 26 Mei, 1993 meninggalkan seorang isteri, Mariquit Javellana dan enam anaknya, Yolanda, Fernando "Henry Jr"., Albertito, Emmanuele, Benito dan Mita. Lopez mempunyai 24 cucu. Diantaranya; Kerk ,Dondi, Butch (MONTELIBANO), Albert III, Rk, Danica, Cj, Jc, Adriana, Bettina, Alberto Jr., Loren, Melissa, Regine, Roxanne, Rolenda, Rowena, Raphaela, Rebecca, Benjamin all LÓPEZ, dan Celine (LÓPEZ), dan Panchito Puckett.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ratifikasi Perlembagaan 1973, sepertimana Peristiharan Presiden No. 1102 dikeluarkan oleh Presiden Ferdinand E. Marcos
  2. ^ (Marcos mengosongkan pejabat naib presiden apabila Perlembagaan 1973 diisytiharkan)
  3. ^ Tiada naib presiden dilantik selepas Quirino menjadi presiden selepas Roxas, kerana ia tidak diperlukan oleh Perlembagaan 1935
Jawatan politik
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Elpidio Quirino
Naib Presiden Filipina
30 Disember 1949 – 30 Disember 1953
Diikuti oleh:
Carlos P. Garcia
Didahului oleh
Emmanuel Pelaez
Naib Presiden Filipina
30 Disember 1965 – 17 Januari 1973
Kosong
Jawatan dibubarkan; disebabkan undang-undang tentera

  Gelaran dipegang kemudian oleh  
Arturo Tolentino
Naib Presiden Filipina
 

Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro | Binay | Robredo | Duterte