Forbidden Planet

(Dilencongkan dari Filem Forbidden Planet)

Forbidden Planet merupkan filem cereka sains dalam format CinemaScope oleh MGM Eastmancolor yang ditayangkan pada tahun 1956.[1][2] yang diarah oleh Fred M. Wilcox, screenplay oleh Cyril Hume, dan dibintangi oleh Walter Pidgeon, Anne Francis, dan Leslie Nielsen. Forbidden Planet merupakan filem genre cereka sains pertama di mana manusia dipaparkan mengembara dalam kapal bintang yang dibina mereka sendiri.[3] Ia juga merupakan filem cereka sains yang pertama yang sepenuhnya terletak di dunia lain di ruang antara bintang, jauh dari planet Bumi. [4] Forbidden Planet dianggap salah satu filem cereka sains penting tahun 1950, [5] awalan pada apa yang dikenali sebagai genre filem cereka sains pada abad berikutnya. Watak dan suasana terpencil telah dibandingkan dengan watak dalam "The Tempest" karangan William Shakespeare,[6] dan plotnya yang tidak mengandungi cerita analog tertentu dan terdapat merujuk mengenai teori Jung berkenaan kolektif minda bawah sedar.[7]

Forbidden Planet
PengarahFred M. Wilcox
DibintangiWalter Pidgeon, Anne Francis dan Leslie Nielsen
Tarikh tayangan
1956
Masa tayangan
98 minit.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

Forbidden Planet menonjolkan ciri kesan khas yang bagi mana A. Arnold Gillespie, Irving G. Ries, dan Wesley C. Miller dicalon bagi Anugerah Academy; ia merupakan pencalonan anugerah utama bagi filem tersebut. Filem ini tuga merupakan penggunaan pertama bagi skor muzik elektronik oleh Louis dan Bebe Barron. Forbidden Planet turut mencirikan Robot Robby, kali pertama robot dalam filem yang berfungsi lebih dari sekadar tin besi mekanikal berkaki; Robby memaparkan personaliti dan merupakan watak sokongan penuh dalam filem tersebut.[8] The movie's supporting cast features Warren Stevens, Jack Kelly, Earl Holliman and James Drury.

Filem ini telah dimasukkan ke dalam Daftar Filem Kebangsaan Library of Congress pada tahun 2013, sebagai dianggap penting dari segi "budaya, sejarah, atau estetik." [9] Filem Forbidden Planet mempunyai tempoh tayangan sepanjang 98 minit.

Pelakon sunting

Antara pelakonnya adalah Walter Pidgeon, Anne Francis dan Leslie Nielsen.

Nota sunting

  1. ^ Variety film review; March 14, 1956, page 6.
  2. ^ Harrison's Reports film review; March 17, 1956, page 44.
  3. ^ "Forbidden Planet: Ultimate Collector's Edition from Warner Home Video on DVD – Special Edition". Whv.warnerbros.com. Dicapai pada 2010-08-15.
  4. ^ Robert C. Ring, Sci-Fi Movie Freak, page 22 (Krause Publications, a division of F+W Media, 2011). ISBN 978-1-4402-2862-9
  5. ^ M. Keith Booker, Historical Dictionary of Science Fiction Cinema, page 126 (Scarecrow Press, Inc., 2010). ISBN 978-0-8108-5570-0
  6. ^ Wilson, Robert Frank (2000). Shakespeare in Hollywood, 1929–1956. Fairleigh Dickinson University Press. m/s. 10. ISBN 0-8386-3832-5. Dicapai pada 14 March 2010.
  7. ^ Miller, Scott (2008). "Inside Return to the Forbidden Planet". Excerpt from Sex, Drugs, Rock & Roll, and Musical Theatre. Northeastern University. 2011. ISBN 9781555537432.
  8. ^ "The Robot Hall of Fame : Robby, the Robot". The Robot Hall of Fame (Carnegie Mellon University). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2006-08-14.
  9. ^ "Library of Congress announces 2013 National Film Registry selections" (Siaran akhbar). Washington Post. December 18, 2013. Dicapai pada December 18, 2013.

Pautan luar sunting