John Weston Foakes lwn Julia Beer
Kes rayuan
Tarikh diputuskan: 1884
Nama penuh kes: John Weston Foakes dan Julia Beer
Petikan: [1884] 9 A.C. 605
Panel hakim:
Petikan kes:
Petikan statut:
Sejarah kes
Tindakan awal:
Tindakan kemudian:
Kata kunci
Balasan

Foakes v. Beer [1884] 9 A.C. 605 adalah kes utama daripada Dewan Pertuanan tentang konsep undang-undang mengenai balasan. Ia mengasaskan peraturan yang menghalang pihak-pihak daripada melepaskan kewajipannya melalui pelaksanaan sebahagian, dan mengesahkan Kes Pinnel (1602) 5 Co Rep 117a. Bagaimanapun, doktrin estopel janji hutang yang dikembangkan dalam kes High Trees boleh meringankan kesan-kesan keras peraturan ini.


Fakta sunting

John Weston Foakes (perayu) berhutang £2,090 19s pada Julia Beer (responden). Beer bersetuju bahawa dia tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Foakes terhadap jumlah yang dihutangnya jika Foakes memeterai sebuah perjanjian untuk membayar jumlah permulaan sebanyak £500 dan kemudian membayar £150 dua kali setiap tahun sehingga pinjaman dijelaskan. Foakes adalah dalam keadaan kesulitan kewangan dan oleh itu, Beer mengetepikan sebarang faedah atas pinjaman tersebut.

Foakes menjelaskan hutangnya sebagaimana yang dipersetujui tanpa sebarang faedah. Beer kemudian mendakwa Foakes untuk faedah.

Keputusan mahkamah sunting

Dalam perbicaraan, mahkamah memihak kepada Foakes, tetapi pengadilan itu dimansuhkan oleh Mahkamah Rayuan. Dewan Pertuanan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Beer.

Pemikiran di sebalik pengadilan Mahkamah Rayuan adalah bahawa walaupun perjanjian itu tidak menyentuh (berfikir-fikir) mengenai faedah yang dihutang, ia masih dapat dibayangkan daripada perjanjian yang dikuatkuasakan. Bagaimanapun, janji untuk membayar hutang dianggap tidak mencukupi sebagai balasan kerana tidak terdapat sebarang manfaat tambahan yang diberikan oleh Foakes kepada Beer yang tidak dihutang kepadanya.