Fokker Dr.I Dreidecker merupakan kapal terbang pejuang Perang Dunia I yang dibina oleh syarikat Anthony Fokker, yang digunakan oleh pihak Jerman. Ia menjadi terkenal sebagai kapal terbang yang digunakan oleh Baron Merah -(Red Baron), Manfred von Richthofen.

Fokker Dr. I
frames
frames
  Kapal terbang pejuang dan peninjau dgn satu tempat duduk.
Janakuasa
  Enjin omboh putar Oberursel Ur. II
Dimensi
  Panjang  5.77 m
  Luas sayap  7.20 m
  Tinggi  2.95 m
  Luas sayap  18.70
Berat
  Kosong  406 kg
  Maksima berlepas  585 kg
Prestasi
  Laju maksima  165 km sj
  Jarak operasi  tidak diketahui
  Siling perkhidmatan  6095 m
Persenjataan
  Mesingan  dua, kekal

Dr.I kebanyakannya direka oleh Anthony Fokker dan Reinhold Platz (walaupun Chefingenieur Möser telah dikatakan turut bertanggungjawab), yang telah memajukan beberapa siri kapal terbang ujian, siri-V, semenjak 1916. Kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama, penggunaan sayap cantilever dan bukannya ikatan wayar luaran. Ini mendorong kepada sretan yang kurang, tetapi pada masa yang sama memerlukan struktur dalaman yang lebih kukuh, mengurangkan kelebihan tersebut. Untuk mengatasi hal ini, rekabentuk V.3 nya menggunakan tiga sayap lebih pendek berbanding dua sayap yang lebih lebar, dengan itu beban kepada mana-mana sayap dikurangkan dan akan memerlukan kurang struktur dalaman. Dalam ujian, sayap ini didapati cenderung untuk bergetar, dengan itu reka bentuk ini diubah suai dengan seutas dawai antara sayap pada hujungnya, mendorong kepada V.4.

Dalam ujian V.4—yang mempunyai which had fisulaj paip besi yang diselitupi kain dan ekor dan sayap kayu—terbukti agak mengecewakan. Walaupun pengendalian lebih baik disebabkan pergerakan condong (angular momentum) rendah oleh sayap pendek, beberapa pengubasuaian telah dilakukan bagi memperelokkannya, terutama cara pengawalan. Bagaimanapun, masalah utama adalah kelajuan: sayap tambahan meningkatkan seretan cukup tinggi sehinggakan enjin kecil 110 hp Oberursel UR.II tidak mampu memecutnya pada kelajuan pesawat Allied masa itu, dan Platz memperkenalkan beberapa kapal terbang V dengan enjin lebih besar sebagai cubaan bagi mengatasi hal ini. Platz kemudiannya kembali kepada rekabentuk biplane bagi pembangunan selanjutnya dalam siri V.

Pada April 1917 Royal Naval Air Service (RNAS) mula menggunakan Sopwith Sayap tiga (triplane) mereka di barisan hadapan dengan penuh kekuatan untuk kali pertama. Kemunculan mereka menimbulkan sensasi, untuk kali pertamanya menukar keadaan sepenuhnya terhadap pihak Jerman dan terbukti perkasa dalam pertempuran. Tidak lama kemudian pihak Jerman mula berebut untuk kapal terbang bersayap tiga mereka sendiri. Kebanyakan pengeluar kapal terbang Jerman bertindak dengan reka bentuk kapal terbang bersayap tiga (triplane) baru, tetapi kebanyakannya tidak lebih daripada kapal terbang bersayap dua (biplanes) dengan tambahan sayap baru. V.4 bagaimanapun merupakan dibina khusus sebagai kapal terbang bersayap tiga, diuji dengan baik dan sedia untuk pengeluaran. Fokker mempunyai kelebihan lain—dia mengaturkan agar Sopwith pertama dijatuhkan dihantar ke kilangnya. Tidakmenghairankan rekabentuk Fokker memenangi kontrak. Contoh sebelum pengeluaran (F.Is) tersedia pada pertengahan Ogos 1917 dan pengeluaran mesin (Dr.Is) dihantar pada bulan Oktober pada tahun yang sama.

Spesifikasi (Dr.I) sunting

 
Rajah Fokker Dr.1

Data dari Quest for Performance[1]

Ciri umum

Prestasi

  • Nisbah angkat seret: 8.0

    Persenjataan

    Nota sunting

    1. ^ Loftin 2004, Table I.

    Pautan luar sunting

    Templat:Pesawat Fokker