Forum Civilium yang secara harfiah bermaksud "forum awam" ialah sebuah pusat kehakiman di Rom kuno semasa Empayar Rom. Forum-forum kehakiman ini merupakan peluasan Forum Rom yang telah menjadi penuh sesak dengan kegiatan-kegiatan perdagangan dan tatarakyat.

Tiga buah forum tatarakyat yang utama ialah Forum Caesar, Forum Augustus, dan Forum Rom. Forum-forum ini tidak digunakan untuk kegiatan perdagangan, tetapi digunakan sebagai tempat perjumpaan untuk menangani hal-ehwal awam serta juga untuk menjalankan kegiatan-kegiatan yang paling mulia yang dahulu diadakan di dalam Forum Rom. Kegiatan-kegiatan perdagangan sebaliknya dialihkan dari Forum Rom ke Forum-forum Venalium di sepanjang Sungai Tiber.

Forum Caesar merupakan forum Empayar (56 - 54 SM) yang pertama dan dibina oleh Julius Caesar untuk mengatasi masalah kesesakan di forum lama.

Forum Augustus dibina untuk meraikan kemenangan Augustus ke atas Brutus dan Cassius yang merupakan pembunuh-pembunuh Julius Caesar. Candi ini didedikasikan kepada dewa Mars Ultor si Penuntut Bela, dan dihiasi dengan arca-arca; di loteng serambi-serambi anjung, terdapat hiasan tokoh-tokoh wanita (Caryatid) dan klipeus (perisai).

Lihat juga sunting