Koordinat: 41.892534° U 12.485715° T

Halaman ini merujuk kepada forum utama di pusat Rom. Sila lihat Forum Empayar atau Forum-forum yang lain di Rom (di bawah) untuk forum-forum yang lain dan kota-kota provinsi Rom yang lain.
Sila lihat Forum (Rom) untuk jenis bangunan.


Forum Rom, atau Forum Romanum (walaupun orang Rom lebih biasa menyebut Forum Magnum) atau secara mudahnya Forum (forum dalam bahasa Latin: "pasar; alun-alun; lapangan"[1]) ialah pusat perkembangan Rom kuno yang juga merupakan tempat perdagangan dan pentadbiran keadilannya. Perdiangan komunalnya juga terletak di sini.

Forum Rom.
Forum Rom yang berlatarbelakang Bukit Palatine. Gerbang di depan kiri ialah Gerbang Septimius Severus manakala di kanan, Candi Vespasian dan Titus tiga-tiang terletak di hadapan Candi Saturn.
Forum Rom: Candi Vespasian di kiri, Gerbang Septimius Severus di belakang tinggalan Candi Saturn di latar depan. Di kanan terletak tiga batang tiang Candi Castor dan Pollux serta juga Bukit Palatine, dan sedikit di kiri kesemua ini ialah Chiesa di San Lorenzo, Miranda. Di kejauhan, Colosseum dan Gerbang Titus boleh dinampak.
Peta bahagian tengah Rom semasa Empayar Rom, dengan Forum Holitorium dan Forum Boarium ditonjolkan di bawah tengah.
Tinggalan Candi Vesta.
Campo Vaccino, oleh Claude Lorrain.
Campo Vaccino oleh Herman van Swanevelt.
Tiang yang dibina pada tahun 608 untuk memberi penghormatan kepada Phocas, maharaja Rom Timur. Ia merupakan binaan tambahan yang terakhir kepada Forum Rom.

Urutan-urutan tinggalan turapan menunjukkan bahawa endapan yang dihakis dari bukit-bukit yang berhampiran telah meningkatkan aras forum sejak dari zaman Repubik Rom lagi. Pada asalnya merupakan tanah berpaya, kawasan ini dialirkan oleh orang Tarquin dengan menggunakan sistem pembetungan Cloaca Maxima. Turapan travertin yang terakhir yang masih dapat dilihat pada hari ini wujud sejak dari zaman pemerintahan Maharaja Augustus.

Struktur-struktur di dalam Forum sunting

Puing-puing di dalam Forum Rom menunjukkan dengan jelas bagaimana ruang bandar digunakan pada Zaman Rom. Forum Rom menampung arca-arca Caesar dan dewa Zeus, serta juga sebilangan tugu, bangunan, dan puing, seperti yang berikut:

Ekskavasi dan pemeliharaan sunting

Seorang pelancong abad ke-8 dari Einsiedeln (kini di Switzerland) yang namanya tidak diketahui mencatatkan bahawa Forum Rom telah jatuh berkecai pada zamannya. Semasa Zaman Pertengahan, walaupun Forum Romanum masih diingati, kebanyakan monumennya ketika itu telahpun dikebumikan di bawah reruntuhan puing, dengan lokasinya di antara Mons Capitolinus dan Colosseum dinamai "Campo Vaccino" atau "padang lembu".

Kepulangan Paus Urbanus V dari Avignon pada tahun 1367 menghidupkan semula minat terhadap monumen-monumen kuno, sebahagian kerana pengajaran moralnya dan sebahagian sebagai kuari untuk bangunan-bangunan baru yang dibina di Rom selepas selang yang lama. Para pelukis dari akhir abad ke-15 melukis puing-puing di Forum Rom, dengan para purbawan menyalin prasasti-prasasti pada abad ke-16. Sebuah ekskavasi sementaraan juga dimulakan pada akhir abad ke-18.

Seorang kardinal menyalirkan semula kawasan ini dan membina kawasan Alessandrine di atasnya. Ekskavasi oleh Carlo Fea yang mula membuang reruntuhan puing Gerbang Septimius Severus pada tahun 1803, serta para ahli arkeologi di bawah rejim Napoleon menandakan permulaan ekskavasi Forum Rom yang hanya disiapkan sepenuhnya pada awal abad ke-20. Kini, tinggalan berabad-abad didapati bersama-sama kerana amalan Rom untuk membina bangunan-bangunan di atas puing-puing yang lebih awal.

Forum-forum yang lain di Rom sunting

Forum yang lain juga wujud di kawasan-kawasan kota yang lain, dengan tinggalan kebanyakannya, kekadang cukup besar, masih wujud. Yang paling penting antaranya ialah sebilangan forum empayar yang membentuk sebuah kompleks dengan Forum Romanum: Forum Iulium, Forum Augustum, Forum Transitorium, dan Forum Trajan. Para perancang Zaman Mussolini menghapuskan kebanyakan stratum Zaman Pertengahan dan Zaman Barok untuk membina jalan raya Via dei Fori Imperiali di antara forum-forum Empayar dan Forum Rom. Terdapat juga:

Pasar-pasar lain juga diketahui tetapi tidak dapat dikenal pasti, akibat kekurangan maklumat yang tepat mengenai fungsi tapak-tapak itu, antaranya Forum cuppedinis yang dikenali sebagai pasar am untuk banyak barangan.

Rujukan sunting

  1. ^ "fŏrum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 349.

Pautan luar sunting

Tapak-tapak yang menyeluruh sunting

Khususnya tampakan sunting

  • Skrin penuh QTVR tentang Forum Rom oleh Tolomeus
  • "Pandangan utara Forum Rom". Peta Google. Dicapai pada 14 Oktober. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • Forum Romanum: Arkib Gambar Foto
  • Gambar-gambar Forum Romanum Diarkibkan 2014-02-19 di Wayback Machine
  • Peta Forum Rom pada tahun 100 Masihi, kosong mahupun dilabel

Khususnya teks sunting

  • Forum Romanum (di Lacus Curtius; rencana dalam Kamus Topografi Rom Kuno oleh Platner)