Fotografi digital, bebanding dengan fotografi filem, ia menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS (Complementary metal–oxide–semiconductor ) untuk merakam imej sebagai data binary. Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui jualan kamera filem; dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam video dan suara. Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital.

Nikon Coolpix 950
Kamera padat Nikon Coolpix 3200

Kamera digital merakam imej yang terdedah pada CCD atau CMOS secara penyusunan imej kemudaian dihantar ke kad memori. Jumlah Piksal pada CCD atau CMOS mejangkau hingga 16 Megapiksal.

Diperingkat awal penciptaan kamera digital kameranya mudah digunakan dengan kekuatan mutu megapiksalnya amat rendah (1 megapiksal). Kini perubahan telah berlaku dimana telah wujud megapiksal yang tinggi sehingga 40 (MP).

Perubahan berlaku dengan terciptanya kamera yang lebih berteknologi tinggi dimana penggunaan kamera SLR yang mampu memberikan kepuasan kepada jurufoto professional.

Katogeri Kamera Digital:

1. Single Lens Reflek (SLR) 2. Semi SLR 3. Kompak

Single Lens Reflek (SLR)

Kamera SLR memiliki ciri-ciri professional. Banyak komponen dalam kamera analog terdapat pada DSLR. Contoh penggunaan Aperture, Shutter Speed. Ciri-ciri lain seperti lens yang boleh ditukar. Penggunaan filter yang boleh membantu pada perubahan mutu gambar.

Semi SLR

Kamera jenis ini hampir menyamai kamera SLR. Tapi lensnya tidak boleh ditukar kerana ia disediakan dalam bentuk tetap. Penggunaan zoom ialah dengan menggunakan sistem optikal zoom, samaada 8,10,12,14 atau 36 optikal zoom (sehingga tahun 2011)

Sementara jenis kompak termasuklah kamera yang terdapat pada telefon bimbit.


Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Error: tiada nama laman disertakan (help).