Franchi SPAS-12 adalah senapang patah taktikal yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Itali, Franchi S.p.A..

SPAS-12
Franchi SPAS 12 dengan udi boleh dilipat.
JenisSenapang Patah Taktikal
Tempat asal Itali
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1979 - Kini
Digunakan olehPolis, tentera dan penguatkuasa awam di Amerika Syarikat, Itali, Indonesia, Malaysia, Taiwan
Sejarah pengeluaran
Direka1970an
PengeluarFranchi S.p.A.
Spesifikasi
Berat4.4 kg (9.7 lb)
Panjang1041 mm (41 in)
Panjang laras546 mm (22 in)

Kartrij12 Bore
AksiSistem Pam / Sistem Gas
Kadar tembakan4 butir/s bagi separa automatik
Jarak tembakan efektif40 m
Sistem suapan8+1 butir dalam tiub peluru.

Pengenalan sunting

SPAS-12 telah direka pada tahun 1970an sebagai senjata separa automatik bagi kegunaan pasukan tentera atau penguatkuasa undang-undang seperti polis, kastam dan pengawal keselamatan, dan dipasarkan pada bulan Oktober 1979. SPAS-12 boleh digunakan dengan dua versi. Versi pertama dengan menggunakan versi automatik (lebih tepat lagi, separa-automatik) – penguncian pada pengadang tangan dan sistem gas berfungsi pada pengisian seterusnya tanpa penambahan kuasa oleh pengguna. Dalam mod automatik, senjata ini mampu menggunakan 4 butir peluru sesaat. Versi kedua adalah versi pam – pengadang tangan bertindak sebagai cekahan dengan melocok pengadang tangan ke belakang dan ke depan untuk mengeluarkan kelongsong peluru yang telah digunakan dan memasukkan peluru yang baru ke dalam kurung. Senjata ini oleh digunakan dengan peluru berkuasa rendah seperti peluru pemedih mata atau peluru Bean Bag. Suis khas bagi mod disesuaikan bagi menekan butang dibahagian bawah pengadang tangan, dan slide pada pengadang tangan menarik sedikit di belakang dan ke hadapan hingga di tekan dalam posisi.

Versi sunting

SPAS-12 didatangkan dengan pengadang tangan pilihan, yang boleh membawa cangkuk sederhana dibahagian pangkal senjata untuk digunakan sebagai pemegang mahupun sebagai pendakap senjata apabila menembak dengan menggunakan sebelah tangan. Pengadang tangan tetap turut disertakan, sebagai tempat pemasangan lampu taktikal dan pejera laser pada bahagian hadapan pengadang. Sebarang versi SPAS-12 didatangkan dengan kapasiti 5-butir peluru selain versi standard yang menggunakan kapasiti 8-butir peluru.

Status sah AS sunting

Pada tahun 1983, ia diperkenalkan di Amerika Syarikat, dimana ia dipasarkan sebagai senjata sukan untuk kegunaan awam. Oleh itu, gelaran SPAS dikenali sebagai "Sporting Purpose Automatic Shotgun". Selain itu, terdapat gelaran popular pada senjata ini, seperti "Special Purpose Automatic Shotgun" atau "Special Purpose Assault Shotgun". Pada tahun kebelakangan ini, undang-undang persenjataan Amerika mengharamkan sepenuhnya sebarang pengimportan senjata SPAS-12, semenjak itu ia sesuai menjadi senjata taktikal. Penjualan dan pemasaran senjata ini didalam negara berbanding tanpa halangan, tetapi sebilangan SPAS-12 telah dipasarkan ke luar negara. Secara tambahan, pada tahun 2000, Franchi menamatkan pemasaran ke atas SPAS-12 sepenuhnya, dan selepas itu telah memperkenalkan senjata versi terbaru iaitu Franchi SPAS-15.

Sila Lihat sunting

Pautan luar sunting


Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.