Franchi SPAS-15 adalah senapang patah mod berkembar keluaran Franchi S.P.A, Itali.

SPAS-15
JenisSenapang Patah Taktikal
Tempat asal Itali
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehPerancis, Itali, Malaysia
Sejarah pengeluaran
PengeluarFranchi S.p.A.
Spesifikasi
Berat3.9 kg (8.5 lb) tanpa peluru
Panjang1000 mm (39 in), udi berlipat
750 mm (30 in), udi tetap
Panjang laras450 mm (18 in)

Kartrij12 Bore
AksiSistem Pam / Gas
Kadar tembakan4 butir/s bagi separa automatik
Jarak tembakan efektif40 m
Sistem suapan6 butir dalam satu kelopak

Pengenalan sunting

Senjata ini adalah peningkatan daripada senapang patah SPAS-12, menjadi pilihan kepada pengguna senjata oleh penguatkuasa dan tentera, menjadi keperluan yang boleh dipercayai, serbaguna dan berkuasa tinggi. dan menggunakan mod dwi pilihan sama ada mod pam / separa-automatik. Rekabentuk senjata ini menyerupai M16. Dalam mod separa-automatik menggunakan sistem piston gas dibahagian alat kerja bolt dan bolt berputar. Kurung gas dan silinder berada di atas laras, kumpulan bolt diletakkan di atas dua rod bersama dengan spring tending balas dan boleh ditanggalkan menjadi satu unit untuk memudahkan penyelenggaraan. Dalam mod pam, ia mempunyai komponen yang sama merangkumi slide pengadang tangan yang ditarik depan-belakang. Mod pam memerlukan dengan kepastian menembak dengan amunisi kuasa rendah seperti gas pemedih atau peluru bean bag. Sistem ini dilengkapi dengan suis mod tembakan seperti yang ada pada versi SPAS-12.

Berbanding dengan senapang patah yang lain, SPAS-15 ini menggunakan kelopak yang sama seperti raifal yang menjadikan senjata ini lebih senang mengisi peluru dengan pantas. Dan disertakan dengan udi berlipat dan pistol grip.

SPAS-15 didatangkan dengan set pembuka, pejera ubahsuai yang sama dengan versi raifal, dan boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis pejera yang lain, seperti pejera titik merah (red dot) atau pejera laser. Bahagian receiver pula SPAS-15 diperbuat daripada logam aluminum, bahagian yang lain diperbuat daripada plastik polimer. Model terawal dilengkapi dengan udi plastik atau udi kerangka logam. Model yang terbaru dilengkapi dengan side-folding, udi tetap yang diperbuat daripada plastik. Kelopak senjata ini diperbuat daripada plastic dan menggunakan kapasiti 6 butir kartus 12 bore. Laras mempunyai lubang berbentuk silinder dan boleh dilengkapi dengan sistem Variochoke.

Pengguna sunting

SPAS-15 ini adalah senjata berkualiti tinggi, dipercayai dan serbaguna, dan ia digunakan oleh mana-mana agensi penguatkuasa dan tentera di seluruh dunia, termasuk unit khas infantri Itali. Selain Itali, senjata ini turut digunakan oleh Perancis serta polis bantuan Polis Diraja Malaysia dan juga turut digunakan oleh pasukan elit organisasi tersebut.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.