Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu. Frasa ini dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan penerang frasa nama.

Definisi sunting

Definisi dari segi binaan - Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama).

Definisi dari segi fungsi - satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak.

Bayu pandai.
Bayu sangat pandai.

Ciri-ciri sunting

Boleh didahului / diikuti oleh kata / imbuhan penguat.

Sangat pandai.
Paling pandai.
Terpandai.
Sungguh pandai.
Pandai sungguh.
Indah nian.
Pandai sekali.

Fungsi sunting

Predikat ayat sunting

Syazwana pandai.
Syazwana sangat pandai.
Syazwana gemar membaca buku.
Syazwana sayang akan ibu bapanya.
Syazwana cinta akan negaranya.
Syazwana sayangkan ibu bapanya.


Penerang Frasa Nama sunting

Budak kecil itu adik saya. – FA “kecil” ialah penerang bagi FN “budak”. Kereta baru itu miliknya. - FA "baru" ialah penerang bagi FN "kereta".

Budak yang sangat pandai itu adik saya.

Penerang Frasa Kerja sunting

Angin bertiup kencang. – FA “kencang” ialah penerang bagi FK “bertiup”.
Dia memandu laju keretanya. – FA “laju” ialah penerang bagi FK “memandu”.
  • Dia memandu di jalan raya keretanya.
Dia memandu keretanya dengan laju.
  • Dia memandu sangat laju keretanya.
Dia memandu keretanya dengan sangat laju.

Kata adjekjif (KA) boleh berfungsi sebagai subjek ayat

Hitam menawan. – KA “hitam” berfungsi sebagai subjek ayat.

Sebenarnya KA “hitam” ialah sebahagian daripada FN yang kata intinya, iaitu “warna” telah digugurkan.

Warna hitam menawan.

Kesalahan umum penggunaan FA sunting

a) Menggunakan penguat hadapan sebagai penguat belakang.

Sangat pandai
  • pandai sangat

b) Menggunakan dua kata/imbuhan penguat yang sama darjah

  • paling pandai sekali
  • terpandai sekali
  • amat cantik sungguh
  • amat cantik sekali
  • terutamanya

c) menggunakan kata penguat bukan pada FA

pertama sekali
akhir sekali
terakhir

Bacaan lanjut sunting