Frigat kelas Karel Doorman

(Dilencongkan dari Frigat Kelas Karel Doorman)

Frigat Kelas Karel Doorman adalah satu kelas frigat pelbagai guna sebanyak lapan buah yang dibina untuk Tentera laut Diraja Belanda. Kelas ini juga dikenali sebagai kelas "Pelbagai-Guna" atau Kelas M.

Frigat Belanda, HMS Van Amstel (F-831)
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Damen Schelde Naval Shipbuilding
Pengguna:*Bendera tentera laut Belgium Tentera Laut Belgium
Jumlah disiapkan:8
Jumlah aktif:8
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat pelbagai guna Kelas Karel Doorman
Sesaran: 2,800 tan standard; 3,320 tan muatan penuh
Panjang: 401 kaki (122.3m)
Lunas: 47 kaki (14.4m)
Draught: 20 kaki (6.1m)
Jana kuasa:
Halaju: 29 knot (54 km/j)
Anak kapal: 154
Persenjataan:
Perisai: Tiada
Pesawat yang dibawa: Tentera Laut Chile: AS 532 Cougar, Tentera Laut Portugal: Westland Super Lynx, Tentera Laut Belanda & Belgium: NH90 bermula pada tahun 2010.
Kemudahan penerbangan: Hangar helikopter

Kapal-kapal ini telah dinamakan bersempena nama pegawai-pegawai tentera laut Belanda yang terkenal, kapal pertama dalam kelas ini dinamakan bersempena Karel Doorman.

Persenjataan sunting

Frigat pelbagai guna ini boleh digunakan dalam peranan anti-kapal selam, anti-pesawat atau pertempuran permukaan. Persenjataannya menunjukkannya.

Senjata utamanya terdiri daripada dua empat pelancar bagi peluru berpandu anti-kapal RGM-84 Harpoon, yang memiliki julat 120 kilometer. Sokongan kepada ini adalah meriam 76 mm Oto Melara, yang memiliki keupayaan anti-kapal dan anti-pesawat.

Pertahanan udara diberikan oleh sistem pelancar menegak Sea Sparrow, yang menggunakan radar separa-aktif untuk mencari sasaran dan memiliki julat 14 km. 16 sel VLS dipasang di luar bulkhead kanan pada hangar. Sistem Goalkeeper memberikan pertahanan udara jarak dekat. Ia menembak peluru 30 mm dan mampu menembak sehingga 4,000 das seminit, dengan julat 200 meter hingga 3 km.

Bagi peperangan anti-kapal selam, setiap kapal dilengkapi dengan dua pelancar torpedo berkembar, pelancar torpedo Mark 46; dan membawa satu helikopter Westland Lynx. Helikopter ini juga dilengkapi dengan 2 torpedo Mk 46, dan membawa sonar celup dan sistem infra merah pandang hadapan (forward looking infrared - FLIR).

Kapal-kapal sunting

Kesemua kapal dibina oleh Royal Schelde Dockyard

Kapal Nombor pennant Ditauliahkan Status kini
Karel Doorman F827 1991 Dijual kepada Belgium sebagai Leopold I (F930) pada tahun 2005
Willem van der Zaan F829 1991 Dijual kepada Belgium sebagai Louise-Marie (F931) pada tahun 2005.
Tjerk Hiddes F830 1991 Dijual kepada Chile sebagai Almirante Riveros (FF-18) pada tahun 2004
Van Amstel F831 1993 Dalam perkhidmatan
Abraham van der Hulst F832 1993 Dijual kepada Chile sebagai Blanco Encalada (FF-15) pada tahun 2004
Van Nes F833 1994 Dijual kepada Portugal sebagai NRP Bartolomeu Dias (F333) pada tahun 2006
Van Galen F834 1994 Dijual kepada Portugal pada tahun 2006, sebagai NRP D. Francisco de Almeida (F334), akan dipindahkan pada akhir 2009
Van Speijk F828 1995 Dalam perkhidmatan

Bacaan lanjut sunting

  • Joris Janssen Lok, 'The Netherlands: Dutch M frigates are ready for action,' Jane's Defence Weekly/Jane's Information Group, 14 October 1995

Pautan luar sunting