Frigat kelas Lekiu

(Dilencongkan dari Frigat Kelas Lekiu)

Frigat Kelas Lekiu merupakan aset moden utama di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Terdapat dua buah frigat di dalam kelas ini iaitu F29 KD Jebat dan F30 KD Lekiu. Kelas ini dinamakan sempena nama kapal kedua di dalam kelas ini yang mana dilancarkan sebelum Jebat.

Kelas Lekiu
KD Lekiu dan KD Jebat bersama kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika.
Ringkasan kelas
Pembina: Yarrow Shipbuilders, Glasgow, UK
Pengguna: Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Dibina: 2
Dirancang: 2
Disiapkan: 2
Aktif: 2
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Frigat Type F2000
Sesaran: 2,270 tan muatan penuh
Panjang: 106 m (348 ka)
Lunas: 12.75 m (41.8 ka)
Draught: 3.08 m (10.1 ka)
Jana kuasa: 4 × enjin diesel MTU 20V 1163 TB93 , 24.5MW, aci berkembar dengan bebaling pitch Kamewa boleh laras
Halaju: 28 knot (52 km/j; 32 mph)
Jarak: 5,000 nmi (9,300 km; 5,800 bt)
Anak kapal: 146 dengan 18 pegawai
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sistem tempur: BAE Systems Insyte Nautis F combat data system
  • Radar pencari: Radar pencari permukaan Ericsson Sea Giraffe-150 band G dan H
  • Radar pencari udara Thales Netherlands (Signaal) DA-08 beroperasi dalam band E dan F
  • Radar navigasi: Radar navigasi Thales Defence I-band
  • Radar kawalan tembakan: 2 × Marconi 1802SW, sistem data tempur Alenia Marconi Systems Nautis F, pengarah senjata Radamec Series 2000 Optronic, radar kawalan tembakan BAE SYSTEMS 1802 beroperasi pada band I dan J
  • Sonar: Sistem bawah air sonar Thales Spherion TSM 2633 LF
  • Pengimejan haba: BAE Type V 3001
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • ESM: BAE Mentor-A
  • ECM: Thales Defense Scimitar
  • Pengumpan: 2 x pelancar Super Barricade 12 laras, pengumpan torpedo Graseby Sea Siren
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × Super Lynx 300
Kemudahan penerbangan:
  • Hangar buritan
  • Pelantra mendarat helikopter

Frigat ini telah dibina oleh syarikat Yarrow Shipbuilders UK di Glasgow (kini BVT Surface Fleet) berdasarkan rekabentuk frigat ringan, FS 2000. Lekiu telah dilancarkan pada bulan Disember 1994 sementara Jebat pula dilancarkan pada bulan Mei 1995. Jebat memiliki nombor pennant yang lebih rendah (F 29) bagi melambangkan kekananan dalam kelas ini, yang mana menempatkan Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (Hang Jebat mengantikan Hang Tuah sebagai Laksamana semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, sementara Hang Lekiu tidak pernah menjadi Laksamana).

Kedua-dua frigat F29 KD Jebat dan F30 KD Lekiu berkhidmat di dalam Skuadron Frigat 23, Tentera Laut Diraja Malaysia.[1]

Jebat dan Lekiu sunting

Kedua-dua kapal ini merupakan tunggak utama armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). KD Jebat ialah kapal induk (flagship) TLDM mula dibina di Glasgow, Scotland pada bulan November 1994 lima bulan selepas KD Lekiu. Pada mulanya kapal-kapal ini ingin ditaraf sebagai korvet sahaja, kemudiannya dinaiktaraf sebagai frigat dan kedua-duanya ditauliahkan pada bulan Ogos 1997. Ketika pembinaan, masalah timbul akibat kesukaran menyepadukan pelbagai sistem senjata dan deria untuk dimuatkan dalam kapal yang bersaiz agak kecil. Ini kerana biasanya kapal dalam saiz sebegini tidaklah dilengkapkan kelengkapan yang berat. Hanya pada tahun 2000 barulah kapal-kapal ini diserah kepada TLDM setelah segala kesulitan diatasi.Disamping itu,ia juga merupakan kapal perang yang termoden di Asia Tenggara ketika dilancarkan.

Flotila Serangan sunting

 
KD Jebat di Porto Malai ketika LIMA 2007

Jebat dan Lekiu ditugaskan dalam skuadron ke-23 (frigat) dalam unit flotila serangan TLDM.

Senjata utama terdiri dari peluru berpandu MBDA Exocet MM40 Block II anti kapal menjadikannya 'kayu pemukul' yang berbisa. Untuk memusnahkan sasaran Exocet dipandu oleh kepala pencari monopulse aktif dalam fasa tamatan. Lapan buah peluru berpandu ini diletak di bahagian tengah di antara dua tiang utama dalam kedudukan bersilang melintang. Pertahanan anti udara menggunakan sistem Sea Wolf yang telah terbukti keupayaannya ketika perang Falkland 1982. Sistem ini telah dipertingkatkan lagi dengan perisian termaju membolehkannya mengenalpasti dan membezakan sasaran-sasaran yang terbang terlalu rapat antara satu sama lain. Sea Wolf yang berkelajuan 2.5+ Mach mampu memintas sasaran sehingga 10km ke altitud 10000 kaki. Sebanyak 16 peluru berpandu ini dibawa dalam sistem lancaran tegak di kedudukan 'B' di belakang meriam Bofors 57mm.

Untuk tugas anti kapal selam Jebat dan Lekiu menggunakan kombinasi sonar Spherion, pengumpan Sea Siren dan sistem pelancar torpedo B515. Sebanyak dua pelancar torpedo dalam aturan ganda tiga, masing- masing di setiap sisi kapal, berupaya menembak torpedo Stingray 324mm.

Super Lynx sunting

Hampir serentak dengan perolehan frigat-frigat ini, sejumlah 6 buah helikopter Agusta Westland Super Lynx 300 tiba menjadikan Jebat dan Lekiu padat dengan kecanggihan. Super Lynx merupakan peningkatan dari versi Lynx terdahulu yang mula diterbangkan pada Februari 1976, dibeli oleh kerajaan bagi menggantikan helikopter Wesland Wasp yang sudah berkhidmat begitu lama. Program British Experimental Rotor Programme (BERP) telah merekabentuk semula rotor pesawat untuk kawalan penerbangan yang lebih baik. Radar Sea Owl beserta pembayang bahang dan magnetic anomaly detector (MAD) juga dilengkapkan. Kebolehan Super Lynx yang memberikan anjakan kuasa kepada TLDM ialah keupayaannya melancarkan torpedo Whitehead dan peluru berpandu anti kapal Sea Skua. Peluru berpandu Sea Skua juga telah beraksi buat kali pertama ketika perang Falkland dan kini digunakan oleh angkatan laut United Kingdom, Brazil, Jerman, Korea Selatan dan Turki.

Kelas Lekiu Kumpulan II sunting

 
Frigat Kelas Lekiu Kumpulan II ketika dipertontonkan di LIMA 2007

Penganalisis pertahanan tempatan dan juga pihak TLDM dikatakan telah sepakat bahawa jumlah optimum kapal bagi sesebuah skuadron ialah enam buah. Ini membolehkan kapal-kapal diselenggara mengikut jadual tanpa mengenakan beban kerja yang lebih kepada kapal-kapal lain dalam skuadronnya. Justeru perancangan telah dibuat untuk memperolehi empat buah frigat lagi dalam kelas Lekiu yang dipertingkatkan dan dikenali sebagai Lekiu kumpulan II. Bagaimanapun kerajaan Malaysia dikatakan hanya bersedia membiayai dua buah kapal sahaja. Ura-ura Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan, membayangkan kerjasama di antara BAE System dan Labuan Shipyard untuk membekalkan kapal- kapal tersebut, namun sehingga kini masih belum terlaksana. TLDM ketika ini hanya mempunyai satu lagi frigat iaitu KD Hang Tuah yang dijadikan sebagai kapal latihan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting