Ganja (Jawi: ݢنجا ejaan lama ݢنج‎) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Daun ganja.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Status ganja dalam skala kesan dadah.[1]

Kimia dan kesan klinikal sunting

Bahan kimia psikoaktif utama marijuana ialah delta 9-tetrahidrokanibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak kanabinoid, yakni sebatian-sebatian kimia serupa THC. THC bersifat lilpofilik dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan. THC mengambil masa berminggu-minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkait dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,

Kajian perubatan sunting

Ganja Telah didapati melalui beberapa kajian terperinchi boleh mengubati banyak jenis penyakit. Salah satu penyakit yang boleh didapati perubatan ganja didapati berkesan adalah penyakit barah. Didapati bahawa banyak pesakit-pesakit yang telah sembuh namun pengakuan dari banyak agensi kerajaan belum lagi mengeluarkan penyataan rasmi mengenai hal tersebut. Didapati juga kajian bahawa ganja mempunyai kemampuan untuk mengubati penyakit kencing manis, sawan, depresi dan sebagainya.

Sejarah sunting

Pokok ganja berasal dari Asia Tengah[2] dan subbenua India,[3] dengan kegunaan daun sebagai fabrik dan gentian tali telah dijejak hingga zaman Neolitik di China dan Jepun.[4][5] Tidak dapat dipastikan bila daun ganja diketahui sifat psikoaktifnya. Pembuktian arkeologikal tertua pembakaran ganja dijumpai di Romania, bertarikh kira-kira 3500 SM, dan para pengkaji mencadangkan bahawa dadah ini digunakan dalam upacara puak Proto-Indo-Eropah di steppe Pontic–Caspia pada zaman Kalkolitik, dan menjadi suatu adat yang berkembang ke seluruh Eurasia barat dalam migrasi Indo-Eropah.[6][7] Beberapa kajian menunjukkan bahawa minuman soma puak Indo-Iran purba, dan disebut dalam kitab Veda, kadangkala mempunyai kanabis. Ini adalah berdasarkan satu penemuan bekas dengan ganja di dalam kuil alaf kedua SM di Turkmenistan.[8]

Status undang-undang sunting

Sejak awal abad ke-20, kebanyakan negara telah mengharamkan penanaman, pemilikan atau pemindahan ganja.[9] Namun terdapat banyak juga kawasan di mana hukuman pemilikan kuantiti kecil ganja tidaklah besar, hanya sekadar denda berbanding pemenjaraan, dan memfokus pada pengedaran dadah tersebut di pasaran gelap.

Pada Disember 2013, Uruguay menjadi negara pertama yang membenarkan penanaman, penjualan dan penggunaan ganja secara terbuka,[10] bertujuan melemahkan jenayah terancang.[11]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nutt D, King LA, Saulsbury W, Blakemore C (2007). "Development of a rational scale to assess the harm of drugs of potential misuse". Lancet. 369 (9566): 1047–53. doi:10.1016/S0140-6736(07)60464-4. PMID 17382831.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Schultes, Richard Evans (1976). Hallucinogenic Plants. Illustrated by Elmer W. Smith. New York: Golden Press. m/s. 31. ISBN 978-0-307-24362-1.
  3. ^ "Marijuana and the Cannabinoids", ElSohly (p. 8).
  4. ^ Stafford PG, Bigwood J (1992). Psychedelics Encyclopedia. Ronin Publishing. m/s. 157. ISBN 978-0-914171-51-5.
  5. ^ Barber EJ (1992). Prehistoric Textiles: The Development of Cloth in the Neolithic and Bronze Ages with Special Reference to the Aegean. Princeton University Press. m/s. 17.
  6. ^ Anthony, David W. (2007). The Horse, the Wheel, and Language: How Bronze-Age Riders from the Eurasian Steppes Shaped the Modern World (dalam bahasa Inggeris). Princeton University Press. m/s. 362. ISBN 978-0-691-05887-0.
  7. ^ Ellens, J. Harold (2014). Seeking the Sacred with Psychoactive Substances: Chemical Paths to Spirituality and to God (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 24, 31. ISBN 978-1440830884.
  8. ^ Rudgley R (1998). "Soma". The Encyclopedia of Psychoactive Substances. Little, Brown and Company. ISBN 978-0-349-11127-8.
  9. ^ David Levinson (2002). Encyclopedia of Crime and Punishment. SAGE Publications. m/s. 572. ISBN 978-0-7619-2258-2.
  10. ^ Marijuana laws around the world: what you need to know The Guardian. 11 Disember 2013.
  11. ^ Uruguay to approve ganja dealing, despite risks Jamaica Observer. 9 Disember 2013.

Pautan luar sunting