Garfield ([gar.fild]) adalah sebuah lerang komik yang dicipta oleh Jim Davis dan disiarkan sejak 19 Jun 1978. Komik ini menceritakan kisah seekor kucing bernama Garfield, pemiliknya Jon Arbuckle dan anjing peliharaannya Odie. Cerita-cerita Garfield sangatlah beragam, dari masalah dihadapi Garfield yang lazim dialami kucing sampai masalah manusia seperti diet dan kebenciannya terhadap hari Isnin.

Garfield (kanan) dan Odie, anjing serumahnya

Setakat 2007, ia disindiketkan di sekitar 2,580 akhbar dan jurnal dan kini memegang Rekod Dunia Guinness bagi lerang komik paling banyak disindiket di dunia.[1] Kepopularan jalur komik ini telah mendorong kepada siaran kartun kanak-kanak, beberapa animasi televisen khas dan dua filem aksi hidup penuh, termasuk sejumlah besar barangan berkait dengan Garfield.

Sejarah pengkaryaan sunting

Jim Davis mula menghasilkan karya sendiri ketika bekerja sebagai pembantu pelukis untuk siri komik Tumbleweeds (1973) karya Tom K. Ryan; siri karya pertama ini iaitu Gnorm Gnat[2] mula diterbitkan pada dalam akhbar Pendleton Times-Post di Pendleton, Indiana. Karya pertama ini terbit pada 1972 meskipun mempunyai gaya seni yang menarik serta lawak yang mengena, namun watak-watak serangganya tidak begitu menjadi bahan empati pembaca.[3] Karya ini dihentikan pada 1975.

Davis memikirkan watak yang dilihat lebih boleh gamit perhatian dan perasaan pembaca. Beliau mendapati watak haiwan anjing kerap ditampilkan dalam komik-komik semasa namun tiada pula watak kucing yang menonjol pada waktu sama; ini turut dikuatkan dengan pengalamannya dibesarkan di ladang di mana sebayak 25 ekor kucing dipelihara keluarganya.[3] Watak-watak Garfield, Jon, Odie (nama asal: Spot) dan Lyman didasarkan sempena pengalaman hidupnya. Watak-watak tersebut mula muncul dalam suatu karya purbarupa berjudul Jon yang terbit dari 1976 hingga 1978, dalam akhbar Pendleton in the Times-Post.[4] Komik-komik ini tidak begitu dikenali sehingga ia muncul semula pada tahun 2019 hasil penemuan sebuah saluran YouTube bernama Quinton Reviews hasil pemerolehan sumber dalam-dalaman daripada Perpustakaan Komuniti Pendleton.[5][6] .

Komik purbarupa ini diterima masuk dalam sindikat cetakan United Feature lalu dinamakan semula sebagai Garfield pada Mac 1978. Ia mula muncul pada 41 buah akhbar pada 19 Jun tahun sama.[1][7] Lerang mingguan ia mula seminggu kemudian pada 25 Jun 1978.[8]

Sosok Garfield dahulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Garfield pada masa awalnya digambarkan sangat gemuk dan memiliki mata sepet. Mulai 1983, sosok yang sekarang baru mulai muncul; sosok yang terlihat pada watak tersebut semakin lama semakin menyusut agar lebih mudah dilukis dan dengan kerapnya ia diadaptasikan ke dalam pelbagai format animasi.

Barisan watak sunting

Watak utama sunting

  • Garfield - Seekor kucing oren yang bermalas-malasan tidur atau menonton TV dan mengambil kesempatan terhadap orang sekeluarganya. Dia sering gelojoh makan, terutamanya makanan kegemarannya iaitu lasagna. Dia juga mempunyai patung beruang sendiri bernama Pooky ([pu.ki]). Watak utama ini dinamakan sempena datuk Davis, James Garfield Davis,[9] yang sendirinya diberi nama sempena Presiden Amerika Syarikat James Garfield.
  • Jonathan "Jon" Q. Arbuckle - seorang pelukis komik yang juga tuan Garfield. Dia seringkalinya terpaksa melayan kerenah Garfield yang buat macam-macam terhadap kediamannya.
  • Odie ([o.di])- seekor anjing peliharaan Jon yang sering menjadi mangsa buli Garfield. Meskipun dia dan Garfield adalah haiwan, namun Odie kurang bijak dan berakal berbanding Garfield. Awalnya, Odie adalah milik seorang kenalan Jon bernama Lyman, tetapi Jon mengambil alih sebagai pemilik baru setelah Lyman berpindah.

Watak sampingan sunting

  • Arlene ([ar.lin]) adalah pacar Garfield berbulu merah jambu dengan hubungan yang sangat aneh. Kucing merah jambu ini dahulu memiliki celah di antara dua giginya yang besar dan sedikit jongang namun sekarang celah itu dihilangkan.
  • Nermal ([nĕr.mĕl]) - seekor kucing kecil berwarna abu-abu dan sedikit beralis yang sering mendapat perhatian Jon kerana kecomelannya; keadaan ini menjadi jengkelan sangat dibenci Garfield sehingga Garfield sering membuangnya ke Abu Dhabi.
  • Mom dan Dad adalah orang-orang tua Jon yang bekerja sebagai petani dan penternak.
  • 'Doc Boy ([dok boi]) - adik lelaki Jon yang sering menjadi bahan usikan Jon
  • Grandma, nenek Jon yang sangat sayang pada Jon dan Garfield.
  • Irma adalah pemilik sebuah rumah makan (diner) Irma's Diner, sebuah tempat makan dengan makanan dan pelayanan yang bisa dipertanyakan. Berbagai kejadian aneh terjadi di tempat makan ini.
  • Dr. Liz Wilson adalah doktor haiwan yang sering merawat dan memeriksa Garfield. Dia juga merupakan kekasih Jon setelah lama mereka berkenalan
  • Lyman ([lai.man)] - seorang rakan kenalan Jon dan pemilik asal Odie.

Adaptasi karya sunting

Siri animasi sunting

Filem cetera sunting

Filem direct-to-video sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Garfield Named World's Most Syndicated Comic Strip". Business Wire. 22 Januari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 2008-09-23. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ disebut [norm naet]
  3. ^ a b Davis. 20 Years & Still Kicking!: Garfield's Twentieth Anniversary Collection. p. 14.
  4. ^ "NEWLY DISCOVERED – DAVIS' PRE-GARFIELD GARFIELD". Daily Cartoonist. July 28, 2019. Dicapai pada August 18, 2019.
  5. ^ Templat:Cite Youtube
  6. ^ "Newly Discovered – Davis' Pre-Garfield Garfield". The Daily Cartoonist (dalam bahasa Inggeris). 29 July 2019. Dicapai pada 25 October 2019.
  7. ^ "Those Catty Cartoonists (fee required)". Time. December 7, 1981. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-15. Dicapai pada July 26, 2008.
  8. ^ "The Garfield Vault Strip". June 25, 1978. Dicapai pada April 7, 2012.
  9. ^ Hall, Gerrard (Oktober 6, 2000). "The cat's meow". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 14, 2009. Dicapai pada Julai 26, 2008.
  10. ^ PTI (Ogos 7, 2019). "Nickelodeon membangunkan siri baharu di Garfield". News Nation. Los Angeles, California. Dicapai pada September 23, 2020.

Pautan luar sunting