Gelang Patah

pekan di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru

Koordinat: 1°26′57″N 103°35′24″E / 1.4491332°N 103.5899353°E / 1.4491332; 103.5899353

Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.

Gelang Patah
Masjid Jamek Gelang Patah
Terminal Bas GP Sentral

Sejarah sunting

Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan.[1]

Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor[perlu rujukan], sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Sempena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. [perlu rujukan] Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini.

Taman perumahan dan kampung sunting

  • Taman Nusantara
  • Taman Nusa Perintis 1, 2, 3
  • Taman Nusa Perdana, Taman Syed Idrus
  • Taman Gelang Emas
  • Taman Mas
  • Taman Desa Paya Mengkuang
  • Taman Syed Idrus
  • Taman Nusa Bayu
  • Kampung Baru Muafakat, Kampung Baru
  • Kampung Paya Mengkuang
  • Kampung Tiram Duku, Pekajang
  • Kampung Melayu, Tg Adang, Tg Pelepas, Tg Kupang
  • Kampung Ladang, Kampung Ladang Darat, Kampung Bukit Tempurung
  • Kampung Jawa, Kampung Pok, Kampung Pendas Laut
  • Kampung Dapur Arang, Kampung Simpang Arang
  • Kampung Pulai, Kampung Ulu Pulai

Sekolah sunting

  • SJKC Ming Terk, Tmn Nusa Perintis
  • SK Nusantara, SA Nusantara, SMK Taman Nusa Jaya
  • SA Gelang Patah, SK Gelang Patah, SMK Gelang Patah, Tg Adang, Bukit kucing(C.I.Q)
  • SRK Gelang Patah, Bukit Tempurung, Tanjung Kupang, Murni Pok, Pekajang, Tmn Nusa Perintis, Bukit Kucing(C.I.Q), Desa Paya Mengkuang
  • SJKT Bukit Tempurung

Wakil politik sunting

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah.

  • Jumlah pengundi: 78,676
  • Peratusan kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22%
  • Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851.
  • Jumlah undi: 60,653
  • Peratus mengundi: 77.09%
  • Undi rosak: 2,244
  • Penyandang: Tan Ah Eng (BN) (majoriti: 31,666 undi)

Pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013, Lim Kit Siang (DAP) telah berjaya mengalahkan pihak lawannya dari Barisan Nasional, Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Rujukan sunting

  1. ^ "Asal Usul Nama Tempat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-13. Dicapai pada 2011-04-10.