Genelia D'Souza (lahir 5 Ogos 1987)[1][2] ialah pelakon wanita India. Beliau berlakon dalam filem Tamil, Hindi, Telugu, dan Malayalam. Selepas mendapat perhatian yang luas dalam iklan tv Parker Pen yang dibintangi bersama Amitabh Bachchan, Genelia memulakan kerjayanya dalm filem Tujhe Meri Kasam pada tahun 2003. Kemudian wataknya dalam filem Tamil arahan Shankar Boys mendapat pengiktirafan dan menjadi batu loncatan kerjayanya di India Selatan dan kemudian memperkenalkan dirinya di filem Telugu dengan belakon dalam beberapa filem Telugu dari 2003 hingga 2012.

Genelia D'Souza
D'Souza di sidang media Love Big & CBS
Kelahiran (1987-08-05) 5 Ogos 1987 (umur 36)
Nama lainGenelia Deshmukh
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2003–kini
PasanganRitesh Deshmukh (k. 2012)
Ibu bapaNeil D'Souza (bapa)
Jeanette D'Souza (ibu)
SaudaraNigel D'Souza (abang)

Genelia menerima Anugerah Filmfare pertamanya pada tahun 2006 untuk lakonannya dalam filem romantik Telugu, Bommarillu, yang mendapat pujian kritis. Sekali lagi, pada tahun 2008 lakonan Ganelia mendapat pujian ramai. Kali ini, melalui filem Tamil, Santosh Subramaniam dan filem Bollywood, Jaane Tu... Ya Jaane Na. Genelia diangap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik bagi filem India Selatan, selepas kejayaannya mendapat pujian dalam lakonnya dalam filem Tamil dan Telugu.[3][4] Genelia juga menjadi pengacara rancangan TV Big Switch dan duta jenama bagi Fanta, Virgin Mobile India, LG Electronics, Garnier light dan Parker Pen.

Rujukan sunting

  1. ^ "Happy Birthday Genelia!". Planet Bollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 14 Ogos 2013.
  2. ^ "Happy Birthday Genelia D`Souza". Patrika Group (5 August 2014). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2014. Dicapai pada 5 Ogos 2014.
  3. ^ Mahmood, Abdulla (15 Julai 2008). "Big-time girl: Genelia D'Souza". Gulf News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2010. Dicapai pada 23 Ogos 2008.
  4. ^ Shankar, Settu (19 April 2007). "Genelia D'Souza". Daijiworld Media. Dicapai pada 1 Mac 2009.

Pautan luar sunting