Macau terletak 70 kilometer di barat daya Hong Kong dan 145 kilometer selatan bandar Guangzhou di provinsi Guangdong. Ia meliputi Semenanjung Macau, dan kepulauan Taipa dan Coloane.

Pembahagian pentadbiran Macau (klik sini untuk gambar satelit)

Semenanjung terbentuk dari Zhujiang (Sungai Mutiara) estuari di bahagian timur dan Xijiang (Sungai Barat) di bahagian barat. Ia bersempadan dengan bandar Zon Khas Ekonomi Zhuhai di tanah besar China.

Macau mempunyai tanah yang rata hasil pengambilan semula tanah daripada laut akan tetapi bukit-bukitnya menandakan kawasan yang semulajadi dahulukala. Semenanjung Macau pada mulanya merupakan suatu pulau tetapi dihubungkan dengan suatu bar pasir yang menjadi suatu isthmus yang sempit. Pengambilan semula tanah daripada laut yang bermula pada abad ke 17 menjadikan Macau suatu semenanjung.

Dengan penbangunan yang mendadak, Macau tidak lagi mempunyai kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Tiada lagi kawasan yang berpaya, hutan mahupun kawasan berkayu. Disebabkan masalah ini, penduduk Macau kini terpaksa mencari rezeki di lautan.