George Eastman (12 Julai, 1854 – 14 Mac, 1932) adalah pengasas syarikat Eastman Kodak dan mencipta filem gulung, membantu membawakan fotografi kepada orang ramai. Filem gulung juga menjadi asas kepada penciptaan filem gambar bergerak pada tahun 1888 oleh pembuat filem pertama di dunia Louis Le Prince, dan beberapa tahun kemudian oleh pengikut beliau Léon Bouly, Thomas Edison, Lumière Brothers dan Georges Méliès.

George Eastman
Kelahiran(1854-07-12)12 Julai 1854
Meninggal duniaMac 14, 1932(1932-03-14) (umur 77)
DikebumikanAbu dikebumikan di Taman Kodak
WarganegaraAmerika
PekerjaanAhli perniagaan, pencipta, dermawan
Terkenal keranaPerintis fotografi, Pengasas Eastman Kodak
Ibu bapaGeorge Eastman (1815-1862) & Maria Kilbourn (1821-1907)

Beliau merupakan seorang yang begitu dermawan dalam penciptaannya yang memainkan peranan utama dalam mengubah fotografi dari satu hobi yang mahal kepada suatu kegiatan yang mudah dilibatkan orang ramai, mayhur dan tidak memerlukan kos tinggi.

Awal hidup sunting

Eastman dilahirkan di Waterville, New York, sekitar 20 mil sebelah barat daya dari Utica, New York. Orang tuanya adalah pasangan George Washington Eastman dan Maria Kilbourn. Beliau sempat dikeluarkan dari sekolah menengah dan mulai bekerja sebagai petugas kantor pada usia 14 tahun.[1]

Kodak sunting

jmpl|ka|200px|Sebuah iklan kamera Kodak. Pada 4 September 1888, Eastman mendaftarkan merek dagang Kodak, yang disusunnya berdasarkan huruf-huruf kesukaannya, dan menerima paten untuk model kamera ciptaannya yang menggunakan filem gulung. Di sinilah muncul frasa "You press the button, we do the rest." (Anda menekan tombolnya, kami mengerjakan setelahnya) [2]

Kamera temuannya berharga USD25 dapat digunakan untuk mengambil 100 gambar dengan segulung filem sebelum kemudiannya idhantarkan kepada kedai khusus untuk diproses dengan bayaran berpatutan sebanyak 5 dolar.

Eastman turut menyokong pendirian Sekolah Musik Eastman dari Universitas Rochester yang dipimpin oleh Alfred Klingenberg.

Pada 1925, Eastman melepas manajemen sehari-hari Kodak, dan menduduki jabatan ketua. Setelah msa ini, beliaumemusatkan kegiatannya pada kegiatan derma.

Senja hidup sunting

Dua tahun sebelum wafat, beliaumenderita suatu nyeri yang hebat, beliaumengalami kesulitan berjalan dan berdiri. Dalam kedokteran modern, dimungkinkan Eastman menderita stenosis spinalis iaitu suatu kondisi di mana saluran sumsum tulang belakang menyempit akibat peradangan. Keadaan ini menyebabkan beliau mengalami depresi sambil hari-hari dihabiskannya terkurung di atas kerusi roda.

Pada 1932, beliau membunuh diri dengan menembak jantungnya dengan sepucuk pistol; suatu pesanan turut ditinggalkan: "Pekerjaan saya sudah selesai. Mengapa menunggu lagi?".[3][4] Eastman dikuburkan di suatu lapangan di Rochester, New York ini diberi nama Eastman Business Park.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Kodak: History of Kodak: George Eastman - the man: About his Life. Kodak. Accessed May 13, 2006.
  2. ^ George Eastman - The History of Kodak and Rolled Photographic Film (2006). About.com.
  3. ^ George Eastman. NNDB.com.
  4. ^ Lindsay, David "George Eastman: The Final Shot". American Experience. PBS. Retrieved August 30, 2013.
  5. ^ QUIGLEY, KATHLEEN (March 18, 1990). "Splendor Restored At Eastman House". The New York Times.

Buku sunting

  • Carl W. Ackerman, George Eastman: Founder of Kodak and the Photography Business (1930), Beard Books, ISBN 1-893122-99-9
  • Elizabeth Brayer, George Eastman: A Biography (1996), Johns Hopkins University Press, ISBN 0-8018-5263-3, University of Rochester Press 2006 reprint: ISBN 1-58046-247-2

Pautan luar sunting

Paten sunting

{TIFF format images}

Jawatan perniagaan
Pejabat baharu Bendahari Eastman Kodak
1884 – 1921
Diikuti oleh:
'
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Henry A. Strong
Presiden Eastman Kodak
1921 – 7 April, 1925
Diikuti oleh:
William G. Stuber
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Raymond Poincaré
Kulit depan Time Magazine
31 Mac, 1924
Diikuti oleh:
George V