George S. Patton

United States Army general

George Smith Patton, Jr. (11 November 1885 - 21 Disember 1945) merupakan salah seorang Jeneral Tentera Amerika Syarikat yang paling popular dalam Perang Dunia Kedua. Patton merupakan penyokong kuat peperangan armor. Beliau memimpin sebuah kor dalam Operasi Torch, memimpin Tentera Darat Ketujuh AS dalam penjajahan Sicily, dan memimpin rempuhan keluar Tentera Darat Ketiga AS dari Normandy. Campur tangannya semasa Pertempuran Bulge merupakan faktor penentu bagi kejayaan pihak Bersekutu.

Jeneral
George S. Patton

Signature of George S. Patton
Jeneral George S. Patton pada 1945
Nama lahirGeorge Smith Patton , Jr.
Nama samaranBandito
Old Blood and Guts
The Old Man
Kelahiran11 November 1885
San Gabriel, California
Meninggal dunia21 Disember 1945 (umur 60)
Heidelberg, Jerman
Dikebumikan diTanah Perkuburan dan Memorial Amerika, Luxembourg City (49°36′42″N 06°11′08″E / 49.61167°N 6.18556°E / 49.61167; 6.18556)
KesetiaanAmerika Syarikat Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1909–1945
Pangkat Jeneral
ArahanBriged 304 Kereta Kebal
3 Squadron, 3 Kavalri
Rejimen 5 Kavalri
Rejimen 3 Kavalri
2 Briged, Divisyen 2 Armor
Divisyen 2 Armor
Kor I Armor
Pusat Latihan Gurun
Kor II
Tentera Darat Ketujuh AS
Tentera Darat Ketiga AS
Tentera Darat Ke-15 Amerika
PertempuranRevolusi Mexico

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua

AnugerahDistinguished Service Cross (2)
Distinguished Service Medal (3)
Silver Star (2)
Legion of Merit
Bronze Star
Purple Heart
Companion of the Order of the Bath
Knight Commander of the Order of the British Empire
Legion of Honor
Order of the White Lion
Grand Officer of the Order of Leopold
Order of Adolphe of Nassau
Order of Koutusoff, 1st Grade
HubunganMejar Jeneral George Patton IV (anak)
Jeneral John K. Waters (Menantu)

Dilahirkan tahun 1885 kepada sebuah keluarga yang istimewa dengan latar belakang ketenteraan yang luas, Patton memasuki Institut Tentera Virginia, dan kemudian Akademi Tentera AS di West Point. Beliau mengambil bahagian dalam pentatlon moden di Sukan Olimpik 1912, dan memainkan peranan penting dalam mereka bentuk Pedang Kavalri Model 1913 atau dikenali sebagai "Patton Saber". Patton pertama kali berperang semasa Ekspedisi Pancho Villa ​​pada tahun 1916, mengambil bahagian dalam tindakan ketenteraan pertama Amerika menggunakan kenderaan bermotor. Beliau kemudian menyertai Kor Kereta Kebal Amerika Syarikat yang baru ditubuhkan dalam Angkatan Ekspedisi Amerika dan berjuang dalam Perang Dunia I, pada mulanya memerintah sekolah kereta kebal AS di Perancis sebelum tercedera di penghujung perang. Dalam tempoh antara perang, Patton kekal sebagai tokoh utama dalam pembangunan doktrin peperangan armor dalam Tentera Darat Amerika Syarikat dan banyak berkhidmat dalam jawatan staf di seluruh negara. Naik pangkat dari bawah, beliau memerintah Divisyen Ke-2 Armor Amerika Syarikat pada masa kemasukan AS dalam Perang Dunia II.

Patton memimpin tentera AS ke dalam kancah Mediterranean dengan serangan daripada Casablanca semasa Operasi Torch pada tahun 1942, di mana beliau kemudian memantapkan dirinya sebagai komander yang berkesan dalam pemulihan pantas Kor II Amerika Syarikat yang lemah. Beliau memerintah Tentera Darat Ketujuh semasa Penjajahan Sicily, di mana beliau merupakan komander bersekutu pertama sampai ke Messina. Di sana beliau telah diselubungi kontroversi selepas menampar dua askar yang mengalami tekanan jiwa di bawah perintahnya, dan telah dipindahkan untuk sementara dari jawatan medan perang ke tugas-tugas lain seperti mengambil bahagian dalam kempen Operasi Fortitude yang palsu bagi Operasi Overlord. Patton kembali memerintah Tentera Darat Ketiga selepas Pencerobohan Normandy pada tahun 1944, di mana beliau dengan jayanya mengetuai, kemaraan pantas armor di seluruh Perancis. Beliau memimpin bantuan untuk tentera AS yang terkepung di Bastogne semasa Pertempuran Bulge, dan kemaraan tenteranya ke dalam Jerman Nazi pada penghujung perang.

Selepas perang, Patton menjadi gabenor tentera Bavaria, tetapi beliau telah dilucutkan jawatan kerana kenyataan pedas beliau terhadap denazifikasi. Beliau memerintah Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat untuk tempoh dua bulan lebih. Patton meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Eropah pada 21 Disember 1945.

Imej berwarna-warni Patton, personaliti berhati keras dan kejayaan sebagai komander ada masanya dibayangi oleh kenyataan kontroversi umum mengenai Kesatuan Soviet yang tidak selari dengan dasar luar Amerika. Tetapi falsafah beliau yang gemar memimpin dari depan dan keupayaan untuk memberi inspirasi kepada tenteranya dengan ucapan tegas, seperti ucapan terkenal untuk Tentera Darat Ketiga, sangat menarik perhatian. Penekanan kuat beliau mengenai tindakan serangan pantas dan agresif terbukti berkesan. Ketika para pemimpin Bersekutu berbeza pendapat mengenai Patton, beliau telah dipandang tinggi oleh penentangnya dalam Markas Besar Jerman. Sebuah filem popular, yang memenangi anugerah filem biografi yang dikeluarkan pada tahun 1970 membantu mengubah Patton menjadi wira rakyat Amerika.

Darjah, anugerah dan pingat sunting

Anugerah Amerika sunting

 
Bar reben Jeneral Patton
  Distinguished Service Cross berserta satu Oak Leaf Cluster
  Distinguished Service Medal berserta dua oak leaf clusters
  Silver Star with one oak leaf cluster
  Legion of Merit
  Bronze Star
  Purple Heart
  Silver Lifesaving Medal
  Mexican Service Medal
  World War I Victory Medal with five battle clasps
  American Defense Service Medal
  American Campaign Medal
  European-African-Middle Eastern Campaign Medal with one silver and two bronze service stars
  World War II Victory Medal
  In 1955, the U.S. Army posthumously presented General Patton with the Army of Occupation Medal for service as the first occupation commander of Bavaria.

Anugerah asing dan antarabangsa sunting

  Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire
  Honorary Companion of the Order of the Bath

Templat:Cite newspaper The Times</ref>

  Grand Officer of the Order of Leopold (Belgium)
  Belgian Croix de Guerre with palm
  French Legion of Honor
  French Croix de Guerre
  Luxemburg War Cross
  Grand Luxemburg Cross of the Order of Adolphe of Nassau
  Grand Cross of Ouissam Alaouite of Morocco
  Order of the White Lion of Czechoslovakia
  Czechoslovakian War Cross

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Insignia Pangkat Komponen Tarikh
Tiada lencana pangkat pada 1909 Leftenan Kedua Tentera Darat Tetap 11 Jun 1909
 
 Leftenan Pertama Regular Army May 23, 1916
 
 Kapten Regular Army May 15, 1917
 
 Mejar National Army January 26, 1918
 
 Leftenan Kolonel National Army March 30, 1918
 
 Kolonel National Army October 17, 1918
 
 Kembali ke pangkat tetap Kapten Regular Army June 30, 1920
 
 Mejar Regular Army July 1, 1920
 
 Leftenan Kolonel Regular Army March 1, 1934
 
 Kolonel Regular Army July 1, 1938
 
 Brigedier Jeneral Tentera Darat Amerika Syarikat October 2, 1940
 
 Mejar Jeneral Army of the United States April 4, 1941
 
 Leftenan Jeneral Army of the United States March 12, 1943
 
 Brigedier Jeneral Regular Army August 16, 1944
 
 Mejar Jeneral Regular Army August 16, 1944
 
 Leftenan Jeneral Regular Army December 4, 1944
 
 Jeneral Army of the United States April 14, 1945

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Sir Thomas Beecham
Walter F. George
Matthew Ridgway
Kulit Depan Majalah Time
12 April 1943
26 Julai 1943
9 April 1945
Diikuti oleh:
Manuel Ávila Camacho
Ingrid Bergman
Simon Bolivar Buckner, Jr.
Pegawai tentera
Didahului oleh
Courtney Hodges
Panglima Tentera Darat Ketiga Amerika Syarikat
1944–1945
Diikuti oleh:
Lucian K. Truscott
Didahului oleh
Baru ditubuhkan
Panglima Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat
10 Julai 1943 – 1 Januari 1944
Diikuti oleh:
Mark Wayne Clark