George John Tenet (lahir 5 Januari, 1953) merupakan Pengarah Central Intelligence (DCI) Amerika Syarikat Central Intelligence Agency (CIA) , dan Profesor Kehormat di Universiti Georgetown .

George John Tenet
Director of Central Intelligence 18th
Dalam jawatan
July 11, 1997 – July 11, 2004
PresidenBill Clinton
George W. Bush
Didahului olehJohn M. Deutch
Digantikan olehPorter J. Goss
Butiran peribadi
Lahir (1953-01-05) 5 Januari 1953 (umur 71)
New York City, New York, United States
Parti politikDemocratic[1]

Tenet bertugas sebagai pengarah DCI dari Julai 1997 hingga Julai 2004 dan menjadi pengarah paling lama di belakang Allen Welsh Dulles.Pada Februari 2008, beliau menjadi pengarah urusan di bank saudagar Allen & Company .

Latar belakang sunting

Tenet dilahirkan di Flushing , Queens , New York kepada keluarga Yunani dari selatan Albania. Bapa-Nya, John, datang dari Albania dan bekerja di lombong arang batu di Perancis sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat. [2] Tenet membesar di Little Neck , Queens dan bekerja sebagai busboys di kedai makan keluarga mereka yang kemudian dinamakan sebagai Scobee Diner.Beliau bersekolahn di Louis Pasteur Junior High School 67, dan Benjamin N. Cardozo High School .Dia rakan sekelas Ron Jeremy,pelakon Reginald VelJohnson dan Narrek Megherian. Beliau mendapat ijazah sarjana muda (1976) dari Edmund A. Walsh School jurusan Perkhidmatan Luar di Universiti Georgetown dan ijazah sarjana dari Sekolah Hal Ehwal Antarabangsa dan Awam di Universiti Columbia (1978).

Tenet berkahwin dengan Stephanie Glakas-Tenet. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Kerjaya Awal sunting

Selepas menerima MIA , Tenet menjadi pengarah penyelidikan Institut Hellenic American (1978-1979).Kemudiannya mula bekerja untuk Senat sebagai pembantu undang-undang dan kemudian sebagai Pengarah Undangan kepada bekas Senator H. John Heinz III dari Pennsylvania (1982-1985). Beliau sebagai ahli Jawatankuasa Perisikan (SSCI) (1985-1988), kemudian pengarah SSCI (1988-1993).Tenet dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dalam pasukan keselamatan negara. Clinton melantik beliau sebagai Pengarah Kanan Program Intelligence di Majlis Keselamatan Negara (1993-1995).

Kerja di CIA sunting

Tenet telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Central Intelligence Agency (CIA) pada bulan Julai 1995. Selepas perletakan John Deutch secara mendadak pada bulan Disember 1996, Tenet berkhidmat sebagai pemangku pengarah. Sementara pelantikan Anthony Lake disekat oleh Republikan di Kongres . Tenet dilantik sebagai Pengarah CIA pada 11 Julai 1997 selepas undi sebulat suara di Dewan Negara.

Tenet berusaha menjana semula kewangan CIA selepas Perang Dingin. Bilangan ejen baru dikurangkan sebanyak 25 % daripada kemuncak Perang Dingin . Alasan yang diberikan ialah "Tidak akan lagi Pearl Harbour." .Negara musuh yang berpotensi ialah Rusia, China , Korea Utara, Iran ,Iraq, dan keganasan .

Bom Kedutaan China di Belgrade 1999 sunting

Pada 7 Mei, 1999, semasa Perang Kosovo , tentera Amerika Syarikat mengebom Kedutaan China di Belgrade dengan lima JDAM peluru berpandu. Tiga pemberita Cina maut dan mencederakan 20 yang lain. Amerika Syarikat mendakwa serangan tersebut adalah sengaja. Di Senat, Tenet mengakui serangan itu diarahkan oleh CIA tetapi tersasar 100 meter.

Perangan Memerangani Keganasan Al-Qaeda sunting

Menjelang tahun 1999 , al-Qaeda telah muncul sebagai ancaman pengganas yang ketara . 1998 , dua kedutaan Amerika Syarikat di Afrika diserang dan kepentingan Amerika di rantau barat Lautan Hindi.Tahun 2000 kapal perang USS Cole dibom di Aden agar ia ditenggelamkan dan membunuh 17 anggota tentera laut.

Rancangan sunting

Pada tahun 1999 Tenet melantik Cofer Black mengetuai CIA Counter Terrorrist dan mengesan jejak rangkaian Osama Bin Laden di Afghanistan.Agensi ini dinamakan "Qaeda" di mana fungsinya bertindih dengan CTC.

CIA menggunakan pesawat peninjau kecil kawalan jauh, Predator dan mengesan lokasi Bin Laden di Afghanistan . Pada 2000, Predator dimonitor dari ibu pejabat CIA di Langley dan berjaya mengesan kemungkinan pemimpin al-Qaeda berada.

Predator dilengkapkan dengan peluru berpandu anti- kereta kebal cuba membunuh pemimpin-pemimpin Qaeda Bin Laden dan lain-lain.Dalam siri ujian di Gurun Nevada pada tahun 2001 , hasilnya bercampur-campur.Penasihat Keselamatan Negara Condoleezza Rice membuat kesimpulan bahawa Predator lengkap bersenjata diperlukan, tetapi ternyata belum bersedia . Pada akhir 2000, Tenet mengiktiraf kekurangan "gambar besar" analisis al-Qaeda.

Serangan 11 September sunting

Selepas serangan 11 September , ramai pemerhati mengkritik kegagalan perisikan CIA.Suruhanjaya penyiasat 11/09, bahawa Tenet gagal bertemu dengan Presiden Bush pada bulan Ogos 2001, sebulan sebelum serangan 11 September.Tenet sepatutnya bertemu dengan Bush di ladang Bush di Crawford, Texas pada Ogos 2001.Laporan itu menyatakan Tenet cukup tahu tentang bahaya Al-Qaeda dan sebelum September 2001, tetapi tiada usaha daripada kepimpinan CIA untuk bertindak.

Serangan Matrix Worldwide sunting

Tenet mengangggappelan Al-Qaeda telah meletakkan CIA dalam kedudukan yang lebih baik untuk bertindak balas selepas serangan 9 / 11.Selepas 4 hari, Presiden Amerika Syarikat menyatakan rancangan mahu menyerang tempat perlindungan Afghanistan dan mengendalikan terhadap al-Qa'ida di 92 buah negara di seluruh dunia.

Dalam mesyuarat terhad Majlis Keselamatan Negara di Camp David pada September 15, 2001, Tenet membentangkan Serangan Matrix di seluruh dunia atau "Perang On Terror".Pasukan CIA akan dihantar ke Afghanistan untuk mengumpul risikan, gunung perindungan operasi al-Qaeda dan Taliban .

Penggunaan air dalam Teknik soal siasat (EIT) sunting

CIA telah diberi kuasa oleh Presiden Bush untuk menggunakan air sebagai teknik berkesan soal siasatat. Antaranya ialah pemimpin Al Qaeda ,Khalid Sheikh Mohammed , Abu Zubaydah dan Abd al-Rahim al-Nashiri.

Tenet dan kontroversi senjata WMD Iraq sunting

Wartawan veteran, Bob Woodward dalam bukunya Rancangan Serangan , Tenet telah menyediakan laporan perisikan mengenai senjata pemusnah besar-besaran (WMDs) di Iraq .Pada 12 Disember 2002, dia memberi jaminan kepada Bush bahawa terdapat bukti kukuh bahawa Iraq memiliki sejumlah senjata WMD. Namun dalam serangan ke atas Iraq, tiada sebarang WMD ditemui.

Perletakan jawatan sunting

Tenet mengemukakan peletakan jawatannya kepada Presiden Bush pada 3 Jun 2004. James Pavitt , Timbalan Pengarah Operasi di CIA, mengumumkan peletakan jawatannya pula.Namun Bush memuji Tenet , "George Tenet melakukan pekerjaan yang luar biasa untuk Amerika. Ia merupakan satu penghormatan yang tinggi dan saya minta maaf dia meninggalkan. " ( Reuters , 5 Jun, 2004).


Memoir : Tahun saya di CIA sunting

Pada bulan April 2007, Tenet mengeluarkan memoir yang berjudul "Center of the storm: Tahun saya di CIA". Beliau muncul di rancangan bual bicara 60 Minutes pada 29 April 2007. Buku ini menjawab tuduhan Ron Suskind tentang mental Abu Zubaydah (ketua operasi al-Qaeda) yang tidak stabil.Ahli Freudians menyimpulkan bahawa personaliti Zubaydah yang pelbagai. Pengkritik menunjukkan kesilapan fakta dalam buku Tenet.

Perbualan Tenet dengan penasihat Richard Perle di Pentagon pada 12 September 2001 di mana Tenet mendakwa Perle memberitahu bahawa "Iraq terpaksa membayar serangan itu." Sebenarnya pada hari itu Perle terkandas di Paris, Perancis dan tidak kembali ke Washington sehingga tiga hari kemudian.

Rujukan sunting