Gerakan Bahasa Bengali

Gerakan Bahasa Bengali, juga dikenal sebagai Gerakan Bahasa (Benggali: ভাষা আন্দোলন; Bhāṣā āndōlana), adalah usaha politik di Pakistan Timur (kini Bangladesh) agar bahasa Bengali diakui sebagai bahasa rasmi Pakistan. Pengakuan tersebut akan memperbolehkan bahasa Bengali digunakan dalam pemerintahan.

Demonstrasi pada tanggal 21 Februari 1952 di Dhaka

Ketika negara Pakistan dibentuk pada tahun 1947 hasil pembahagian jajahan India, kedua-dua wilayah Pakistan Timur dan Pakistan Barat berbeda secara budaya, geografi dan bahasa. Pada tahun 1948, pemerintah Pakistan menyatakan bahasa Urdu sebagai satu-satunya bahasa rasmi , mengakibatkan munculnya penentangan dari penduduk Pakistan Timur yang berbahasa Bengali. Pemerintah lalu melarang pertemuan dan rapat umum sebagai akibat meningkatnya ketegangan puak dan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah Pakistan. Para mahasiswa dari Universiti Dhaka dan aktivis politik lainnya melancarkan tunjuk perasaan pada tanggal 21 Februari 1952, di mana tunjuk perasaan tersebut memuncak dengan serangan ke atas pihak penunjuk perasaan oleh polis Pakistan. Konflik ini berlarutan selama bertahun-tahun sehingga pemerintah pusat akhirnya memberikan status rasmi kepada bahasa Bengali tahun 1956. Pada tahun 2000, UNESCO mengisytiharkan 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa[1] sebagai tanda memperingati gerakan bahasa ini serta memperjuangka hak etno-linguistik semua bangsa di seluruh dunia.

Gerakan ini merupakan salah satu faktor munculnya pergerakan kebangsaan dalam kalangan orang Bengali. Di Bangladesh, 21 Februari dirayakan sebagai Hari Gerakan Bahasa. Monumen Shaheed Minar didirikan di Dhaka untuk mengenang pergerakan ini.

Latar belakang sunting

Negara Pakistan dan Bangladesh merupakan sebahagian dari India d=sewaktu kawasan tersebut dijajah Empayar Britishmasa kolonial Britania. Sejak pertengahan abad ke-19, bahasa Urdu telah diangkat sebagai lingua franca Muslim di India oleh pemimpin religius dan politik seperti Sir Khwaja Salimullah, Sir Syed Ahmed Khan, Nawab Viqar-ul-Mulk dan Maulvi Abdul Haq.[2][3] Urdu merupakan bahasa Indo-Arya yang masuk kedalam rumpun bahasa Indo-Eropa. Bahasa tersebut berkembang di bawah pengaruh bahasa Parsi, Arab dan Turkik.[4][5] Abjad Parsi-Arab bahasa Urdu dianggap sebagai elemen penting dalam budaya masyarakat Muslim di India manakala Hindi dan aksara Dewanagari dianggap sebagai komponen utama dari budaya masyarakat penduduk Hindu.[2]

Sementara penggunaan bahasa Urdu berkembang di antara Muslim di India utara, Muslim di Benggala menuturkan bahasa Bengali. Bengali merupakan bahasa Indo-Arya Timur[6] yang berkembang pada Zaman Pembaharuan Benggala. Pada akhir abad ke-19, aktivis sosial seperti feminis Muslim Roquia Sakhawat Hussain memilih untuk menulis dalam bahasa Bengali. Pendukung bahasa Bengali, terutamanya yang menganggotai Liga Muslim, menolak gagasan untuk menjadikan Urdu sebagai lingua franca sebelum India dibahagi-bahagikan lagi.[7]

Tahap awal pergerakan sunting

Setelah India British dibahagikan pada tahun 1947, jumlah penduduk Pakistan Timur yang berbahasa Bengali mencapai 44 juta dari 69 juta penduduk Pakistan,[8] namun pihak pemerintahan dan tentera Pakistan lebih dikuasai oleh penduduk Pakistan Barat.[9] Pada tahun 1947, sebuah sidang puncak di Karachi memutuskan bahawa bahasa Urdu diiktiraf sebagai satu-satunya bahasa rasmi,[10][11] namun keputusan ini segera ditentang. Mahasiswa Dhaka melancarkan suatu rapat umum pimpinan Abul Kashem di mana ia memperjuangkan menetapkan bahasa Bengali sebagai satu bahasa rasmi dalam Pakistan serta sebuah bahasa pengantar bagi pendidikan di Pakistan Timur,[12] namun suruhanjaya perkhidmatan awam Pakistan menidapenggunaan bahasa Bengali dari urusan rasmi sehinggalah daripada matawang sendiri. Menteri pPndidikan Fazlur Rahman juga membuat persiapan untuk menjadikan bahasa Urdu sebagai satu-satunya bahasa rasmi di Pakistan.[13] Kemarahan orang ramai menyebar dengan marak, sehingga sejumlah besar mahasiswa Bengali bertemu di kampus Universiti Dhaka pada 8 Disember 1947 untuk meminta agar bahasa Bengali menjadi bahasa rasmi. Untuk mengangkat aspirasi mereka, mahasiswa Bengali melancarkan banyak rapat umum di sepanjang kota Dhaka.[8]

Ahli-ahli bahasa Bengali mula menyatakan hujahan mereka: Muhammad Shahidullah menyatakan bahawa Urdu bukanlah suatu bahasa yang dituturkan secara asli Pakistan, serta menyatakan "Jika kita harus memilih bahasa rasmi kedua, kita perlu mempertimbangkan bahasa Urdu."[14] Abul Mansur Ahmed pula menyatakan jika Urdu menjadi bahasa negara, masyarakat yang berpendidikan di Pakistan Timur akan menjadi buta huruf sehingga tidak mampu memasuki kedudukan pemerintahan.[15] Rastrabhasa Sangram Parishad, organisasi yang memilih bahasa Bengali sebagai bahasa rasmi negara, dibentuk pada Disember 1947.[8][16]

Shamsul Huq, ahli Parlimen Pakistan Timur, menyelenggarakan suatu jawatankuasa baru mendorong bahasa Bengali sebagai bahasa rasmi Pakistan Timur. Rakan sekerjanya, Dhirendranath Datta, turut mengusulkan suatu rang undang-undang di Majlis Perwakilan Pakistan yang membolehkan penggunaan bahasa Bengali dalam urusan rasmi,[8] usulan beliau Datta didukung oleh legislator Prem Hari Burman, Bhupendra Kumar Datta dan Sris Chandra Chattaopadhyaya dari Benggala Timur.[8] Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Liaquat Ali Khan dan Liga Muslim menidakkan serta memveto usulan tersebut dengan beralasan ia suatu usaha untuk memecah belah penduduk Pakistan.[8][17]

Agitasi 1948 sunting

Mahasiswa universiti-universiti utama Pakistan Timur melancarkan demonstrasi tanggal 11 Mac 1948 sebagai menentang penghapusan bahasa Benggali dari penggunaan rasmi seperti matawang, setem dan urusan pemerintah termasuk ujian memasuki angkatan tentera laut negara tersebut. Pergerakan ini juga menyatakan kembali permintaan agar bahasa Benggali dinyatakan sebagai bahasa rasmi Pakistan. Pemimpin politik seperti Shamsul Huq, Shawkat Ali, Kazi Golam Mahboob, Oli Ahad, Sheikh Mujibur Rahman, Abdul Wahed dan lainnya ditangkap selama rapat umum ini. Pemimpin rapat umum Mohammad Toaha dilarikan ke rumah sakit setelah mencuba mengambil senapan milik polis.

Pada siang hari, pertemuan diadakan untuk menentang kekerasan dan penangkapan oleh polis. Kelompok mahasiswa yang bergerak menuju ke rumah kepala menteri Khawaja Nazimuddin dihentikan di depan Pengadilan Tinggi Dhaka. rapat umum ini lalu mengubah arahnya dan menuju ke bangunan Sekretariat. Polis menyerang prosesi tersebut dan melukai beberapa mahasiswa dan pemimpin pergerakan seperti A. K. Fazlul Huq.[18] Demonstrasi terus berlanjut dari 12 Mac hingga 15 Mac. Dalam keadaan tersebut, kepala menteri Nazimuddin menandatangani persetujuan dengan pemimpin kelompok mahasiswa mengenai hal dan kondisi tertentu, tanpa memenuhi tuntutan agar bahasa Bengali menjadi bahasa rasmi negara.[8]

Saat masyarakat dalam keadaan merusuh, gabenor jeneral Pakistan Muhammad Ali Jinnah tiba di Dhaka pada 19 Mac 1948. Pada 21 Mac, beliau membuat dakwaan bahawa isu bahasa dibuat-buat untuk memecah belah Muslim Pakistan.[19][20][21][22][23] Jinnah juga menyatakan bahwa "Urdu, dan hanya Urdu" yang akan menjadi bahasa rasmi Pakistan,[8][21][24][25] serta mencap orang yang tidak setuju dengan pandangannya sebagai "musuh Pakistan". Jinnah menyampaikan pidato yang sama di Universiti Dhaka pada 24 Mac.[9] Sebelum Jinnah meninggalkan Dhaka pada 28 Mac, beluiay menyampaikan pidato di radio yang menegaskan kembali polis penguatamaan bahasa Urdunya.[26]

Segera setelah itu, Jawatankuasa Bahasa Benggala Timur, dikepalai oleh Maulana Akram Khan, dibentuk oleh pemerintah Benggala Timur untuk mempersiapkan laporan mengenai masalah bahasa.[27] Jawatankuasa ini menyelesaikan laporannya pada 6 Disember 1950, tetapi tidak dipublikasikan hingga tahun 1958. Pemerintah mengusulkan agar bahasa Bengali ditulis dalam aksara Arab, sebagai salah satu solusi untuk konflik bahasa ini.[28]

Peristiwa 1952 sunting

jmpl|Prosesi pada tanggal 4 Februari 1952 di Jalan Nawabpur, Dhaka. Kontroversi bahasa kembali mencuat ketika penerus Jinnah, gubernur-jendral Khawaja Nazimuddin, mempertahankan kebijakan "hanya Urdu" pada pidatonya tanggal 27 Januari 1952.[18] Pada 31 Januari, Shorbodolio Kendrio Rashtrobhasha Kormi Porishod dibentuk pada pertemuan di Universiti Dhaka.[8][29] Usulan pemerintah pusat untuk menulis bahasa Bengali dalam aksara Arab ditentang dalam pertemuan tersebut. Jawatankuasa tersebut lalu menyerukan diadakannya protes besar pada 21 Februari.[18] Para mahasiswa berkumpul pada 4 Februari dan memperingatkan pemerintah untuk menarik usulan menulis bahasa Bengali dalam aksara Arab, dan tetap meminta pengakuan bahasa Bengali. Selama persiapan demonstrasi berlangsung, pemerintah menetapkan Section 144 di Dhaka yang melarang pertemuan yang dihadiri lebih dari empat orang.

21 Februari sunting

Pada pukul sembilan pagi, mahasiswa mulai berkumpul di Universiti Dhaka. Wakil kanselir Universiti dan pejabat lain turut hadir, sementara polis mengepung kampus. Pada pukul 11:15, mahasiswa berkumpul di gerbang Universiti dan mencuba menembus garis polis. Polis menembakan gas air mata terhadap gerbang untuk memperingatkan para mahasiswa.[8] Sebagian mahasiswa melarikan diri ke Dhaka Medical College, sementara lainnya bergerak ke bangunan Universiti. Wakil kanselir meminta polis berhenti menembak dan memerintahkan mahasiswa untuk meninggalkan daerah Universiti, namun polis menangkap beberapa mahasiswa karena melanggar section 144. Marah, mahasiswa berkumpul di sekitar Majlis Perundangan Benggala Timur dan menghalang jalan masuk pemerintah. Ada juga sekelompok mahasiswa yang cuba memasuki gedung namun polis mula menembak beberapa mahasiswa sehingga mati - antara aktivis yang terkorban ini termasuk Abdus Salam, Rafiq Uddin Ahmed, Abul Barkat dan Abdul Jabbar.[8][30] Saat berita pembunuhan para aktivis ini tersebar, kekacauan meletus di seluruh kota. Semua kedai, pejabat dan kemudahan pengangkutan awam umum ditutup.[24] Enam legislator, termasuk Manoranjan Dhar, Boshontokumar Das, Shamsuddin Ahmed dan Dhirendranath Datta meminta agar ketua menteri Nurul Amin mengunjungi mahasiswa yang dirawat di rumah sakit dan agar sidang ditunda sebagai lambang dukacita;[31] tindakan ini didukung oleh beberapa anggota seperti Maulana Abdur Rashid Tarkabagish, Shorfuddin Ahmed, Shamsuddin Ahmed Khondokar dan Mosihuddin Ahmed,[31] namun Nurul Amin menolak permintaan ini.[8][31]

22 Februari sunting

Kekacauan merebak di seluruh provinsi dengan diadakan perarakan besar yang mengabaikan seksyen 144 yang dikuatkuasakan.[18] Lebih daripada 30,000 orang berkumpul di Curzon Hall, Dhaka. Selama protes yang terus berlangsung, tindakan polis telah mengakibatkan tewasnya empat orang. Hal ini mengakibatkan pekerja dari berbagai organisasi, termasuk bank dan stesen radio, bergabung dengan perarakan ini.[24] Media akhbar yang menyokong pemerintah dibakar.[32] Polis melakukan penembakan terhadap sebuah rapat umum berkabung ketika melewati Jalan Nawabpur, penembakan ini mengorbankan beberapa orang, seperti Sofiur Rahman dan anak berusia sembilan tahun yang bernama Ohiullah.[8][33]

Kekacauan berlanjut sunting

Pada malam 23 Februari, mahasiswa Dhaka Medical College mendirikan suatu tugu peringatan bernama Shaheed Smritistombho ("Tugu Syahid") yang selesai keesokan harinya;[34] tugu ini dirasmikan oleh bapa salah seorang aktivis ini. Walau bagaimanapun, monumen ini dihancurkan pihak polis pada tanggal 26 Februari.[35] Pada 25 Februari, pekerja industri di kota Narayanganj mengadakan suatu demonstrasi[36] yang berlanjutan sehingga 29 Februari.[37]

Pemerintah menapis dan menghalang sebarang laporan berita dan menyembunyikan data jumlah korban. Kebanyakan media pro-pemerintah menuduh orang Hindu dan komunis sebagai provokator kekacauan ini.[38] Keluarga Abul Barkat dan Rafiq Uddin Ahmed mencuba menuntut polis atas pembunuhan tersebut, namun tuntutan itu dihentikan oleh polis. Laporan pemerintah tertanggal 8 April tentang insiden tersebut tidak menyebutkan justifikasi khusus untuk penembakan polis terhadap mahasiswa.[39] Ketika sidang perwakilan diselenggarakan pada 14 April, proses sidang dihentikan oleh anggota Liga Muslim ketika legislator dari Benggala Timur cuba mengangkat isu bahasa.[40] Pada 16 April, Universiti Dhaka membuka kembali jawatankuasa Shorbodolio Kendrio Rashtrobhasha Kormi Porishod. Badan tersebut mengadakan seminar pada 27 April di Bar Association Hall. Pada pertemuan tersebut, para delegasi meminta pemerintah untuk melepaskan tahanan, mengendurkan pembatasan kebebasan sipil dan menetapkan bahasa Bengali sebagai bahasa rasmi .

Peristiwa setelah 1952 sunting

Shorbodolio Kendrio Rashtrobhasha Kormi Porishod, dengan dukungan dari Liga Awami, merayakan 21 Februari sebagai Shohid Dibosh (Hari Syahid). Pada perayaan pertama, penduduk di seluruh Pakistan Timur mengenakan lencana hitam sebagai solidaritas bagi para korban. Kantor, bank dan institusi pendidikan ditutup. Kelompok mahasiswa membuat persetujuan dengan polis untuk tetap menaati hukum. Lebih dari 100.000 orang berkumpul di pertemuan yang diadakan di Armanitola, Dhaka, tempat para pemimpin masyarakat menyerukan dilepaskannya Maulana Bhashani dan tahanan politik lainnya,[8] namun politikus Pakistan Barat seperti Fazlur Rahman memicu ketegangan dengan menyatakan bahwa siapapun yang menginginkan bahasa Bengali menjadi bahasa rasmi akan dianggap sebagai "musuh negara". Mahasiswa dan penduduk Bengali tidak menaati larangan untuk merayakan perayaan satu tahun demonstrasi. Demonstrasi pecah pada malam 21 Februari 1954, dengan berbagai hall di Universiti Dhaka menaikan bendera hitam sebagai lambang duka.[41] Polis menangkap beberapa mahasiswa dan demonstran lain, yang akhirnya dilepaskan.

Barisan Bersatu pada 1954 sunting

Ketegangan politik meningkat saat pilihan raya daerah Benggala Timur diadakan tahun 1954. Liga Muslim yang berkuasa beradu melawan koalisi Front Bersatu dalam pemilihan ini. Beberapa pemimpin dan aktivis Front Bersatu ditangkap.[42] Pertemuan anggota parlemen dari Liga Muslim menghasilkan keputusan untuk memberikan status rasmi kepada bahasa Bengali. Keputusan ini diikuti dengan gelombang ketidakpuasan karena kelompok etnis lain berusaha meminta pengakuan bahasa-bahasa regional lainnya. Pendukung bahasa Urdu seperti Maulvi Abdul Haq mengutuk usulan untuk menjadikan bahasa Bengali sebagai bahasa rasmi . Ia memimpin 100.000 orang untuk menentang keputusan Liga Muslim.[43][44] Akibatnya, pelaksanaan gagal dan Front Bersatu berhasil memenangkan banyak kursi.[24][44]

Kementerian Barisan Bersatu memerintahkan pendirikan Akademi Bangla untuk mengangkat, mengembangkan dan melestarikan warisan budaya, bahasa dan sastera orang Benggali,[45] namun kekuasaan tersebut tidak kekla berikutan pembubaran pemerintah oleh Ghulam Muhammad yang mula berkuasa sebagai gabenur pada 30 Mei 1954.[42] Front Bersatu sekali lagi membentuk kementrian pada 6 Juni 1955 setelah rezim gubernur berakhir.[46]

Setelah kembalinya kekuasaan Barisan Bersatu, perayaan 21 Februari 1956 untuk pertama kalinya diadakan dalam keadaan yang damai. Pemerintah mendukung proyek untuk mendirikan Shaheed Minar baru. Sesi sidang konstituen dihentikan selama lima minit untuk memperingati pemergian mahasiswa yang terkorban akibat ditembak polis Pakistan. Rapat umum besar diadakan oleh pemimpin Bengali, malah semua pejabat dan kedai-kedai ditutup.[46][47]

Perubahan konstitusi sunting

Pada 7 Mei 1954, sidang konstituen, dengan dukungan Liga Muslim, memutuskan untuk memberikan status rasmi kepada bahasa Bengali.[44] Bahasa Bengali diakui sebagai bahasa rasmi kedua Pakistan pada 29 Februari 1956, dan pasal 214(1) dalam konstitusi Pakistan diubah menjadi "Bahasa negara Pakistan adalah bahasa Urdu dan Bengali", walau pemerintah tentera yang dibentuk oleh Ayub Khan sempat mencuba untuk mengembalikan bahasa Urdu sebagai satu-satunya bahasa rasmi .[48]

Peringatan sunting

 
Monumen Syahid di Dhaka.

Gerakan Bahasa telah memberikan pengaruh budaya yang besar terhadap masyarakat Bengali. Pergerakan ini telah memberikan ilham terhadap perkembangan bahasa, sastra dan budaya Bengali.

21 Februari kini dirayakan sebagai Hari Gerakan Bahasa atau Shohid Dibosh (Hari Martir) di Bangladesh. Pameran Buku Ekushey diadakan setiap tahun untuk mengenang pergerakan ini. Ekushey Padak, salah satu penghargaan di Bangladesh, setiap tahun diberikan untuk mengenang pengorbanan pada Gerakan Bahasa.[49] Lagu-lagu seperti Amar Bhaier Rokte Rangano, atau drama, karya seni dan puisi lainnya, memainkan peran penting dalam meningkatkan semangat rakyat selama pergerakan.[50] Sejak peristiwa Februari 1952, puisi, lagu, novel, drama, film, kartun dan lukisan dibuat untuk merekam Gerakan Bahasa dari berbagai-bagai sudut pandang. Bangladesh mengirimkan suatu usulan rasmi kepada UNESCO agar 21 Februari diisytiharkan sebagai "Hari Bahasa Ibu Internasional", usulan ini diterima dalam suatu sidang UNESCO ke-30 pada 17 November 1999.[51]

Dua tahun setelah monumen pertama dihancurkan oleh polis, Shaheed Minar (Menara Syahid) yang baru didirikan pada tahun 1954 untuk mengenang para penunjuk perasaan yang terkorban. Monumen yang lebih besar direka bentuk dan didirikan pada tahun 1957 dengan dukungan Barisan Bersatu. Tugu ini dirasmikan pada tanggal 21 Februari 1963 oleh Hasina Begum, ibu Abul Barkat. Tentera Pakistan menghancurkan tugu ini selama Perang Kemerdekaan Bangladesh berlangsung pada tahun 1971, tetapi pemerintah Bangladesh membangunnya kembali pada tahun 1973.[52]

Di luar Pakistan Timur, gerakan bahasa Bengali juga dilancarkan di negeri Assam, India. Pada 19 Mei 1961, 11 orang terkorban ditembak oleh polis di stesen kereta api Silchar, Assam, ketika meminta pengakuan bahasa Bengali. Setelah itu, bahasa Bengali diberi status separa rasmi dalam tiga wilayah dengan kebanyakan penduduk Bengali di Assam.[53]

Kritikan terhadap pergerakan sunting

Selain dikatakan sebagai salah satu faktor meningkatnya nasionalisme di Pakistan Timur, Gerakan Bahasa juga meningkatkan sentimen kebencian antara Pakistan Barat dan Timur.[3][21][54] Pihak Pakistan Barat anggap pergerakan ini sebagai melawanan kepentingan kebangsaan Pakistan[55] dan penolakan polisi "Urdu sahaja" oleh Pakistan Timur dianggap sebagai pelanggaran terhadap budaya Parsi-Arab Muslim dan ideologi Pakistan.[3] Politikus Pakistan Barat menganggap bahwa Urdu merupakan hasil dari budaya Islam India, sementara bahasa Bengali merupakan bagian dari budaya Bengali yang dianggap mengalami "penghinduan".[9] Pada tahun 1967, Ayub Khan menyatakan, "Bengali Timur...masih berada di bawah budaya dan pengaruh Hindu yang cukup besar."[9]

Catatan kaki sunting

  1. ^ Glassie, Henry and Mahmud, Feroz.2008.Living Traditions. Cultural Survey of Bangladesh Series-II. Asiatic Society of Bangladesh. Dhaka. hal.578
  2. ^ a b Upadhyay, R (2003-05-01). "Urdu Controversy - is dividing the nation further". Papers. South Asia Analysis Group. Dicapai pada 2008-02-20.
  3. ^ a b c Rahman, Tariq (1997). "The Medium of Instruction Controversy in Pakistan" (PDF). Journal of Multilingual and Multicultural Development. 18 (2): 145–154. doi:10.1080/01434639708666310. ISSN 0143-4632. Dicapai pada 2007-06-21.
  4. ^ Halder, Shashwati. "Apabhrangsha". Banglapedia. Asiatic Society of Bangladesh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-13. Dicapai pada 2007-07-08.
  5. ^ "A Historical Perspective of Urdu". National Council for Promotion of Urdu language. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-11. Dicapai pada 2007-06-15.
  6. ^ Bhattacharya, T (2001). "Bangla". Dalam Gary, J. and Rubino, C. (Eds) (penyunting). Encyclopedia of World's Languages: Past and Present (Facts About the World's Languages) (PDF) |format= requires |url= (bantuan). New York: HW Wilson. ISBN 0824209702. Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 2006-06-25. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  7. ^ Rahman, Tariq (1997). "The Urdu-English Controversy in Pakistan". Modern Asian Studies. 31 (1): 177–207. doi:10.1017/S0026749X00016978. ISSN 1469-8099. Dicapai pada 2007-06-23. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Language Movement". Banglapedia - The National Encyclopedia of Bangladesh. Asiatic Society of Bangladesh. Diarkibkan daripada yang asal (PHP) pada 2010-02-08. Dicapai pada 2007-02-06.
  9. ^ a b c d Oldenburg, Philip (1985). ""A Place Insufficiently Imagined": Language, Belief, and the Pakistan Crisis of 1971". The Journal of Asian Studies. 44 (4): 711–733. doi:10.2307/2056443. ISSN 0021-9118. Dicapai pada 2007-06-21. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  10. ^ Morning News, 7-12-1947 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  11. ^ The Azad (koran harian) (dalam bahasa Bengali), Abul Kalam Shamsuddin, Dhaka, 11-12-1948 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  12. ^ (Umar 1979, p. 35)
  13. ^ (Al Helal 2003, pp. 227–28)
  14. ^ The Azad, 29-07-1947 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  15. ^ (Umar 1979, pp. 30–32)
  16. ^ Ekusher Shongkolon '80 (dalam bahasa Bengali). Dhaka: Akademi Bangla. 1980. m/s. 102–103.
  17. ^ Rahman, Hasan Hafizur (1982). Bangladesher Swadhinotajuddher Dolilpotro. Ministry of Information, People's Republic of Bangladesh. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  18. ^ a b c d (Al Helal 2003, p. 263–265)
  19. ^ Choudhury, G. W. (1972). "Bangladesh: Why It Happened". International Affairs. Royal Institute of International Affairs. 48 (2): 242–249. doi:10.2307/2613440. ISSN 0020-5850. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  20. ^ (Umar 1979, p. 279)
  21. ^ a b c (Uddin 2006, pp. 3–16, 120–124)
  22. ^ The Azad, 24-02-1948 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  23. ^ R. Upadhyay (2007-04-07). "De-Pakistanisation of Bangladesh". Bangladesh Monitor, South Asia Analysis Group. Dicapai pada 2007-06-16.
  24. ^ a b c d James Heitzman and Robert Worden (eds), penyunting (1989). "Pakistan Period (1947–71)". Bangladesh: A Country Study. Government Printing Office, Country Studies US. ISBN 0160177200. Dicapai pada 2007-06-16. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)CS1 maint: extra text: editors list (link)
  25. ^ Sayeed, Khalid Bin (1954). "Federalism and Pakistan". Far Eastern Survey. 23 (9): 139–143. doi:10.1525/as.1954.23.9.01p0920l. ISSN 0362-8949. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  26. ^ (Umar 1979, p. 290)
  27. ^ Mandal, Ranita (2002-06-24). "Chapter 4 : Other Activities". Muhammad Shahidullah & His Contribution To Bengali Linguistics. Central Institute of Indian Languages, Mysore, India. Dicapai pada 2007-06-23.
  28. ^ The Azad, 24-05-1950 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  29. ^ The Azad, 1-02-1952 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  30. ^ "Dhaka Medical College Hostel Prangone Chatro Shomabesher Upor Policer Guliborshon. Bishwabidyalayer Tinjon Chatroshoho Char Bekti Nihoto O Shotero Bekti Ahoto". The Azad (dalam bahasa Bengali). 22-02-1952. Check date values in: |date= (bantuan)
  31. ^ a b c (Al Helal 2003, pp. 377–393)
  32. ^ "Banglake Pakistaner Onnotomo Rashtrabhasa Korar Jonno Purbobongo Babostha Porishoder Shoparesh. Shukrobar Shohorer Obosthar Aaro Obonoti : Shorkar Kortrik Shamorik Bahini Tolob. Police O Shenader Gulite Charjon Nihoto O Shotadhik Ahoto : Shatghontar Jonno Curfew Jari. Shohidder Smritir Proti Sroddha Gyaponarthay Shotosfurto Hartal Palan". The Azad (dalam bahasa Bengali). 23-02-1952. Check date values in: |date= (bantuan)
  33. ^ (Al Helal 2003, p. 483)
  34. ^ The Azad, 25-02-1952 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  35. ^ The Daily Star, 27-02-1952 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  36. ^ The Azad, 26-02-1952 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  37. ^ (Umar 1979, pp. 417–418)
  38. ^ (Al Helal 2003, pp. 515–523)
  39. ^ (Al Helal 2003, pp. 546–552)
  40. ^ The Azad, 20-03-1952 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  41. ^ (Al Helal 2003, pp. 604–609)
  42. ^ a b (Al Helal 2003, pp. 600–603)
  43. ^ The Azad, 22-04-1954 Check date values in: |date= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  44. ^ a b c "UF elections victory". Chronicles of Pakistan. Diarkibkan daripada yang asal (PHP) pada 2009-03-26. Dicapai pada 2007-06-16.
  45. ^ "Bangla Academy". Banglapedia: The National Encyclopedia of Bangladesh. Asiatic Society of Bangladesh. Dicapai pada 2007-07-05.
  46. ^ a b (Al Helal 2003, pp. 608–613)
  47. ^ "Gambhirjopurno Poribeshay Shaheed Dibosh Utjapon". Weekly Notun Khobor (dalam bahasa Bengali). 26 Februari 1956.
  48. ^ Lambert, Richard D. (1959). "Factors in Bengali Regionalism in Pakistan". Far Eastern Survey. 28 (4): 49–58. doi:10.1525/as.1959.28.4.01p1259x. ISSN 0362-8949. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  49. ^ Khan, Sanjida. "National Awards". Banglapedia. Asiatic Society of Bangladesh. Dicapai pada 2007-06-23.
  50. ^ Aminzade, Ronald (17 September 2001). "Emotions and Contentious Politics". Silence and Voice in the Study of Contentious Politics. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 42. ISBN 0521001552. Dicapai pada 2007-06-24. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  51. ^ "International Mother Language Day - Background and Adoption of the Resolution". Government of Bangladesh. Dicapai pada 2007-06-21.
  52. ^ Imam, Jahanara (1986). Ekattorer Dingulee (dalam bahasa Bengali). Dhaka: Shondhani Prokashani. m/s. 44. ISBN 984-480-000-5.
  53. ^ Court route for language status , The Telegraph, 20 Mei 2008.
  54. ^ "Bangladesh History". Discovery Bangladesh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-09. Dicapai pada 2007-06-21.
  55. ^ Rahman, Tariq (1997). "Language and Ethnicity in Pakistan". Asian Survey. 37 (9): 833–839. doi:10.1525/as.1997.37.9.01p02786. ISSN 0004-4687. Dicapai pada 2007-06-21. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Rujukan sunting

  • Al Helal, B (2003), Bhasha Andoloner Itihas (History of the Language Movement), Agamee Prakashani, Dhaka, ISBN 984-401-523-5
  • Uddin, Sufia M. (2006), Constructing Bangladesh: Religion, Ethnicity, and Language in an Islamic Nation, Chapel Hill: The University of North Carolina Press, ISBN 0807830216
  • Umar, B (1979), Purbo-Banglar Bhasha Andolon O Totkalin Rajniti, Agamee Prakashani, Dhaka

Bacaan lanjut sunting

  • Badruddin Umar (2004). The Emergence of Bangladesh: Class Struggles in East Pakistan (1947-1958). Oxford University Press, USA. ISBN 978-0195795714.
  • Anwar S. Dil (2000). Bengali language movement to Bangladesh. Ferozsons. ISBN 978-9690015778.
  • Robert S. Stern (2000). Democracy and Dictatorship in South Asia: Dominant Classes and Political Outcomes in India, Pakistan, and Bangladesh. Praeger Publishers. ISBN 978-0275970413.
  • Syed Manzoorul Islam (1994). Essays on Ekushey: The Language Movement 1952. Bangla Academy. ISBN 984-07-2968-3.

Pautan luar sunting

Templat:Pergerakan bahasa