Gerakan Mansuhkan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA merupakan satu gerakan bersepadu daripada NGO di Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA). ISA telah diperkenalkan di Malaysia oleh penjajah British sejak 1948 bagi membendung keganasan komunis yang menyerang lombong bijih timah, ladang getah milik majikan British dan orang awam selain pasukan keselamatan.

Gerakan Mansuhkan ISA bermula pada Oktober 2008 selepas beberapa negeri tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008. Perhimpunan Bersih diadakan di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Perarakan menghantar memorandum bantahan terhadap PPSMI dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI atau singkatnya GMP. Perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang dan Batu Caves pada 2007 juga mendapat sambutan dari kaum India dan ramai pemimpinnya ditahan di bawah ISA.

Pra perlancaran GMI diadakan di Stadium Bandar Baru Bangi oleh pemimpin kanan PAS iaitu Mohamad Sabu. Pemimpin lain yang turut hadir ialah Arulchelvam dari PSM, isteri Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain.

Ahli-ahli GMI sunting

  1. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  2. All Women's Action Society (AWAM)
  3. Amnesty International Malaysia (AIM)
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  5. Bar Council Legal Aid Centre (Kuala Lumpur)
  6. Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)
  7. Catholic Research Centre (CRC)
  8. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
  9. Child Development Initiative
  10. Civil Rights Committee (Selangor Chinese Assembly Hall)
  11. Community Development Centre (CDC)
  12. Democratic Action Party (DAP) Malaysia
  13. Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer)
  14. Ex ISA Detainees Group
  15. Federation of Malaysia Consumer Association (FOMCA)
  16. Food Not Bombs
  17. Gabungan Mahasiswa Islam Se-

Malaysia (GAMIS)

  1. Group of Concerned Citizens
  2. Indigenous People's Development Centre (IPDC)
  3. Inisiatif Manifesto Rakyat (PMI)
  4. Institute for Social Analysis (INSAN)
  5. International Movement for Just World (JUST)
  6. Jawatankuasa Bertindak Media (JBM)
  7. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
  8. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB)
  9. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar Johor (JSPB Johor)
  10. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
  11. KL & Selangor Youth Graduate Society 29. Kumpulan Kemajuan Masyarakat (KKM)
  12. Labour Resource Centre (LRC)
  13. Majlis Graduan Malaysia (MGM)
  14. Malaysia Democratic Student and Youth Movement (DEMA)
  15. Malaysia Local Democracy Initiative (MELODI)
  16. Malaysia Chinese Organisers Election Appeal Committee
  1. Malaysia Trade Union Congress (MTUC)
  2. Metal Industry Employees of Malaysia (MIEU)
  3. National Human Rights Society of Malaysia (Persatuan HAKAM)
  4. Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  5. Pahang Association of Consumers (PAC)
  6. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  7. Parti KeADILan Rakyat (PKR)
  8. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  9. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  10. Partners of Community Organisation Sabah (PACOS)
  11. Penang Organic Farm
  12. People Service Organisation (PSO)
  13. Perak Consumer Association (PSA)
  14. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
  15. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  16. Persatuan Usahawan dan Pengurusan ISlam Malaysia (URUS)
  17. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  18. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
  19. Rakan Perjuangan Peneroka Bandar (RAKAN)
  20. Society of Christian Reflections (SCR)
  21. Save Ouselves (SOS) 56. Save Our Sungai Selangor (SOS Selangor)
  22. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  23. Suara Warga Pertiwi (SWP)
  24. Sumber Daya Guaman Rakyat (DAGRA)
  25. Tamil Support Group for Human Rights Tenaganita
  26. Tholialiyin Tholar (Sahabat Pekerja/Friends of Workers)
  27. United Chinese School Committes Association of Malaysia
  28. Women Agenda For Charge (WAC)
  29. Women Aid Organisation (WAO)
  30. Women Candidate Initiative (WCI)
  31. Women Crisis Centre, Penang (WCC) 67. Women Development Collective (WDC)
  32. Women Development Collective (WDC)

Isu sunting

Agus Salim sunting

Pada 1 Mac 2009, Agus Salim seorang rakyat Indonesia telah ditahan mengikut ISA dan telah dimaklumkan kepada majikannya pada hari dia ditangkap iaitu 1 Mac .Lawatan keluarga tahanan tidak dapat diadakan dalam tempoh yang cepat atas permintaan adik tahanan itu sendiri, Watini Saputri. Puncanya adik perempuan Agus Salim itu mahu menunggu ketibaan ibu mereka, Kartem dan abangnya Junaidi Bahari dari Medan, Sumatera, Indonesia. Mulanya Kartem tinggal sementara di rumah rumpangan yang disediakan oleh GMI, kemudian berlepas ke Johor Bahru.

Pada 23 April 2009, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan tuduhan Gerakan Mansuhkan ISA tidak tepat. Sebenarnya anggota polis tidak memberi tekanan kepada anggota keluarga Agus Salim yang kini ditahan mengikut ISA. Laporan Malaysiakini bertajuk 'Innocent Until Proven Guilty' dan 'Police Pressure ISA Detainee's Family yang disiarkan pada 21 April 2009 tidak benar. Telefon bimbit dan pasport Kartem hanya diambil untuk simpanan sementara kerana tidak boleh dibawa masuk.[1]

Pembebasan tahanan ISA sunting

Pada 2 April 2009, Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak mengumumkan pembebasan 13 tahan ISA. Tindakan ini dianggap mengikut jejak bekas Presiden Mesir Anwar Sadat membebaskan semua tahanan Ikhwan Muslimin ketika baru mengetuai kerajaan Mesir. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pembebasan ini sebagai langkah popular sebelum pilihan raya kecil sahaja.[2]

Bil Nama Tuduhan Ditahan pada
1. Wan Amin Wan Hamat Jemaah Islamiyah (JI) 2003
2. Pakana Selama Darul Islam (DI) 2006
3. Mohd Arasad Patangari Darul Islam (DI) 2006
4. Idris Lanama Darul Islam (DI) 2006
5. A Artas A Burhanuddin Darul Islam (DI) 2006
6. Binsali Omar Darul Islam (DI) 2006
7. Mohd Nazri Dollah Darul Islam (DI) 2006
8. Francis Indanan Darul Islam (DI) 2006
9. Amir Hussain Dokumen Palsu 2006
10. Sundaraj Vijay Dokumen Palsu 2006
11. San Khaing Dokumen Palsu 2006
12. R.Kenghadharan Hindraf 2007
13. V.Ganabatirau Hindraf 2007

Pemansuhan ISA sunting

Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan total Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan pemansuhan ini membuktikan berlaku kezaliman semenjak ISA dilaksanakan oleh British dan diteruskan oleh kerajaan Malaysia.Sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 16 September 2011.Turut hadir ialah bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray, isterinya Norlaila Othman dan AJK PAS Pusat, Nuridah Salleh.

GMI mahu Perdana Menteri menetapkan tempoh masa ISA akan dimansuhkan. Jika lebih dua tahun, tentulah tidak bermakna. Usul pemansuhan ISA hendaklah dibentangkan pada sesi Parlimen 4 Oktober, November dan Disember akan datang. Tahanan dan keluarga mereka hendaklah dibayar pampasan berdasarkan tempoh tahanan dan kadar siksaan. Kem Tahanan Kamunting mesti ditutup dan dijadikan warisan dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan.[3]

Tranformasi ISA ini akan melibatkan :

  1. Perlembagaan Persekutuan;
  2. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
  3. Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
  4. Akta Kediaman Terhad 1933;
  5. Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
  6. Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
  7. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
  8. Akta Buang Negeri 1959;

Lihat juga sunting

Rujukan sunting