Geseran glotis tak bersuara

Geseran glotis tak bersuara ialah sejenis bunyi dalam sebilangan bahasa lisan yang biasanya berfungsi sebagai konsonan, tetapi adakalanya dilayan sebagai vokal, ataupun tidak tentu kelakuannya. Bunyi ini dilambangkan oleh aksara h dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan h dalam X-SAMPA.

Nombor AFA146
Pengekodan
X-SAMPAh
Imej
Sampel audio
noicon

Dalam bahasa Melayu, geseran glotis tak bersuara merupakan bunyi konsonan dilambangkan oleh huruf h, contohnya: hari, rehat dan salah.

Ciri-ciri sunting

Ciri-ciri geseran glotis tak bersuara:

  • Dalam sesetengah bahasa, cara artikulasinya adalah geseran. Bagaimanapun, dalam kebanyakan bahasa ia merupakan keadaan peralihan glotis tanpa cara artikulasi selain jenis pembunyiannya. Ramai ahli fonetik tidak menerima [h] sebagai geseran kerana tiadanya penjerutan lain yang menghasilkan geseran dalam rongga vokal dalam bahasa-bahasa yang dikenali mereka. Namun demikian, istilah "geseran" dikekalkan atas sebab-sebab kebiasaan.
  • Walaupun dikira glotis sebagai daerah artikulasi, namun mungkin tiadanya artikulasi geseran, yang mana istilah 'glotis' hanya memaksudkan sifat pembunyian, dan tidak menentukan lokasi penyempitan atau gelora. Semua konsonan kecuali glotis, dan semua vokal, ada daerah artikulasi tersendiri di samping keadaan glotis. Begitu dengan semua konsonan lain, sebutan [h] dipengaruhi oleh vokal-vokal sebelum dan selepasnya, dan adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang sebelum dan selepasnya.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan sunting

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu [[[Ortografi bahasa Melayu|hari]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [hari] 'hari'
Arab Baku[1] هَاتِف [ˈhaːt̪if] 'telefon' Rujuk fonologi bahasa Arab
Georgia[2] ავა [hɑvɑ] 'iklim'
Hawaii[3] [[[Bahasa Hawaii|haka]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [haka] 'rak' Rujuk fonologi bahasa Hawaii
Inggeris [[[Ortografi bahasa Inggeris|high]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈhaɪ] 'tinggi' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Jerman[4] [[[Ortografi bahasa Jerman|Hass]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [has] 'kebencian' Rujuk fonologi bahasa Jerman
Portugis Brazil[5] [[[Abjad Rumi|carro]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈkahʊ] 'kereta' Juga disebut sebagai geseran velar atau uvular. Rujuk fonologi bahasa Portugis
Sepanyol[6] Kebanyakan loghat [[[Ortografi bahasa Sepanyol|obispo]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [o̞ˈβihpo̞] 'biskop' Alofon bagi /s/. Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
Sebilangan loghat [[[Ortografi bahasa Sepanyol|jaca]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈhaka] 'kuda padi' Berpadan dengan /x/ dalam loghat-loghat lain.

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 227–232
  • Kohler, Klaus (1999), "German", Handbook of the International Phonetic Association:A Guide to the Use of the International Phonetic Alphabet, Cambridge University Press, m/s. 86–89, ISBN 0521637511
  • Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (ed. Second). Blackwell. Text "authorlink-Peter Ladefoged" ignored (bantuan)
  • Laufer, Asher (1991), "Phonetic Representation: Glottal Fricatives", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 91–93
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
  • Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
  • Thelwall, Robin (1990), "Illustrations of the IPA: Arabic", Journal of the International Phonetic Association, 20 (2): 37–41