Geseran velar tak bersuara

Geseran velar tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara x dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan x dalam X-SAMPA.

Nombor AFA140
Pengekodan
X-SAMPAx
Imej
Sampel audio
noicon

Dalam bahasa Melayu, ciri ini dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf خkha[1]:112 serta dieja sedemikian dalam tulisan Jawi; sebutan ini cenderung terganti dengan fonem /k/ untuk penutur yang kurang mengetahui asal-usul perkataan pinjaman disebut. Sistem Ejaan yang Disempurnakan dipakai serantau sejak tahun 1972 melambangkan bunyi ini dengan dwihuruf kh (contohnya: khidmat خدمة‎, akhbar اخبار‎, tarikh تريخ‎);[2] sebelum itu, sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Belanda.[2][3]

Ciri-ciri sunting

Ciri-ciri geseran velar tak bersuara:

Rujukan sunting

  1. ^ Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 109–130.
  2. ^ a b Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
  3. ^ S. Takdir Alisjahbana (1976). Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. Den Haag: Mouton & Co. m/s. 61–62. ISBN 9783110819106.