Giacomo Meyerbeer (lahir September 5, 1791Mei 2, 1864) adalah seorang penggubah opera ternama berasal dari Jerman yang juga merupakan salah seorang pelopor Opera Agung.

Giacomo Meyerbeer.

Biografi sunting

Meyerbeer dilahirkan di dalam keluarga Yahudi di Tasdorf, sebuah pekan yang berhampiran dengan bandar Berlin. Nama kelahiran beliau didaftarkan sebagai Jacob Liebmann Beer. Bapa beliau Jacob Judah Herz Beer (1769-1825) adalah seorang penasihat kewangan yang kaya raya manakala ibu beliau, Amalia Liebmann Meyer Wulff (1767-1854) juga datang dari keluarga elit yang kaya. Adik beradik Meyerbeer termasuklah seorang ahli astronomi, Wilhelm Beer dan penyajak Michael Beer.

Meyerbeer membuat kemunculan pertama beliau ketika berusia 9 tahun dengan bermain muzik untuk konsert Mozart di Berlin. Di dalam usia belia, Beer belajar muzik di bawah seliaan penggubah dan konduktor muzik, Antonio Salieri. Beliau juga belajar muzik dari pakar muzik Jerman yang juga sahabat baik Goethe, Carl Friedrich Zelter. Menyedari hakikat bahawa pemahaman di dalam opera Itali adalah penting untuk kerjaya muzik, beliau kemudiannya meneruskan pengajian muzik di Itali untuk beberapa tahun. Di situlah beliau mula menggunakan nama pertama "Giacomo". Nama 'Meyer' mula diguna beliau selepas kematian moyangnya. Pada ketika itu juga beliau mula membiasakan diri kerja-kerja kontemporari Gioacchino Rossini yang amat menarik minatnya.

Nama Meyerbeer mula menjadi terkenal selepas persembahan opera beliau yang berjudul Il crociato in Egitto (persembahan pertama di Venice pada tahun 1824, kemudiannya di London dan Paris pada tahun 1825; yang juga merupakan opera terakhir dipersembahkan oleh penyanyi kastrato). Kemahsyuran beliau mendadak dengan opera yang berjudul Robert le Diable (libreto ditulis oleh Eugène Scribe dan Casimir Delavigne), dihasilkan di Paris pada tahun 1831 dan dianggap oleh sesetengah orang sebagai opera Agung yang pertama), walaupun pujian sebenar patut diberikan kepada penggubah Daniel Auber untuk opera La muette de Portici.

Lakuran muzik dramatik, komplot melodramatik dan pementasan mewah adalah corak formula yang kerap Meyerbeer ulangi dalam opera-opera beliau, contohnya Les Huguenots (1836), Le prophète (1849), dan L'Africaine, (dipersembahkan selepas kematian beliau pada tahun 1865). Semua opera ini dipersembahkan di peringkat antarabangsa pada sepanjang abad ke-19, termasuklah Le pardon de Ploërmel (1859). Namun, oleh kerana opera-opera ini terlalu mahal untuk dipentaskan, termasuk memerlukan ramai penyanyi-penyanyi utama, dan juga kerana serangan konsisten daripada pengikut-pengikut Richard Wagner, minat orang ramai kepada opera-opera ini lama kelamaan beransur pudar.

Senarai opera sunting

Tajuk Persembahan pertama Lokasi Nota
Jephtas Gelübte 23 Disember 1812 Munich
Wirt und Gast 6 Januari 1813 Stuttgart
Das Brandenburger Tor 1814 Berlin
Romilda e Costanza 19 Julai 1817 Padua
Semiramide riconosciuta Mac 1819 Teatro Regio, Turin
Emma di Resburgo 26 Jun 1819 Venice, San Benedetto
Margherita d’Anjou 14 November 1820 Milan
L'Almanzore Kemungkinan digubah pada sekitar tahun 1820-21 untuk
bandaraya Rom tetapi tidak dipersembahkan di sana. Ia
juga dipercayai sebagai projek terbengkalai atau
mungkin juga sebagai versi asal L'esule Di Granata
L'esule di Granata 12 Mac 1821 Milan
Il crociato in Egitto 7 Mac 1824 La Fenice, Venice Kerap disemak oleh Meyerbeer
Robert le diable 21 November 1831 Opéra Paris
Les Huguenots 29 Februari 1836 Opéra Paris Sesekala dipersembahkan di bawah tajuk lain contohnya
"The Guelfs and the Ghibellines" atau "The Anglicans and
the Puritans" pada abad ke-19
Ein Feldlager in Schlesien 7 Disember 1844 Hofoper, Berlin Disemak sebagai Vielka, Vienna, 1847-02-18
Le prophète 16 April 1849 Opéra Paris
L'étoile du nord 16 Februari 1854 Opéra-Comique, Paris Sebahagian beasal dari versi asal Feldlager in Schlesien, disemak
dalam bahasa Itali di Royal Opera House, London pada 19 Julai 1855
Dinorah ou Le pardon de Ploërmel 4 April 1859 Opéra-Comique, Paris Disemak dalam bahasa Itali sebagai Dinorah di Royal Opera House,
London pada 26 Julai, 1859
L'Africaine 28 April 1865 Opéra Paris Selepas kematian beliau

Media sunting

Pautan luar sunting

Bibliografi sunting


  • Becker, Heinz & Gudrun (1989). Giacomo Meyerbeer, a Life in Letters. London.
  • Zimmermann, Reiner (1998). Giacomo Meyerbeer, eine Biographie nach Dokumenten. Berlin.
  • Meyerbeer, Giacomo (1999–2004). The Diaries of Giacomo Meyerbeer. Madison and London.CS1 maint: date format (link)
  • Meyerbeer, Giacomo (1960 -). Briefwechsel und Tagebücher. Berlin and New York. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Kaufman, Tom (Autumn 2003). "Wagner vs. Meyerbeer". Opera Quarterly. 19 (No. 4). |number= has extra text (bantuan)

Diskografi sunting